Thursday, January 20, 2011

Sedarlah Wahai Pemuda!!

Sedarlah Wahai Pemuda!!



Wahai pemuda,


Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah bersama orang yang bertaqwa. Dan bersyukurlah diatas nikmat Allah yang paling besar lagi tidak terhingga nilainya. Nikmat berada di atas jalanNya yang benar. Jalan para Nabi dan Rasul Allah. Kita berada di dalam nikmat Islam dengan pilihan Allah. Sesiapa yang menolaknya maka padahlah hidupnya dan akan rugilah dia di akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud ;


“Barang siapa yang mencari selain Islam sebagai Deen (sistem hidup) maka ia tidak diterima dan dia di akhirat kelak bersama mereka yang rugi.” (Ali Imran, 3:83)


Yakinlah wahai pemuda,


Islam sebagai Deen yang benar menjanjikan keselamatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Mereka yang beriman dan mengambil Islam sebagai sistem hidup sentiasa dicuba oleh musuh-musuh mereka untuk menyekat dan memperdaya penganut-penganut Islam supaya tidak kuat pegangan mereka terhadap Islam. Dan tidak bulat keyakinan mereka dengan janji-janji Allah di akhirat kelak. Hakikat ini telah jelaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud;


“ Mereka (musuh-musuh Allah) berusaha untuk memadam cahaya Allah(Deen Allah) dengan mulut-mulut mereka (diayah-diayah mereka) dan Allah tidak rela kecuali menyempurnakan cahaya Islam walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”
(AtTaubah, 9:32; As-Sof, 61:8)


Usaha memadamkan cahaya Allah telah berlaku sepanjang sejarah hidup manusia di atas muka bumi ini sejak nabi-nabi dan rasul-rasul dahulu kala lagi hingga ke zaman Baginda Rasulullah SAW, di zaman Khulafah Ar-Rashidin hingga sekarang dan akan terus dicuba dan ditentang hingga datang Qiamat. Firman Allah dalam Al-Quran Al-Karim yang bermaksud;


“Sebahagian besar Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) sungguh ingin dapat mengembalikan kamu kepada kekufuran setelah kamu beriman kerana timbul rasa hasad dengki dari dalam hati mereka setelah jelas kepada mereka kebenaran.” (Al-Baqarah, 2:109)


Ini adalah persaksian Allah tentang sikap permusuhan orang-orang kafir terhadap orang Islam, tidak kira apa juga kedudukan mereka sama ada Yahudi atau Nasrani atau Majusi atau Hinduni dan sebagainya. Sabda Rasulullah yang bermaksud “ Kekufuran itu satu pegangan”


Ingatlah wahai pemuda,





Salah seorang bekas Perdana menteri British ada membuat satu kenyataan katanya;
“Barat sekali-kali tidak dapat menguasai timur dan barat sendiri tidak akan aman selagi mana Al-Quran berada di tangan orang –orang Islam”.


Kenyataan yang sama dibuat oleh Pesuruhjaya Perancis di Algeria di bawah jajahan mereka;
“kita tidak akan menang dalam peperangan menentang orang-orang Algeria selagimana mereka membaca Al-Quran Al-Karim dan bercakap dengan bahasa Arab. Oleh itu kita perlu hapuskan AlQuran daripada kehidupan mereka dan hapuskan bahasa Arab dari menjadi bahasa mereka.”


Maksud mereka ”menghapuskan Al-Quran daripada kehidupan orang Algeria”, bukanlah menghapuskan naskhah Al-Quran yang mereka baca tetapi menghapuskan roh Al-Quran di dalam kehidupan mereka. Menghapuskan Al-Quran daripada menjadi manhaj hayah (cara hidup) mereka.


Dalam satu peristiwa lain, seorang ketua gerakan Kristian dalam satu persidangan di Baitul Maqdis satu ketika dahulu menyampaikan amanah kepada pendakwah Kristian sebagai berkata;


“Peranan kamu bukanlah hendak mengkristiankan orang-orang Islam tetapi ialah mengeluarkan mereka daripada Islam supaya menjadi makhluk yang tidak ada hubungan dengan Allah dan tidak berakhlaq.”


Begitu kenyataan pemimpin Kristian di Timur yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar Komunis katanya; “ Mustahil komunis boleh berkuasa sebelum Islam dapat diganyang habis-habisan.” Buktinya apa yang dilakukan oleh Komunis Rusia di Negara Balkan sekarang ini.


Peganglah wahai pemuda,


Pertelagahan antara haq dengan batil adalah menjadi sunnah hidup manusia di alam duniawi ini. Kebatilan dan kekufuran tidak senang dengan kebenaran yang dibawa oleh Islam, Deen Allah melalui Rasul-rasul Allah dan berakhir dengan Baginda Rasulullah SAW. Firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 39-40 yang bermaksud;


“Iblis berkata: Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku telah sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) dimuka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".


Inilah pengakuan Iblis di hadapan Allah SWT yang ia akan tetap akan mengeluarkan dan menyesatkan manusia di muka bumi ini.


Allah SWT memperingatkan kita supaya berjaga-jaga jangan cuba terpengaruh dan ikut cara hidup orang-orang kafir nanti kita akan ditimpa kerugian yang besar.


Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 149 yang bermaksud;


“Wahai orang yang beriman jika kamu mentaati orang kafir mereka akan mengembalikan kamu kepada kekufuran dan kamu akan kembali rugi”.


Sedarlah wahai pemuda,


Musuh–musuh Islam telah menggunakan berbagai-bagai taktik dan cara dalam usaha mereka untuk menghancurkan umat Islam. Mereka menyerang islam dan umatnya dengan alat senjata dan askar-askar, pemikiran dan ideologi serta akhlaq dan kebudayaan. Semua bentuk serangan yang tersebut telah mendatangkan kemenangan kepada mereka. Umat Islam kalah di dalam peperangan bersenjata, kalah di dalam peperangan pemikiran dan ideologi dan kalah dalam serangan akhlaq dan kebudayaan. Tengoklah kepada realiti yang berlaku di negara-negara Islam. Mereka diserang dan dijajah baik dengan kekuatan tentera atau kekuatan ekonomi atau kekuatan media elektronik dan sebagainya.


Perhatikanlah cara hidup muda-mudi Islam hari ini malah majoriti orang-orang islam telah terikut-ikut dengan cara hidup musuh-musuh Islam tanpa di sedari seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, gaya hidup dan pemerintahan dan sebagainya seperti yang dianjurkan oleh musuh-musuh Islam. Nauzubillahminzalik.


Bangunlah wahai pemuda,





Musuh-musuh Islam memang bekerjasama sesama mereka untuk menumpaskan umat Islam dengan berbagai taktik dan tipu helah. Secara keras atau secara halus asalkan mereka dapat sampai kepada matlamat mereka iaitu menghancurkan umat Islam dan menghalang mereka daripada memerintah dan memimpin manusia ke arah keredaan Allah SWT . Oleh itu kita umat Islam perlu sedar dan berjaga-jaga dan perlu mengambil iktibar daripada pengalaman yang silam agar kita tidak terperangkap berkali-kali di dalam perangkap musuh dan sepatutnya orang orang mukmin tidak dipagut di dalam lubang yang sama dua kali (pepatah arab). Orang-orang mukmin perlu memiliki kekuatan dalam berbagai bidang bagi melayakkan mereka memimpin dan sekali gus menyelamatkan manusia sejagat daripada terus berada di dalam kesesatan di bawah pimpinan jahiliyah yang penuh dengan angkara kezaliman di serata pelusuk dunia. Sanggupkah kita melihat umat Islam diburu, dibunuh, dihalau, diperkosa dan berbagai-bagai lagi kekejaman yang dilakukan oleh musuh Islam seperti di Bosnia, Palestin, Kashmir, Somalia, Burma, Sri Lanka dan lain lain negara yang minoritinya orang-orang Islam? Umat Islam perlu membina kekuatan mengatasi kekuatan musuh di segi ilmu pengetahuan, perancangan, dan peradaban demi mengembalikan kepimpinan dan khilafah ke tangan umat Islam sendiri.


"Ya Allah! Kami memohon pertolongan dariMu agar kami tetap dalam melaksanakan perintahMu. Dan kami memohon pertolongan dariMu untuk menghadapi musuh-musuh kami sehingga Islam tertegak di atas mukabumiMu. Kurniakanlah kesedaran kepada kami tentang tanggungjawab kami dan kebijaksanaan dalam menguruskannya serta kurniakanlah natijah yang baik. Ya Allah! Jadikanlah kami orang-orang yang cinta kepadaMu dan orang-orang yang mencintaiMu. Jadikanlah kami membenci mereka yang memusuhiMu. Cucurilah rahmatMu kepada kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun dan Maha Pengasih."

9 Panduan Hindari Zina.



Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian zina pada keturunan Adam (manusia), ketentuan ini tidak dapat ditolak. Zina kedua mata adalah pandangan, zina lisan adalah perkataan, sementara nafsu yang berangan-angan dan menginginkan, lalu kemaluan yang membenarkan dan mendustakannya." [Riwayat Muslim]
Desakan jiwa yang meronta lantaran suasana sekeliling, hambatan hati yang mendengus lantaran keadaan persekitaran yang terbuka, semangat ingin mencuba lantaran ajakan atau perlian kawan yang mendesak, keghairahan nafsu serta bisikan syaitan yang berterusan, semuanya itu merupakan faktor atau punca beraninya manusia melakukan larangan serta tegahan Allah, termasuk melakukan dosa besar; zina.

Untuk mengelakkan berlakunya zina, panduan berikut perlu diusahakan.;

Panduan 1:
Menuntut Ilmu.

Tuntutlah ilmu supaya datangnya kesedaran tentang haramnya zina serta bencananya. Mengetahui hukum adalah langkah yang paling asas untuk mengukuhkan iman. Hadirilah majlis ilmu kerana belajar dengan berguru akan menjadikan kita terpimpin.


Panduan 2:
Amalkan Ilmu.

Ilmu agama semata-mata tidak memadai untuk menguatkan iman dan mendatangkan kekuatan bagi menjauhi zina, andainya ilmu itu tidak diamalkan sungguh-sungguh. Selain Ilmu syariat, seseorang itu perlu mendalami ilmu tauhid dan akhlak, agar rasa sentiasa diawasi oleh Allah, bukan setakat mengetahui Allah itu Maha Melihat.

Mudah-mudahan dengan rasa sentiasa diawasi, seseorang itu akan malu untuk menghampiri zina, apatah lagi untuk berzina. Jika dilihat orang pun dia akan malu, apatah lagi jika Allah SWT yang melihat. Rasa malu kepada Allah ini adalah akhlak hamba kepada Tuhannya. Ia merupakan benteng daripada terjebak kepada kemaksiatan.


Panduan 3:
Dekati Orang Berilmu.

Selain menghadiri majlis ilmu secara rasmi, seseorang itu perlu mendekati orang berilmu dalam suasana tidak rasmi bagi mendapatkan pandangan, nasihat dan teguran.


Panduan 4:
Berusaha Menjauhi Dosa.

Hindari dosa2 kecil yang membawa kepada terbiasanya melakukan dosa-dosa besar. Tinggalkan perkara yang makruh yang Allah tidak suka, serta jauhi sama sekali perkara haram yang Allah murkai.


Panduan 5:
Menolak Segala Jalan Yang Membawa kepada Menghampiri Zina.

Dengan kata lain, menutup semua 'pintu' yang boleh mengarah kepada zina. Dalam istilah fikah, ia disebut sadduz zara'ik. Antaranya;

* Menjauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, terutama mengelakkan dari berdua-duaan.
* Mengelakkan dari mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat serta tidak sempurna menutup aurat.
* Mengawal mata dari melihat perkara-perkara yang tidak halal yang boleh menaikkan nafsu seperti menonton pornografi atau melihat gambar lucah.

Rasulullah SAW menegaskan;
"Pandangan itu merupakan seutas panah beracun daripada panahan iblis. Barangsiapa yang menjaga atau mengawalnya, nescaya Allah akan mengurniakan jiwanya dalam kemanisan ibadat yang akan dirasainya sehingga hari kiamat." [HR: Imam Ahmad dan At-Tabrani]
Kata Pujangga Islam;
"Sesiapa yang menjaga pandangannya nescaya Allah akan menjaga jiwanya."
*Hindari tempat-tempat yang menimbulkan fitnah seperti tempat yang menggalakkan pergaulan bebas dan aktiviti maksiat.


Panduan 6:

Mengamalkan Zikir.

Zikir yang diamalkan secara berterusan dan tersusun mampu mensucikan hati. Hati yang bersih akan kuat menolak ransangan nafsu untuk berbuat dosa.


Panduan 7:
Bergaul Dengan Orang Yang Baik-Baik.

Pergaulan dengan orang yang baik akhlaknya, baik amalnya dan baik ilmunya dapat membantu seseorang untuk menghindarkan maksiat, kerana yang baik akan memimpin dan mengajak kita ke arah kebaikan. Mestilah kuatkan azam untuk mencari sahabat-sahibah yang dapat membantu memberi petunjuk ke jalan kebenaran dan berusahalah mewujudkan suasana pergaulan yang baik.


Panduan 8:
Sibukkan Diri Dengan Ibadah Dan Kerja Kebaikan.

Jika selama ini seseorang itu ketagih melihat filem porno di internet, dia mestilah melawan ketagihan itu dengan penuh keazaman dengan banyak mengisi masa beribadah dan melakukan kerja-kerja kebaikan yang lain.


Panduan 9:
Amalkan Sunnah Nabi SAW.

Adab-adab seharian bermula daripada bangun tidur hingga kita tidur kembali yang menjadi amalan Rasulullah SAW; marilah bersama kita sekeluarga amalkan. Yakinlah apabila kita bersungguh-sungguh 'ketagih' mengamalkannya dan menjadi amalan seharian, insyaAllah Allah akan memberi kekuatan untuk kita mampu mengawal diri daripada perlakuan yang tidak baik.

Sesungguhnya setiap amalan Rasulullah SAW bersulamkan doa-doa yang merupakan menjadi pelindung diri daripada pelbagai musibah.

Wallahu 'alam.

*sumber rujukan: ANIS; Dr. Hj. Nik Yusri Musa.
AsSalaamualaikum warahmatullah...
Izinkan untukku mulakan taipan ini dengan kalam agung;
Bismillahirrahmanirrahim...



Siapa Khadijah di hati Rasulullah?

Aku terdiam sesaat dua.
Ya, siapakah Khadijah di hati Rasulullah?
Siti Khadijah ialah isteri kesayangan Rasulullah saw...
Apakah yang membuatkan Rasulullah saw amat cinta pada isterinya itu?

Marilah kita sama-sama meneliti ruangan ini.
Mari kita semak, apakah faktor yang menjadikan Khadijah begitu istimewa di hati Rasulullah saw...


Sayidatina Khadijah ra mempunyai kedudukan di hati Rasulullah saw. Sehingga baginda ada bersabda:

"
Sebaik-baik wanita ialah Maryam binti 'Imran dan Khadijah binti Khuwailid." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nama Sayidatina Khadijah sering baginda sebut-sebut walaupun setelah isteri kesayangan baginda itu meninggal dunia. Hal ini dicemburui oleh Sayidatina Aisyah ra; sebagaimana pengakuannya:

"Aku tidak pernah cemburu terhadap salah seorang daripada isteri Nabi saw sebagaimana cemburuku terhadap Khadijah. Aku tidak pernah melihatnya. Tapi Nabi saw sering menyebut-nyebut namanya. Kadang-kadang baginda menyembelih kambing, lalu memotongnya menjadi bebrapa bahagian lalu mengirimkannya kepada kawan2 Khadijah. Terkadang aku berkata kepada baginda: "Seolah-olah di dunia ini tiada wanita lain selain Khadijah."

Dan Rasulullah saw menjawab;
"Sesungguhnya Khadijah itu seorang wanita yang utama, bijaksana dan darinya aku dikurniakan anak." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam versi lain Rasulullah saw berkata;
"Khadijah beriman ketika orang2 kafir kepadaku, dia membenarkanku ketika orang2 mendustakanku dan dia membantuku dengan hartanya ketika orang2 memulaukanku." (Riwayat Ahmad)



Memang sukar untuk memperincikan sumbangan Sayidatina Khadijah ra kepada Rasulullah saw sehingga wafatnya, kisah hidupnya penuh dengan pengorbanan. Ketika Nabi saw menyatakan keresahan didatangi Jibril, sifat keibuan yang tinggi dan isteri yang penyayang Sayidatina Khadijah ra yang dapat menenangkan Nabi saw.

Ketika Rasulullah saw berdakwah, beliau pula menjadi pembantu perjuangan. Sayidatina Khadijah ra bukan sahaja sanggup memberikan sokongan moral tetapi juga mengeluarkan harta untuk jihad dan perbelanjaan umum. Malah, kekuatan Islam pada peringkat awal digerakkan oleh dana yang disumbangkan oleh beliau. Rasulullah saw dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada dakwah kerana sokongan sumber kewangan Sayidatina Khadijah ra.



Untuk mendapat cinta Rasulullah saw, maka contohilah cinta dan pengorbanan Sayidatina Khadijah ra kepada baginda.
Cinta Nabi kepada Ummul Mukminin berakhlak agung ini bukanlah pada kecantikan paras rupa. Tetapi cinta sejati berasaskan pada kesetiaan Sayidatina Khadijah ra, pengorbanannya, kesabarannya, perlindungan, dan pembelaannya serta zuriat yang pernah dikandungkannya.


Marilah kita cemburu sebagaimana kecemburuan Sayidatina Aisyah ra kepada Siti Khadijah. Cemburu Aisyah bukan cemburu buta mengikut nafsu melulu. Tetapi cemburu untuk mencontohi jejak langkah wanita kesayangan Rasulullah saw itu. Kecumburuan itulah yang akhirnya memacu Aisyah ra berazam kuat untuk mengikut jejak langkah Sayidatina Khadijah ra hingga berjaya merebut cinta agung Rasulullah saw.

Tidak rugi berbuat demikian, kerana wanita solehah akan mendapat dua cinta sekaligus. Iaitu balasan cinta daripada suami dan juga cinta Rasulullah saw...


p/s: bunga2 itu lambang indah dan wanginya nama Sayidatina Khadijah ra pada ingatan penghuni bumi, dan namanya juga menjadi bualan para penghuni langit...

SEINDAH KASIH AISYAH


Ketika Rasulullah saw pergi..

Tengahari itu..
Gugur butiran air mata di wajahmu
Hibanya hati melepaskan Rasul pergi
Bukan tidak redha
Tapi itulah hati seorang isteri
Pasti ada rasa cinta!

Pada akrab
Sekian lama yg terpisah
Bagai isi dan kuku..
Tapi hakikatnya,
Kita semua hamba
Yang terpaksa akur
Dengan takdirNya

Jalan mujahadah
Menggamit kelangsungan budi
Setia seorang isteri
Tanpa teman menabur jasa
Makam itu cuma semadi jasad..
Tapi batinnya terus menyala
Pada sebuah amanat di sisi isterinya

Wahai serikandi Rasul yg masih hiba
Duhai serikandi budi yg masih lara
Sepuhlah air mata di usia muda
Melangkahlah semula dgn kukuh
Kerana jalan ini masih jauh
Yang wafat cuma jasad
Bukan niat dan semangat!

Citra ini mengimbau sejarah 'si merah'
-Umamahatul Mukminin Siti Aisyah
di usia remaja menjadi isteri Rasulullah
Teman Rasul ketika berjuang membela umat
Teman Rasul ketika di amuk sakarat
Di ribaannya baginda wafat
Sepeninggalan Rasul..

Dialah gedung ilmu yg mendidik tanpa jemu
Dialah gunung budi yg berbakti tanpa henti
Dia hanya kehilangan suami
Tetapi bukan kehilangan misi!

Sesekali ketika rawan diusik kenangan..
Berteduh di sejuk wudhu' menawar gundah
Istirahat hati pada suatu hakikat..
Cintaku hanya sedebu cintaNya..
Relakanlah 'dia' pergi..

Menemui cintaNya di daerah tinggi!

Wanita Dengan Mahar TERMAHAL Di Dunia


Bismillahirrahmanirrahim...
Salam warahmatullah sahabat-sahabat sekalian. Tahukah kalian siapakah wanita yang maharnya termahal di dunia?

Post kali ini akan menceritakan tentang kisah seorang lagi wanita solehah yang mencintai Allah dan Islam melebihi dirinya sendiri.

Marilah kita sama-sama menyusuri perjalanan seorang lagi serikandi Islam ini. Harap kisah ini dapat menjadi teladan kepada kita semua...

Suatu ketika, Abu Talhah telah mengajukan pinangan untuk menikahi Ummu Sulaim binti Mulhan. Dia menawarkan mahar yang mahal. Tetapi dia sangat terkejut dan lidahnya kelu ketika Ummu Sulaim menolak lamaran itu dengan angkuh.

Ummu Sulaim berkata;

"Sesungguhnya tidak mungkin aku menikahi lelaki musyrik. Bukankah kamu mengetahui wahai Abu Talhah, bahawa tuhan-tuhan kalian dipahat oleh Abu Fulan dan apabila kalian membakarnya dia akan terbakar?"

Abu Talhah merasakan tekanan y sangat berat. Dia pun pergi begitu sahaja dan hampir tidak percaya pada apa yang dilihat dan didengarnya. Akan tetapi kerana cintanya yang amat dalam pada Ummu Sulaim, Abu Talhah kembali lagi dengan mahar yang lebih besar dan janji kehidupan yang lebih menyenangkan, dengan harapan hati Ummu Sulaim akan tunduk dan menerimanya.

Lalu, Ummu Sulaim berkata lagi; dengan nada sopan santun;

"Lamaran anda tidak sepatutnya ditolak wahai Abu Talhah, namun anda adalah lelaki kafir sedangkan aku adalah wanita muslimah. Tidak boleh dan tidak sah bagiku untuk menikah denganmu."

Abu Talhah pun berkata; "Apa yang kau inginkan?"
Ummu Sulaim kembali bertanya; "Apa keinginanku?"
Abu Talhah menyoalnya; "Apakah emas dan permata?"

Ummu Sulaim menjawab;
"Aku tidak menginginkan emas dan permata tetapi... yang aku inginkan adalah ISLAM darimu..."

Abu Talhah bertanya; "Siapa yang dapat menuntunku untuk itu?"
Ummu Sulaim menjawab;
"Rasulullah saw dapat menuntunmu untuk Islam."

Maka bergegaslah Abu Talhah menuju kepada Rasulullah saw yang ketika itu sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya. Ketika Rasulullah saw melihat Abu Talhah, baginda berkata;

"Telah datang kepadamu Abu Talhah, sedang kedua matanya memancarkan sorotan cahaya Islam..."

Abu Talhah telah menceritakan apa yang dikatakan oleh Ummu Sulaim kepada Rasulullah saw. Akhirnya Abu Talhah menikahi Ummu Sulaim dengan mahar yang diminta wanita itu; iaitu menganut Islam.

Sesungguhnya, wanita itu adalah teladan bagi setiap wanita yang menginginkan kemuliaan dan berusaha meraih keutamaan. Lihatlah bagaimana beliau menuliskan ayat-ayat indah dalam biografi kehidupannya, bersama tanda-tanda kemuliaan dan bukti2 keimanan. Betapa besarnya pahalanya di hadapan Allah. Bagaimana dia meninggalkan pujian yang indah san memilih pahala yang besar dan penuh berkat.

Demikiannya, beliau sangat jujur dengan Tuhannya, jujur dengan dirinya, dan jujur dengan manusia. Selamat buat Ummu Sulaim dengan kenikmatan yang kekal dialaminya dan betapa beruntungnya beliau kerana mendapat mahar yang paling mahal. Mahal dari dunia dan segala isi...

Jadilah dirimu lebih lembut
Dari tiupan angin yang sepoi-sepoi...
Dan lebih tinggi cita-citanya
Dari bintang di langit dunia...

Khaulah Adalah Pejuang Misteri Itu.



Siapakah yang menerbangkan debu pasir,
Dengan deruan kuda yang ditunggangnya,
Selendang yang menutupi wajahnya,
Menjadi pelindung hiasan dunia,
Halus jemarinya menghunus senjata,
Lembut tingkahnya bertukar perkasa...

Salam warahmatullah...

Aku ingin berkongsi kisah mujahidah yang menyertai peperangan menentang Kafir. Kisah ini ku petik dari pembacaanku dalam buku Riwayat Bidadari Syurga tulisan ustaz Munif Ahmad.
Mari kita susuri perjalanan sirah serikandi terbilang ini.

Khaulah binti al-Azwar Al-Kindi adalah seorang wanita yang berani yang mempunyai semangat  dan sifat juang yang tinggi dan cekap menunggang kuda. Ayahnya Al-Azwar adalah seorang pahlawan yang terbunuh sewaktu mempertahankan Rasulullah SAW. Saudaranya pula ialah Dhirar bin Al-Azwar, seprang penunggang kuda yang terkenal. Khaulah dibesarkan dalam keluarga yang mulia dan berani.

Suatu hari, Khaulah keluar  Khaulah bersama saudaranya untuk menyertai tentera muslimin dibawah pimpinan panglima Khalid bin Al-Walid. Mereka menuju ke Syam untuk menakluki negeri itu. Khaulah telah turut serta dalam pertempuran itu.

Ketika pertempuran itu berlaku, Panglima Khalid Al-Walid sedang memerhatikan seorang tentera berkuda yang tinggi dan cekap menunggang kuda. Orangnya tinggi dan tiada apa yang kelihatan di wajahnya melainkan kedua matanya sahaja. Dia telah menutupi seluruh tubuhnya dengan kain hitam dan di kepalanya terdapat serban hijau yang dilabuhkan ke paras dada. Dia selalu di hadapan, bertarung dengan cekap dan pantas di atas kudanya. Lagaknya seperti seorang lelaki yang melawan musuhnya dengan penuh keberanian. Tiada siapa yang menyangka dia adalah seorang wanita.

Setelah selesai peperangan itu, semua pejuang muslimin yang lain tertanya-tanya siapakah gerangan beliau. Maka, Khalid Al-Walid telah memintanya membuka kain penutup wajahnya. Namun Khaulah enggan berbuat demikian. Setelah itu Khalid memintanya menyebutkan namanya. Itu juga tidak dipenuhi oleh beliau hingga menaikkan darah panglima itu.

Setelah melihat Khalid Al-Walid seakan marah kepadanya, lalu dia pun menjawab; 
“Aku Khaulah binti Al-Azwar. Aku sedang bersama sekumpulan wanita, kemudian datang kepadaku khabar yang mengatakan saudaraku Dhirar telah ditawan musuh. Maka, aku pun terus menunggang kudaku dan menyertai pertempuran ini.”

Khalid merasa kagum dan memuji Khaulah di atas keberaniannya bertempur dan keikhlasannya terhadap saudaranya. Lalu tentera muslimin sekali lagi menggempur sisa-sisa tentera Rom. Di bawah pimpinan Rafik, seramai 100 tentera Islam telah mengejar sebahagian tentera Rom yang telah pulang ke Hims untuk membebaskan Dhirar. Khaulah turut menyertai pasukan tersebut. Mereka berjaya membebaskan Dhirar selepas bertempur dengan sengit.

Seterusnya Khaulah turut serta dalam penaklukan Mesir sehingga namanya menjadi terbilang dan disebut-sebut oleh wanita-wanita Arab dan kaum lelakinya. Dia terus menjadi seorang pejuang Islam yang menyertai pelbagai peperangan sehinggalah menemui ajalnya di bawah pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan.

Khaulah telah meninggalkan nama yang harum mewangi, yang keharumannya akan dirasai oleh kita semua di sepanjang zaman.

Semoga coretan ini akan dapat membakar semangat kita semua untuk menjadikan semangat juang beliau sebagai teladan untuk meneruskan kehidupan ini. InsyaAllah..

Allahu 'alam...

Kriteria Pemimpin Keluarga Dalam Islam

Apakah ciri-ciri yang patut dicari dan dipertimbangkan oleh seorang wanita apabila dia ingin memilih calon suami? Berikut disenaraikan ciri-ciri yang penting, berdasarkan turutan kepentingannya.
Pertama: Agama.
Ciri pertama yang mesti diperhatikan ialah agama calon suami. Pastikan suami seorang muslim. Jika dia seorang bukan muslim, jemputlah dia ke arah agama Islam. Pastikan sebab utama dia memeluk Islam ialah kerana sayangkan Allah dan Rasulullah, bukan kerana sayangkan anda.
Jika calon memang beragama Islam, maka langkah seterusnya ialah memerhatikan tahap keislamannya. Kita tidak mahu Islam yang biasa-biasa, tetapi muslim yang berilmu, beriman dan beramal shalih.
Di sini calon suami bukanlah semestinya seorang ustaz berkelulusan jurusan agama. Akan tetapi dia hendaklah orang yang menaruh minat kepada Islam, berusaha untuk mendalami ilmu-ilmunya, rajin mengerjakan amal shalih dan menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka. [al-Tahrim 66:06]
Perkara penting untuk turut diperhatikan, jangan hanya harap suami memiliki nilai agama yang bagus. Anda juga sebagai isteri mesti memiliki nilai agama yang baik agar dapat memainkan peranan sebagai isteri yang berilmu, beriman dan beramal shalih. Tidak dilupakan, sebagai isteri yang dapat menasihati dan membetulkan suami. Ini kerana kaum muslimin (lelaki) dan muslimat (perempuan) sebenarnya saling membantu antara satu sama lain:
Dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Taubah 9:71]
Kedua: Keluarga.
Ciri kedua yang perlu diperhatikan ialah sikap calon suami kepada keluarganya, khasnya ibubapanya. Ini kerana Islam amat menekankan seorang anak untuk berbuat baik kepada ibubapanya. Rasulullah bersabda: Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1899]
Maka calon suami itu jika dia memiliki kefahaman agama yang baik akan memastikan ibubapanya redha dan senang menerima anda sebagai bakal menantu. Jika tidak, dia akan bercakap dengan penuh hikmah dan hormat bagi menyakinkan ibubapanya menerima anda sebagai bakal menantu. Dia tidak akan membelakangkan ibubapanya kerana anda, dia tidak akan menderhakai ibubapanya kepada anda. Calon suami hendaklah pandai memainkan peranannya di jalan pertengahan di antara ibubapanya dan anda sebagai bakal isterinya.
Di antara ayah dan ibu, seorang anak hendaklah mengutamakan ibunya berdasarkan sabda Rasulullah: Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya (ibu).[Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3104] Justeru perhatikan bagaimana layanan calon suami terhadap ibunya kerana ia memiliki kaitan yang amat kuat dengan bagaimana dia bakal melayan anda sebagai isteri. Seorang anak lelaki yang melayan ibunya dengan penuh keprihatinan besar kemungkinan akan melayan bakal isterinya dengan penuh keprihatinan juga. Seorang anak lelaki yang mengabaikan ibunya besar kemungkinan akan mengabaikan isterinya juga.
Ketiga: Ciri Kepimpinan.
Lelaki – yakni suami – ialah pemimpin dalam sebuah institusi keluarga. Allah menyatakan tanggungjawab ini: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” [al-Nisa’ 4:36]
Maka hendaklah anda memerhatikan ciri-ciri kepimpinan calon suami anda. Berikan dia satu senario dan perhatikan bagaimana dia membuat keputusan. Berikan dia satu permasalahan dan perhatikan bagaimana dia menyelesaikannya. Berikan dia satu perancangan dan perhatikan bagaimana dia mengaturnya. Berikan dia satu amanah dan perhatikan bagaimana dia bertanggungjawab ke atasnya.
Berkenaan ciri kepimpnan ini, hendalah diketahui bahawa kebanyakan lelaki masa kini ketandusan ciri kepimpinan. Ini kerana kebanyakan ibubapa mendidik anak lelaki dengan cara membiarkan mereka bermain di luar rumah sesuka hati manakala anak perempuan dididik sikap tanggungjawab menguruskan adik-adik dan pelbagai urusan lain. Hasilnya, kebanyakan wanita bersikap dewasa dan bertanggungjawab manakala kebanyakan lelaki bersikap “sesuka hati” dan tidak memiliki hala tuju yang tertentu.
Berpijak atas sejarah pendidikan ini, maka janganlah mengharapkan calon suami memiliki ciri kepimpinan yang baik. Boleh dijangkakan dia lemah dalam bab ini, maka anda boleh memainkan peranan menyedarkannya dari tidur yang lena. Berikan dia masa dan ruang untuk meningkatkan ciri kepimpinannya.
Keempat: Kewangan.
Suami bertanggungjawab ke atas kewangan (nafkah) isterinya. Rasulullah mengingatkan para suami: Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian….mereka memiliki hak di atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan.[Shahih Muslim, no: 2137]
Perlu dibezakan, tanggungjawab kewangan suami ke atas isteri bukanlah bererti suami mesti kaya. Tidak ada manfaat memiliki suami yang kaya tetapi kedekut, suami yang berharta tetapi tidak memberi nafkah, suami yang berstatus tinggi tetapi masih meminta duit isteri. Akan tetapi yang penting lagi bermanfaat ialah suami yang sedar tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada isteri pada kadar yang dia mampu.
Perlu juga ditekankan, suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri sekalipun isteri memiliki harta atau pendapatan sendiri. Suami tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri yang kaya atau berpendapatan, juga tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung kewangan keluarga. Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela, bukan paksaan.
Kelima: Akhlaknya.
Ciri kelima yang tidak kurang penting ialah akhlak calon suami. Rasulullah menekankan: Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia (sikap santun) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya.[Shahih Muslim, no: 2594]
Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa yang tidak diingini, tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tenang dan tegas dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak mulia yang perlu diperhatikan.
Jangan sekadar memerhatikan akhlak calon suami kepada anda kerana lazimnya ia mestilah baik. Akan tetapi perhatikan akhlak dia kepada orang lain seperti ahli keluarga, rakan kerja, peniaga buah dan pelayan restoran. Dengan cara ini anda dapat bezakan sama ada akhlak baik yang ditunjukkan calon suami kepada anda adalah tulen atau pura-pura.

Kesan Aqidah Dalam Hidup Kita

Menurut almarhum Abul A'la al Maududi, pengakuan beriman kepada Allah SWT sebenarnya boleh meninggalkan kesan ke atas kehidupan manusia. Malah, katanya, orang yang tidak beriman dengan Allah SWT akan mengalami kegagalan dan
kerugian yang besar.

Apakah kesan beriman dengan Allah SWT? Apakah kerugian yang dialami orang yang tidak beriman?

1. Berpandangan luas

Menurut al.Maududi, orang yang beriman dengan Allah tidak mungkin mempunyai pandangan yang sempit kerana dia percaya kepada Yang Menciptakan langit dan bumi, Pemilik alam semesta, Pemilik barat dan timur, Pemberi rezeki dan Pendidik makhluk. Dia tidak akan menemui sesuatu yang ganjil dalam alam ini kerana segala sesuatu yang ada di dalamnya adalah milik Allah. Tidak ada sesuatu pun dalam alam ini yang dapat menghalang dan membataskan rasa cintanya dan kecenderungannya untuk memberi pertolongan dan khidmat kepada sesama manusia.

Bagaimanapun pandangan seperti ini tidak mungkin ada pada orang yang menganut fahaman tuhan yang berbilang-bilang, yang beri'tiqad Allah mempunyai sifat serba kekurangan dan terbatas seperti manusia atau orang yang tidak percaya kepada Allah sama sekali.

2. Melahirkan rasa bangga dan harga diri.

Orang yang beriman kepada Allah berasa bangga sebagai manusia dan mempunyai harga diri. Dia mengetahui Allah adalah Pemilik sebenar segala kekuatan yang ada dalam alam ini, tidak ada yang memberi manfaat dan mudarat kecuali Allah, tidak ada yang menghidup dan mematikan kecuali Allah serta tidak ada yang memiliki hukum, kekuasaan dan kedaulatan kecuali Allah
.
Oleh itu, keimanannya kepada Allah menyebabkan dia t'dak berhajat kepada yang lain daripada Allah. Tercabut dari dalam hatinya rasa takut kepada yang lain daripada Allah. Dia tidak menundukkan kepalanya di hadapan makhluk, tidak merendahkan diri dan mengemis kepada manusia dan tidak gentar dengan kesombongan dan kebesaran manusia.

Sifat seperti ini tidak mungkin ada pada manusia yang tidak beriman dengan Allah. Antara perkara yang menyebabkan syirik, kufur dan murtad ialah seseorang mahu menundukkan kepalanya kepada yang lain daripada Allah dan menganggapnya berkuasa memberi manfaat dan mudarat. Ia takut dan bergantung harap kepadanya.

3. Rendah hati sesama manusia.

Orang yang beriman dengan Allah tidak mungkin menjadi angkuh, tidak mensyukuri nikmat dan tidak terpedaya dengan kekuatan dan kemahiran yang dimilikinya kerana dia tahu dan yakin semua itu adalah kurniaan Allah kepadanya. Malah dia sedar Allah berkuasa mengambilnya kembali apabila Dia menghendaki.

Manusia yang tidak percaya kepada Allah akan mengingkari nikmat, menyombong dan mengangkat kepala apabila memperolehi nikmat yang sementara kerana menganggap nikmat itu hasil usaha dan kecekapannya. Begitu juga orang yang musyrik menjadi sombong apabila mendapat nikmat kerana menyangka dia mendapat perhatian lebih daripada Tuhannya berbanding orang lain.

4. Jiwa yang bersih dan beramal saleh

Orang yang beriman dengan Allah yakin tidak ada jalan untuk mencapai keselamatan dan keuntungan kecuali dengan jiwa yang bersih dan beramal saleh. Kesedaran itu timbul kerana dia beriman kepada Allah yang Maha Kaya dan Maha Adil, bergantung harap segala sesuatu kepada-Nya.

Sebaliknya orang yang musyrik dan kafir menghabiskan masa hidup mereka untuk angan-angan yang palsu. Di antara mereka ada yang berkata: "Sesungguhnya anak Allab telah menjadi penebusan dosa-dosa kita kepada Bapanya."'Ada juga yang berkata: "Kami adalah putera Allah dan kekasihnya, maka Ia tidak akan menyiksa kami kerana dosa kami."Ada juga yang berkata: "Kami akan meminta syafaat pada sisi Allah kepada pembesar kami dan orang yang bertaqwa di kalangan kami.' Ada juga di kalangan mereka yang menyembahkan nazar dan korban kepada tuhan mereka dan menganggap dengan cara demikian mereka telah mendapat izin untuk berbuat sekehendak hati mereka.

Kepercayaan karut seperti itu sentiasa membenamkan orang-orang berkenaan dalam lumpur dosa dan maksiat serta lupa mensucikan iiwa dan memperbaiki amal mereka.
Orang yang murtad pula sama sekali tidak percaya adanya Pencipta mereka. Mereka tidak percaya akan diminta bertanggungiawab atas perbuatan mereka serta menerima balasan atas perbualan itu. Mereka menyangka mereka merdeka di dunia dan tidak terikat dengan sesuatu undang-undang. Tuhan mereka ialah hawa nafsu dan mereka meniadi hambanya.



5. Tidak berputus asa dan hilang harapan

Orang mukmin tidak mudah dihinggapi rasa putus asa dan hilang harapan dalam apa keadaan sekalipun kerana dia beriman kepada Yang Memiliki langit dan bumi serta Yang Memiliki nikmat dan kurniaan yang banyak. lman memberikan ketenteraman yang luar biasa pada hatinya. lman mengisi hatinya dengan ketenangan dan harapan meskipun dia dihina di dunia dan diusir dari semua pintu kehidupan sehingga kelihatan jalan hidupnya sempit dan seluruh saluran kebendaan terputus daripadanya. Dia yakin Allah tidak pernah terlena dan tidak membiarkan hidupnya terlantar. Oleh itu dia sentiasa mencurahkan tenaganya dengan bertawakkal kepada Allah dan meminta pertolongan daripada-Nya dalam semua urusan.

Ketenteraman hati dan ketenangan iiwa seperti ini tidak mungkin dimiliki kecuali dengan aqidah tauhid. Orang kafir, musyrik dan mulhid (athies) mempunyai hati yang lemah. Mereka bersandar kepada kekuatan yang terbatas. Maka alangkah cepatnya mereka dihinggapi rasa putus asa ketika menghadapi kesukaran. Kadangkala membawa mereka membunuh diri.

6. Memiliki hati dan pendirian yang teguh

lman kepada Allah mendidik manusia dengan kekuatan-yang besar, bulat, tekad, berani, sabar, tabah dan tawakkal ketika menghadapi perkara besar di dunia demi mengharapkan keredaan Allah. Dia yakin kekuatan Allah yang memiliki langit dan bumi menyokongnya dan membimbingnya dalam setiap aspek kehidupan. Oleh itu hatinya menjadi lebih teguh, tabah dan keras daripada keteguhan, ketabahan dan kekerasan gunung. Hampir tidak ada suatu musibah dalam dunia yang dapat melawan tekad yang telah dibuatnya. Bagaimanakah syirik, kufur dan mulhid dapat menentang kekuatan dan ketabahan seperti ini?

7. Berani dan tabah

lman kepada Allah menjadikan manusia berani dan mengisi hatinya dengan ketabahan. Ada dua perkara yang menjadikan seseorang manusia itu pengecut dan lemah
semangat. Pertama, cinta pada diri, harta dan keluarganya. Kedua, percaya bahawa ada yang lain daripada Allah yang dapat mematikan manusia dan dia tidak dapat menolak kematian itu dengan sebarang tipu daya.

Bagaimanapun iman kepada Allah dapat mencabut kedua-dua perkara itu daripada hati manusia dan membersihkannya daripada daki-dakinya dengan sebersih-bersihnya. lman dapat mencabut yang pertama dengan menjadikan dia yakin bahawa Allah adalah satu-satunya Pemilik diri, harta dan keluarganya. lman menjadikan dia sedia berkorban untuk jalan dan keredhaan Allah. Dia sedia berkorban dengan segala sesuatu yang ada padanya sama ada yang mahal mahupun murah.

lman juga dapat mencabut perkara kedua dengan menanamkan ke dalam iiwa manusia bahawa tidak ada seorang manusia atau seekor binatang pun yang dapat merampas hidupnya, tidak juga bom atau meriam, pedang, batu atau kayu, sebaliknya hanya Allah yang berkuasa berbuat demikian. Allah telah menetapkan waktu bagi kematiannya. Tidak ada satu kekuatan pun dalam dunia ini yang dapat mempercepatkannya.

Oleh itu, tidak ada orang di dalam dunia yang lebih berani daripada orang yong beriman kepada Allah. Satu bala tentera sekalipun tidak dapat menakutkan atau menggentarkannya kerana ketika dia maju untuk beriihad dia dapat menghancurkan suatu kekuatan yang melebihi sepuluh kali ganda.

Oleh itu, bagaimanakah orang kafir, musyrik dan mulhid menganggap jiwa mereka adalah barang paling berharga bagi diri mereka dan yakin bahawa mati itu datang bersama kedatangan musuh dan pergi dengan pemergian musuh?

8.Menjauhi perbuatan hina, berpada dengon yang ada

Iman kepada Allah mengangkat darjat manusia dan menimbulkan dalam dirinya sifat menjauhkan diri daripada perbuatan yang rendah martabatnya. Dia juga berasa cukup dengan apa yang ada dan tidak memerlukan pemberian orang, menyucikan hatinya daripada sifat tamak, rakus, dengki, rendah diri dan segala sifat buruk serta kecenderungan yang hina. Tidak terlintas dalam hatinya memilih jalan yang keji untuk mencapai kejayaan kerana dia yakin rezeki berada di tangan Allah. Dia yakin Allah melimpahkan rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya dan menentukan kepada orang yang dikehendaki-Nya. Tidak ada kemuliaan, kekuatan, kemasyhuran, kekuasaan, pengaruh dan kemenangan melainkan di tangan Allah. Manusia wajib berusaha dengan cara yang mulia menurut kemampuannya. Kejayaan atau kegagalan bergantung kepada Allah. Tidak ada yang dapat menahan apa yang diberi-Nya dan tidak ada yang dapat memberi apa yang ditahan-Nya.

Orang kafir, musyrik dan mulhid menyangka bahawa kejayaan mereka atau kegagalan bergantung kepada bantuan kekuatan duniawi atau halangannya. Mereka adalah hamba kepada keserakahan dan kerakusan. Untuk mencapai kejayaan mereka tidak segan menerima rasuah, mengampu, bersekongkol dan melakukan pelbagai lagi cara yang keji. Mereka menggigit jari kerana dengki melihat kejayaan orang lain. Mereka menggunakan tipu daya untuk menjatuhkan orang lain atau orang yang menentang mereka.



9. Terikat dan patuh pada peraturan Allah

Perkara paling penting dalam hubungan ini ialah iman kepada Allah menjadikan manusia terikat dan patuh kepada undang-undang Allah. Orang yang beriman yakin Allah mengetahui segala sesuatu. Malah Allah lebih dekat kepada diri mereka daripada urat leher mereka sendiri.

Orang beriman yakin apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan di dalam gelap ataupun bersendirian, Allah tetap mengetahui. Apabila terlintas dalam hatinya sesuatu yang tidak baik, Allah tetap mengetahui. Walaupun dia dapat menyembunyikan perbuatannya daripada orang lain, dia tidak dapat menyembunyikannya daripada Allah. Walaupun dia dapat melepaskan dirinya daripada sebarang kekuatan, dia tidak dapat melepaskan dirinya daripada Allah.

Oleh itu semakin kukuh iman ini melekat dalam jiwa seseorang, semakin tekun ia mengikuti hukum Allah dan menjauhi larangan-Nya. la bergegas menuju kebajikan dan mengerjakan apa yang diperintah oleh Allah sekalipun di dalam gelap mahupun bersendirian. Di hadapan matanya sentiasa terbayang pengadilan tinggi yang hampir dan tidak ada orang yang dapat melepaskan diri daripada pemeriksaan-Nya.
Iman kepada Allah menjadi syarat pertama dan paling utama untuk menjadikan seseorang manusia itu Muslim kerana seorang Muslim ialah hamba yang taat dan patuh hanya kepada Allah SWT.

Sabarlah dalam dakwah!!

Sabar di dalam berdakwah memiliki peranan amat penting bagi setiap da’i. Baik berdakwah kepada keluarga, masyarakat maupun kepada penguasa. Sabar secara umum merupakan kewajiban bagi setiap muslim. Oleh karena itu, Allah memeritahkan kita untuk bersikap sabar, Dia berfirman, “Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan (QS 16: 127 - 128)



Di dalam ayat yang lain disebutkan, “Maka bersabarlah kamu seperti orang – orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul – rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka. (QS Al Ahqaf : 35)



Allah SWT telah menjelaskan kepada kita semua, bahwa kehidupan ini penuh dengan ujian dan cubaan. Salah satu hikmah diturunkannya cubaan dan ujian adalah agar diketahui mana orang yang jujur dan mana yang dusta, mana yang benar – benar mukmin dan yang munafik, mana yang bersabar dan mana yang tidak.



Seorang muslim memerlukan kesabaran yang ekstra kuat, hal ini karena keberadaan seorang muslim menepati nilai tersendiri di masyarakat pada umumnya. Nabi Saw telah bersabda, bahwa semakin tinggi tingkat keimanan seseorang, maka semakin berat ujian yang dihadapi, beliau bersabda, “Orang yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang semisal mereka lalu yang semisal mereka. Seseorang diberi ujian berdasrkan tingkatnya dalam beragama.” (HR At Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan Al Hakim. Dihasankan oleh Al Albani)



Maka kesabaran bagi kita amatlah penting, di antara pentingnya kesabaran di dalam berdakwah adalah sebagai berikut :



Sabar di dalam Berdakwah Ibarat Kepala Bagi Badan

Dapat dikatakan, bahwa tidak ada dakwah yang tanpa kesabaran, sebagaimana tidak ada badan yang tanpa kepala. Jika kepala lepas dari badan, maka itu artinya kematian. Imam Ibnul Qayyim mengatakan, “Kedudukan sabar terhadap iman, ibarat kedudukan kepala terhadap badan. Maka tidak ada iman bagi orang yang tidak punya kesabaran, sebagaimana jasad juga tak bererti tanpa adanya kepala.”



Sabar Merupakan Pintu Kebahagiaan

Sebagaimana firman Allah Swt, “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar – benar berada dalam kerugian, kecuali orang – orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (QS Al Ashr : 1 - 3)



Sabar Sarana Muroqobatullah Yang Utama

Hanya kesabaranlah yang akan dibalas oleh Allah Swt dengan pahala berlimpah. Hal ini menunjukkan, bahwa ia merupakan amal yang sangat utama dan tinggi kedudukannya. Allah Swt berfirman, “Sesungguhnya hanya orang – orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas.” (QS 39 : 10)



Kesabaran Meringankan Penderitaan

Setiap muslim dan terutama para da’i pasti menghadapi tentangan dalam hidupnya, kerana seorang da’i mengajak manusia untuk meninggalkan hawa nafsu dan syahwat yang dibenci oleh Allah Swt. Maka orang – orang yang berseberangan dengan dakwah Islam, pasti akan memusuhi dengan segenap tenaga bahkan bila perlu dengan angkat senjata. Menghadapi rintangan semacam ini seorang da’i mau tidak mau harus memegang keyakinan dengan teguh dan bersabar, karena sabar merupakan pedang yang tak pernah tumpul dan sinar yang tak kenal redup.



Sabar Adalah Sifat Para Nabi dan rasul Allah SWT mendapatkan keselamatan, kesuksesan dan kekuatan dikeranakan sikap sabar mereka


Allah SWT berfirman, “Maka bersabarlah Kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali – kali janganlah orang – orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat – ayat Allah) itu menggelisahkan kamu.” (QS 30 : 60) Lukman Al Hakim, seorang yang telah diberikan hikmah oleh Allah SWT, telah mewasiatkan kesabaran kepada anaknya, sebagaimana yang telah difirmankan Allah Subhanahu wa T’ala, “Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal – hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (QS 31 : 17)



Sabar Menghantarkan Kepada Pertolongan Allah

Hal ini tentunya bukan berarti degnan meninggalkan usaha (ikhtiar), kerana pertolongan dari Allah tidak mungkin tercapai dengan sendirinya tanpa melakukan sebab – sebab yang mengantarkan kepadanya. “Jika bersabar dan bertaqwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” (QS 3 : 120)



Sabar Adalah Separuh Iman
Sabar dan syukur adalah inti keimanan, Allah Swt berfirman, “Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda – tanda (kekuasaan Allah) bagi orang penyabar dan banyak bersyukur.” (QS 14 : 5) Nabi Saw telah menyifati seorang mukmin dengan sifat yang menakjubkan, sifat itu tidak akan didapati, kecuali pada seorang mukmin, yaitu, “Kalau mendapatkan kelapangan, maka ia bersyukur, yang demikian adalah baik baginya. Dan apabila ditimpa kesempitan, maka ia bersabar dan itu pun baik baginya juga.” (HR Muslim)



Sabar merupakan Sebab Untuk Meraih Kesempurnaan

Kesempurnaan iman hanya akan dapat diraih dengan kemauan keras dan keteguhan, oleh karena itu, dalam sebuah riwayat disebutkan doa berikut, “Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keteguhan dari setiap urusan dan kemauan keras dalam meraih petunjuk.” Keteguhan dan kemauan yang keras tidak akan dapat berdiri dengan tegak, tanpa ada kesabaran.



Kebaikan dunia akhriat bagi orang yang Sabar

Allah SWT beserta orang yang sabar, Allah mencintai orang yang sabar, mendapatkan kesejahteraan dan rahmat dari Allah, mendapatkan pertolongan, dijaga dari tipu daya musuh dan yang paling penting adalah ia berhak mendapatkan surga, sebagaimana firman Allah Swt, artinya, “Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam surga) karena kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya”. (QS 25 : 75)

Akhlak Kita??

* Hindarilah sikap kurang puas hati dan perbanyaklah diam. Allah berfirman: Artinya : ”Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan orang yang menyeru manusia memberikan sedekah, atau berbuat ma’ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia.” (An Nisa 114) Ketahuilah, di setiap saat dan setiap tempat ada yang senantiasa memperhatikan dan mencatat setiap ucapanmu”Seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Qaaf 17- 18) Karena itu, berbicaralah hanya yang perlu saja. Ringkaskan ucapanmu, serta cukuplah hingga sesuai dengan maksud pembicaraanmu.

* Bacalah Al-Qur’an Al-Karim dan buat jadual harian untuk tadarus serta usahakan menghafalnya semampumu agar engkau mendapat pahala yang besar di hari kiamat nanti. Artinya : Abdullah bin Umar Ra meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad SAW berbeda: Kepada yang senang membaca Al- Qur’ an di hari kiamat nanti dikatakan: ”Bacalah dan perbaikilah bacaanmu sebagaimana yang telah kamu kerjakan di dunia dahulu, maka sesungguhnya kedudukanmu itu tergantung kepada akhir ayat yang sedang kamu baca itu.” (HR- Tirmidzi)

* Bukanlah merupakan suatu kebaikan apabila kamu berbicara dan selalu berkomentar terhadap setiap hal yang kamu dengar, sebab hal itu dapat menjatuhkanmu ke dalam kebohongan. Artinya : Abu Huraifah Ra berkata bahwa Nabi Muhammad Saw : ”Cukuplah bagi orang itu disebut pembohong jika ia berbicara dengan setiap apa yang ia dengar.” (HR. Muslim).

* Jauhilah sifat sombong dan membanggakan diri dengan sesuatu yang tidak kamu punyai dengan tujuan memperbanyak harta dan mendapat ketenaran di mata manusia. Artinya : Aisyah Ra, meriwayatkan bahwa seorang wanita bertanya kepada Rasulullah SAW : ”Bolehkah saya mengatakan bahwa suami saya telah memberikan sesuatu padahal dia tidak memberikan sesuatu kepadaku?” Rasulullah lalu bersabda : ”Orang yang menyiarkan tentang apa yang tidak dia terirna (pernberian) bagaikan orang yang memakai dua baju kebohongan.” (Muttafaq alaihi) .

* Zikrullah itu mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan seorang muslim, baik dilihat secara ruhaniyah, kejiwaan, jasmani maupun sosial kemasyarakatan. Oleh karena itu jagalah, wahai saudaraku, ingatlah kepada Allah Ta’ala setiap saat walau bagaimanapun keadaannya. Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah memuji hamba-hamba-Nya yang mukhlis. Firman-Nya: ”(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah swt baik dalam keadaan berdiri, duduk maupun berbaring.” (Ali Imran 191). Artinya : Abdullah bin Basar Ra pernah menyebutkan bahwa ada seorang laki-laki berkata: ”Ya Rasulullah, sesungguhnya syariat Islam itu telah cukup banyak dalam pandangan saya, untuk itu beritahu saya dengan sesuatu yang bisa saya jadikan pegangan.” bersabda Rasulullah:”Lidahmu itu akan terus basah dengan berdzikir kepada Allah.” (HR. Tinnidzi).

* Jika kamu ingin berbicara, maka jauhilah dari membesar-besarkan diri, bermanis-manis kata dan terlena dalam buaian kata. sebab itu merupakan sifat yang dibenci oleh Rasulullah SAW. Beliau bersabda : Artinya : ”Sesungguhnya sesuatu yang paling saya benci dan paling jauh posisinya dariku pada hari kiamat adalah mereka yang banyak bicara, angkuh dalam berucap dan besar mulut.” (HR. Tarmidzi).

* Jadikanlah pribadi Rasulullah SAW sufi teladan yang baik. Di antaranya banyak diam, berpikir dan tidak banyak tertawa, apalagi sampai hanyut di dalamnya. Artinya : Sammak berkata, ”Saya bertanya kepada Jabir bin Samirah: Apakah dulu kamu selalu hadir dalam majelis Rasulullah?” Jabir bin Samirah menjawab, ”Benar , beliau banyak diam dan sedikit tertawa. Pernah sahabatnya membaca syair dan saling betukar pikiran tentang masalah mereka, kemudian mereka tertawa, tapi Rasulullah hanya tersenyum saja.” (HR. Ahmad). Jadikanlah ucapanmu selalu condong kepada kebajikan. Jika tidak, maka diammu itu lebih baik. Bersabda Rasulullah SaW Barangsiapa yang mengaku beriman kepada Allah dan hari akhir, maka berkatalah yang baik, atau (kalau tidak bisa) diamlah.” (AR. Bukhari)

* Jangan memotong pembicaraan orang, membatasi atau meremehkannya.Jadilah pendengar yang baik.Bantahlah mereka dengan uslub (metode) yang baik sebagai cermin dari kepribadian.

* Hindari segala bentuk celaan, menggunjing, atau membicarakan aib orang lain.”Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mencela kaum yang lain, (karena) boleh jadi mereka (yang dicela itu) lebih baik dari mereka (yang mencela). Dan begitu pula wanita terhadap wanita lainnya, boleh jadi wanita yang dicela tadi lebih baik dari wanita yang mencela.” (A1 Hujaraat 11) Bersabda Rasulullah SAW : Artinya: Seorang muslim itu saudara bagi muslim lainnya dia tidak menzaliminya, tidak mengecewakannya. juga tidak pula menghinanya. Maka cukuplah seorang itu digolongkan dalam keburukan bila ia menghina saudaranya yang muslim.” (HR. Muslim).

* Jika kamu mendengar bacaan AI Qur’an Al Karim, maka hentikanlah segala pembicaraan bagaimanapun pentingnya sebagai rasa hormat terhadap Kalamullah. dan juga sebagai pelaksanaan perintah-Nya. “Dan apabila AI Qur.an dibacakan maka dengarkanlah dan perhatikan dengan tenang agar kamu mendapat rahmat” (Al A’raf 204).

* Pandai-pandailah dalam memilih kata sebelum ke luar dari mulutmu. Jagalah perkataanmu agar tetap bersih. cocok dan sesuai dengan kebenaran, jauh dari keburukan, serta tidak menimbulkan kemurkaan Allah Ta’ala. karena setiap kata mempunyai tanggung jawab yang besar. Berapa banyak kata yang bisa menyebabkan si pembicaranya masuk surga, dan berapa banyak pula kata yang memasukkan orangnya ke dasar neraka jahannam. Artinya: Abu Hurairah Ra berkata Nabi Muhammad SA W bersabda: ”Seorang hamba yang jika berbicara semata-mata yang diridhoi Allah dan seolah-olah tidak dihiraukan orang, maka Allah akan mengangkat derajatnya. Namun seorang hamba berbicara dengan ucapan yang dibenci Allah seolah-olah tidak dihiraukan orang, maka ucapan itu akan membawanya ke neraka jahannam.” (HR. Bukhari). Mu’adz Ra bertanya kepada Nabi Saw : Artinya: “Ya Rasulullah, apakah kita bertanggung jawab terhadap semua yang kita ucapkan?” Rasulullah Saw menjawab: ”Ibumu pasti kehilangan kamu, wahai Mu’adz! Tidaklah manusia itu ditelungkupkan wajahnya ke dalam neraka kecuali karena tergelincimya lidah (akibat ucapan) mereka.” (HR. Turmudzi).

* Gunakanlah lidahmu yang merupakan nikmat Allah yang agung bagimu untuk amar makruf nahi munkar dan dakwah kepada kebajikan.”Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia.” (An Nisa 114)

* Wahai saudaraku,belajar (menuntut ilmu) itu merupakan hal yang terpuji dan mulia. Syifa’ binti Abdillah berkata, Nabi Saw pernah masuk ke dalam rumah ketika saya berada di rumah Hafsah, kemudian beliau bertanya kepada saya, ” Apakah kamu tidak mengajari ini (yakni Hafsah) penangkal seekor semut sebagaimana kamu telah mengajarinya tulis menulis?” (HR. Ahmad).

* Maksud dan tujuan menuntut ilmu itu bukan hanya untuk memperoleh ijazah, untuk mendapatkan pekerjaan atau status sosial,tapi untuk mengetahui berbagai urusan agama.Hukum-hukumnya dan memperbaiki bacaan Al-Qur’an Al-Karim sehingga seorang wanita dapat beribadah kepada Robb-nya dengan dasar pemahaman yang jelas.Seperti diketahui, salah satu tujuan menuntut ilmu adalah untuk menelaah teori belajar yang tepat sebagaimana yang tercermin dalam kehidupan Rasulullah Saw, para sahabat dan para pendahulu umat ini, agar kita hidup dalam kebahagiaan dan ketenangan.

* Jauhilah setiap bentuk gurauan dan celaan. Jangan bersikap sombong terhadap orang lain dalam menuntut ilmu. dan jadikanlah sifat tawadhu (rendah hati) cermin pribadimu agar prestasimu bisa maju dan naik. Kalau tidak demikian maka niscaya ilmumu akan membawa bencana bagimu. Ka'ab bin Malik Ra berkata, Saya mendengar Rasulullah Saw bersabda: ”Barang siapa menuntut ilmu karena untuk bersaing dengan para alim atau karena hendak membantah orang-orang bodoh dan karena mau menarik perhatian manusia kepadanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka.” (HR. Tirmidzi)
Hamas usia 22 TahunGerakan Perlawanan Islam Hamas kini sudah memasuki usianya yang ke-22 tahun. Sejak didirikan, gerakan yang mengakar dalam dan jauh di dalam masyarakat ini mampu mengatasi kesulitan-kesulitan yang ada di hadapannya. Penjajah Zionis Israel, sejak gerakan ini muncul, terus melancarkan penangkapan anggota-anggota dan pemimpinnya dan membunuh mereka. Menjadikan institusi-institusi Hamas sebagai target serangan dengan tujuan untuk menundukkan dan melemahkan peranan Hamas. Namun yang ditemui Israel hanyalah kegagalan. Selain dari serangan ganas Israel, Gerakan Hamas juga mengalami serangan yang sama di sebelah Tebing Barat, iaitu dari pihak berkuasa pimpinan Abbas.
Timur Islam dan Palestin, secara khusus, mengalami perkembangan jelas dan signifikan dalam pertumbuhan dan penyebaran kebangkitan Islam, seperti negara Arab yang lainnya. Hal ini yang membuatkan Hamas tumbuh dan berkembang secara pemikiran dan organisasi, terutama setelah pelbagai usulan berkompromi yang menyerukan melepaskan prinsip-prinsip dasar dalam konflik dengan projek Zionis. Di mana entiti Zionis diberi pengakuan hak untuk wujud di atas tanah Palestin yang diberkati, dan melepaskan sebahagian tanah Palestin untuk Zionis Israel, bahkan sebahagian besarnya, dalam keadaan strategi perjuangan bersenjata menurun, demikian juga perhatian Arab dan antarabangsa terhadap persoalan Palestin menurun.
Himpunan Hamas ke 21Perkembangan ini mengundang berdirinya sebuah gerakan Islam yang mampu membawa obsesi bangsa dan warga negara, menentang projek Zionis. Di mana bersamaan dengan berakhir tahun 1987, situasi itu sudah cukup matang untuk munculnya projek Islam baru, menghadapi projek Zionis dan perluasannya. Sebuah projek Islam baru yang berdiri di atas dasar baru sesuai dengan perubahan dalaman dan luaran, maka berdirilah sebuah gerakan (islam) yang diberkati di Palestin, Gerakan Perlawanan Islam “Hamas”. Hamas menjadi duri dalam ketamakan penjajah Zionis dan menghentikan perluasan perampasan oleh musuh, serta memotong jalan bagi semua projek ke atas Palestin dan mengakhiri proses pelepasan tanah Palestin kepada Yahudi Zionis.
Berdirinya gerakan Hamas ini mulai mencemaskan sarang-sarang  Zionis Israel. Impian Zionis terus di bawah bayang-bayang ancaman perlawanan Islam yang dipimpin gerakan Hamas. Munculnya gerakan ini telah menimbulkan ketakutan di pihak Zionis. Badan-badan perisik Israel terus memobilisasi semua kekuatannya untuk memantau gerakan ini dan para pemimpinnya. Namun penjajah Israel mendapati respon masyarakat dengan melakukan demonstrasi, mogok dan kegiatan-kegiatan lain yang hanya diserukan sendiri oleh gerakan perlawanan sejak awal didirikan dan dikeluarkannya Piagam Gerakan. Sehingga akhirnya terjadi penangkapan terhadap para anggota dan para pendukungnya sejak saat itu. Operasi penangkapan terbesar dialami gerakan itu terjadi pada bulan Mei 1989, di antara korbannya adalah pemimpin dan pendiri gerakan Hamas, Syeikh Ahmad Yasin.
Hamas pun akhirnya menempuh jalur ketenteraan mulai tahun 1990 dan akhirnya melakukan perlawanan terbuka hingga ramai pemimpin gerakan ditangkap dan diasingkan dalam pembuangan (tahun 1994). Dan konfrontasi terbuka terus berlanjutan sehingga kemudian Hamas terlibat dalam kancah pertarungan politik dengan melibatkan diri dalam pemilihan legislatif pada Januari 2006.
Menang dalam pemilu legislatif, Hamas akhirnya berhasil membentuk pemerintahan Palestin. Keberhasilan Hamas ini semakin membuat Amerika dan Israel geram hingga melancarkan sekatan terhadap pemerintah yang dipimpin Hamas. Meski sudah terjun dalam perjuangan politik, Hamas sama sekali tidak pernah meninggalkan perlawanan bersenjata. Terutama dalam usaha membebaskan para tahanan Palestin dari penjara Zionis Israel, hingga akhirnya melakukan penangkapan terhadap askar Israel, Gilad Shalit. Dan Hamas pun terus mendapatkan tekanan dari dunia antarabangsa yang dipimpin pihak kuartet yang bersekutu dengan Israel. Namun gerakan ini tetap dengan jalan yang ditempuhnya, untuk mempertahankan prinsip-prinsip dan hak-hak rakyat Palestin. (seto/ip)