Tuesday, December 28, 2010

Penciptaan Alam

KOSMOLOGI
Kosmologi (berasal daripada perkataan Cosmology) adalah satu bidang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan alam semesta.  Umpamanya bagaimana alam semesta ini terbentuk, apa yang sedang berlaku ke atas alam dan apa yang akan berlaku ke atas alam ini. Mereka yang mengkaji alam semesta ini dinamakan sebagai ahli kosmologi atau kosmologis).
           Allah s.w.t. sentiasa menyuruh manusia memerhatikan alam semesta ini agar manusia akhirnya akan beriman kepadaNya dan segala sifat-sifat Nya.
Umpamanya dalam Surah  Al-Anbia 30
 
“Tidakkah orang-orang yang kafir melihat  bahawa langit dan bumi pada suatu masa yang lalu adalah suatu yang padu dan kemudian Kami pisahkan antara keduanya dan kami jadikan semua organisme hidup daripada air dan apakah mereka masih tidak beriman.”
Dalam ayat ini Allah s.w.t. menyatakan tentang orang-orang yang kafir yang mengetahui tentang permulaan kejadian alam. Kita mengetahui kini ramai di kalangan mereka yang terlibat dalam penyelidikan tentang kosmologi kebanyakannya adalah mereka yang tidak beriman. Mereka bukan sahaja tidak beriman, bahkan menolak kewujudan Tuhan. Antara mereka ialah Professor Stephen Hawking. Preofessor Stephen Hawking yang merupakan seorang ahli kosmologi dianggap setara dengan kehebatan Albert Einstein. Stephen Hawking berhadapan dengan masalah penyakit saraf motor yang menyebabkan beliau tidak boleh melakukan tindak balas terhadap apa juga rangsangan luaran. Namun beliau dianugerahkan Allah dengan kebolehan yang besar untuk mengkaji alam ini. Beliau telah menulis sebuah buku berjudul A Short History of Time From The Big Bang To The Black Hole” 

Pada muka surat 50 buku ini, Stephen Hawking mengatakan  bahawa “Penemuan manusia bahawa alam ini bermula dengan satu letupan dan kemudian alam semesta ini mengembang merupakan penemuan manusia yang maha hebat pada kurun ke-20 ini”: Buku ini telah menjadi sebuah buku “Best Seller” dengan jualan ketika itu mencecah sembilan juta naskhah di seluruh dunia. Apakah ini bukan satu petunjuk bahawa apa yang dinyatakan oleh Allah tentang mereka yang kafir. Mereka sebenarnya tahu dan sangat berpengetahuan tentang perkara ini iaitu alam semesta ini bermula dengan satu unit. mereka namakan unit ini sebagai “singularity“.

   

Ahli kosmologi lain seperti Hubbles, Carl Sagan dan sebagainya merupakan ahli kosmologi yang bukan beragama Islam. Mereka mengetahui tentang bagaimana alam ini bermula menerusi kajian-kajian mereka.
     Dalam al-Quran, perkataan ratq bermaksud satu yang padu, kemudian ia dipisahkan. perkataan fatq bermakna dipisahkan. Ini memberi gambaran kepada kita bahawa alam semesta ini asalnya satu unit. Walaupun begitu bagaimana bentuknya dan bagaiman ia berlaku terus menerus menjadi  kajian para ahli kosmologi.

Teori Big Bang
Teori Big Bang (teori letupan besar) hanyalah salah satu daripada teori-teori yang diketengahkan oleh ahli kosmologi. Namun teori inilah yang lebih banyak “pasarannya” iaitu lebih banyak diterima oleh ahli kosmologi. Samada teori tersebut salah atau benar, tidak ada manusia yang akan dapat memastikan kebenarannya kerana ia telah berlaku berbilion tahun yang lalu. Apa yang pasti menurut al-Quran ialah alam semesta ini pada asalnya adalah suatu yang  padu (maksudnya ia adalah satu unit). Seorang penganut Islam perlu yakin bahawa apa yang dinyatakan oleh al-Quran adalah benar. Namun untuk memastikan kebenarannya, manusia perlu terus mengkaji dan terus mengkaji hingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran adalah benar seperi yang dinyatakan dalam surah al-Fusilat ayat 53.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah az_zariat 47










 ” Dan langit Kami bangunkan dengan kekuasaan Kami dan Kamilah yang mengembangkannya”
Perkataan mu’siuun yang terdapat dalam ayat ini berasal daripada perkataan aus’aa yang  bermaksud mengembang. Dengan erti kata yang lain, alam ini mengembang saiznya dan Allah s.w.t lah yang mengembangkan saiznya. Ini satu pernyataan al-Quran yang menjadi satu  bukti bahawa apa yang dinyatakan oleh al-Quran itu benar dan kebenaran tersebut terbukti apabila ahli kosmologi membuat kajian dan mendapati bahawa alam semesta ini mengembang  saiznya.
Kesudahan Alam
space11Rukun iman yang ke lima ialah keimanan kepada berlakunya Hari Qiamat. Hari Qiamat merupakan hari di mana alam semesta ini musnah dan seluruh manusia akan berpindah ke alam akhirat. Mereka yang tidak yakin dengan peristiwa Hari Qiamat telah rosak akidahnya. Menurut ahli kosmologi, apabila alam ini mencapai pengembangan yang maksimum, maka setiap galaksi yang ada akan mula menarik antara satu sama lain. Tarikan ini menyebabkan  alam  semesta iniberansur-ansur mengecil saizny. Ini dinamakan ahli kosmologi sebagai The Big Crunch.

No comments:

Post a Comment