Monday, December 27, 2010

Asas tamadun maju Mesir

Asas tamadun maju Mesir

Mesir purba telah banyak dipengaruhi oleh sungai Nil, yang telah membolehkan negara Mesir didiami manusia. Sungai Nil yang banjir secara berkala dengan tetap pada musim panas membawa bersamanya lumpur yang subur, dan surut tepat pada masanya pada musim menanam, memberikan penduduk Mesir satu perasaan bahawa alam semulajadi adalah tenang dan memberi banyak kebajikan.

Negara Mesir yang dikelilingi oleh gurun dan Laut Merah menjadikannya agak bebas daripada ancaman negara luar. Kepentingan sungai Nil pada penduduk Mesir dapat dilihat melalui perkataan mengembara bagi orang Mesir, iaitu khed menghilir atau khent mudik ke hulu. Malah pakar sejarah Yunani, Herodotus menggelarkan Mesir sebagai hadiah daripada sungai Nil.

Walaupun sebelum Zaman Kuno, penduduk Mesir telahpun mengorak langkah kearah membina tamadun yang maju. Terutama sekali mereka telah mulai bercucuk tanam; menggunakan perkakasan tembaga menggantikan perkakasan batu dan , tidak lama sebelum 3100 SM, mereka telah membangunkan tulisan yang dikenali sebagai hieroglif (dari perkataan Yunani bagi Ukiran Pendita). Pakar kaji purba tidak pasti sama ada penulisan ini dimajukan oleh orang Mesir sendiri ataupun datangnya daripada penduduk Mesopotamia. Ini berdasarkan tulisan hieroglif jauh berbeza dengan pepaku Mesopotamia, tetapi kemunculan hieroglif secara tiba-tiba membayangkan Pendita/pentadbir Mesir telah memulakan sistem penyimpanan rekod berasaskan pengaruh asing yang lebih awal. Walau apapun puncanya, penulisan memberikan peluang bagi kemunculan kerajaan yang berkesan dan syarat awal dalam sejarah politik Mesir, penyatuan daerah utara dan selatan.
[sunting] Permulaan Zaman Kuno

Penyatuan Mesir yang menandakan permulaan Zaman Kuno bermula sekitar 3100 SM Sebelum itu kuasa di Mesir Atas (Selatan) dan Mesir Bawah (Utara) dikuasai oleh pemerintah yang berlainan. Dengan penyatuan kedua jajahan ini, ia membenarkan sistem saliran pusat dan pengaliran perdagangan sepanjang sungai Nil. Dalam riwayat tradisi, penyatuan Mesir dikatakan dilakukan oleh pahlawan dari selatan yang bernama Narmer, firaun pertama yang berjaya menguasai seluruh Mesir utara sehingga ke delta Mediterranean. Kemungkinannya proses penyatuan tersebut berlaku secara perlahan-lahan, tetapi tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa kedua dinasti firaun berikutnya telah menguasai keseluruhan Mesir.
[sunting] Kerajaan Lama

Kedua dinasti firaun Mesir kemudiannya digantikan oleh Zoser perkasa sekitar 2770 SM, firaun pertama bagi Dinasti Ketiga dan pengasas kepada Kerajaan Lama. Walaupun perbezaan antara sistem kerajaan Kerajaan Lama dengan sebelumnya tidak diketahui dengan jelas, ianya pasti bahawa pemerintahan Zoser memulakan tempoh pemerintahan raja mutlak dan kuasa negara yang lebih kukuh. Ini dapat dilihat dengan bukti bahawa Zoser memulakan pembinaa piramid pertama. Di bawah pemerintahan Zoser dan penggantinya Kerajaan Lama, kuasa firaun tidak terbatas. Firaun dianggap anak Dewa Matahari, dan secara adat akan mengahwini saudara perempuannya bagi mengekalkan darah keturunannya tulen. Tiada perbezaan antara politik an keagamaan wujud. Orang bawahan utama firaun adalah paderi, dan firaun sendiri merupakan ketua paderi.

Corak Kerajaan Lama adalah berasaskan polisi keamanan. Dari segi ini, ia adalah unik dikalangan negara silam. Firaun tidak memiliki askar sepenuh masa, dan tidak memiliki pasukan bersenjata kebangsaan. Setiap kawasan memiliki pasukan bersenjata sendiri tetapi ia diperintah oleh pegawai am, dan sekiranya dipangil bertugas, ia kebiasaannya bagi kerja awam. Bagi menangani ancaman serangan, unit tempatan berlainan akan digabungkan dibawah pemerintahan pegawai am firaun. Pada masa lain ketua kerajaan tidak mempunyai penguasaan diatas pasukan bersenjata.

Kerajaan Lama Mesir berpuas hati memerintah negara mereka sendiri. Keadaan ini wujud akibat negara Mesir yang terlindung dan terasing daripada pengaruh luar, memiliki tanah yang subur, dan pentadbiran kerajaan secara kerjasama dan bukannya secara peras-ugut .
[sunting] Zaman Perantaraan Pertama

Setelah beberapa abad tenteram dan aman, Kerajaan Lama berakhir dengan kejatuhan Dinasti Keenam sekitar 2200 SM Ini disebabkan oleh beberapa sebab antaranya:-

    * Perbendaharaan negara muflis akibat projek besar-besaran firaun seperti pembinaan piramid.
    * Perubahan cuaca mengakibatkan kegagalan tanaman.
    * Bangsawan daerah yang mengambil kuasa semakin banyak sehinggakan kuasa pemerintahan pusat hampir lenyap.

Tempoh yang berikutnya dikenali sebagai Zaman Perantaraan pertama. Keadaan huru-hara berleluasa dan keadaan anarki wujud. Kaum bangsawan membina pemerintahan mereka sendiri dan kekecohan politik diburukkan lagi oleh perompakan dari dalam dan oleh puak gurun. Zaman Peralihan pertama tidak berakhir sehingga kebangkitan Dinasti Kesebelas yang mengembalikan pemerintahan pusat sekitar 2050 SM dari pengkalannya di Thebes (Mesir Atas). Kebangkitan ini menandakan permulaan Kerajaan Pertengahan.
[sunting] Kerajaan Pertengahan

Sepanjang tempoh Kerajaan Pertengahan, tanggung jawab masyarakat lebih ditekankan, berbanding Kerajaan Lama. Walaupun Dinasti ke Sebelas tidak mampu menandingi kuasa bangsawan tempatan, Dinasti ke Duabelas yang berikutnya sekitar 1990 SM dan berakhir sekitar 1786 SM diperintah dengan gabungan dengan golongan pertengahan yang terdiri daripada pegawai, pedagang, seniman, dan petani. Gabungan ini menahan kaum bangsawan dan meletakkan asas bagi keamanan yang tiada tandingnya. Semasa pemerintahan Dinasti ke Duabelas terdapat perkembangan dalam keadilan masyarakat dan pencapaian pemikiran. Kerja awam yang memberi faedah kepada keseluruh penduduk seperti projek pengairan dan saliran, menggantikan pembinaan piramid yang tidak mempunyai kegunaan pratikal. Terdapat juga perubahan dalam keagamaan di mana orang biasa mampu mencapai keselamatan denganperbuatan moral yang baik dan bukannya melalui upacara yang bergantung kepada kekayaan seseorang. Berasaskan sebab-sebab di atas, zaman Dinasti ke Duabelas dianggap sebagai Mesir klassik atau zaman kegemilangan.
[sunting] Zaman Perantaraan Kedua

Pada zaman berikutnya bagaimanapun, Mesir memasuki Zaman Peralihan kedua. Ini merupakan era kekacauan dan penjajahan asing yang berakhir selama dua abad, atau dari 1786 sehingga sekitar 1560 SM Rekod semasa dari tempoh itu jarang dijumpai, bagaimanapun ia menunjukkan bahawa pergeseran dalaman merupakan akibat pemberontakan balas kaum bangsawan. Firaun kembali tidak berkuasa, dan kebanyakan kemajuan masyarakat Dinasti ke Duabelas musnah. Sekitar 1750 SM. Mesir dijajah oleh Hyksos, atau Pemerintah Tanah Asing, puak campuran yang berasal dari Asia barat. Keunggulan ketenteraan mereka biasanya dikatakan kerana mereka memiliki kuda dan pedati perang. Tetapi kemenangan mereka turut disumbangkan oleh fakta bahawa Mesir berpecah sesama sendiri. Pemerintahan mereka memberi kesan yang besar kepada sejarah Mesir. Tidak hanya mereka memperkenalkan perperangan kaedah baru kepada Mesir, tetapi ia juga memberikan penduduk Mesir matlamat yang sama dengan pemerintahan yang menindas, mendorong mereka melupakan pertelingkahan sesama mereka dan bergabung bagi mencapai matlamat yang sama, iaitu membebaskan diri daripada pemerintahan asing.
[sunting] Kerajaan Baru

Pada akhir abad ketujuh belas SM pemerintah selatan Mesir (Atas) melancarkan pemberontakan terhadap Hyksos, pergerakan yang kemudiannya disertai oleh keseluruhan rakyat Mesir. Menjelang sekitar 1560 SM penjajah terakhir yang tidak dibunuh atau dijadikan hmba telah dihalau keluar daripada Mesir. Horo kejayaan ini, Ahmose merupakan pengasas Dinasti ke Lapan belas, selepas itu menubuhkan regim yang lebih padu berbanding yang sebelumnya. Dalam pergerakan patriotik menentang penjajah melawan Hyksos, ketaatan kepada bangsawan tempatan menjadi lemah dengan itu melemahkan kuasa bangsawan tempatan.

Tempoh yang berikut selepas kebangkitan Ahmose dikenali sebagai Kerajaan Baru, dan oleh sesetengah pakar sejarah lain sebagai tempoh Empayar. Ia berkuasa dari sekitar 1560 SM - 1087 SM, ketika mana Mesir diperintah oleh tiga dinasti secara berturutan. Dinasti kelapan belas, Dinasti Kesembilan Belas, dan Dinasti Kedua Puluh. Dengan kebangkitan Kerajaan Baru, tiada lagi semangat aman dan mengasingkan diri; semangat imperial yang agresif melanda Mesir dan kecenderungan kearah ketenteraan yang berpunca daripada kejayaan dalam perperangan kemerdekaan melawan Hyksos telah menimbulkan keinginan bagi kemenangan lebih lanjut. Tambahan lagi mesin ketenteraan yang dibina bagi menghalau penjajah, ternyata terlalu berharga sebagai menyokong kuasa firaun untuk dihapuskan begitu sahaja.

Langkah pertama kearah polisi baru diambil oleh pengganti Ahmose dengan melakukan serangan kilat ke Palestin dan menguasai Syria. Debgan askar yang terkuat pada zaman purba, firaun baru itu dengan pantas mematahkan semua tentangan di Syria dan menjadikan diri mereka tuan kepada jajahan yang terbentang luas dari tebing sungai Euphrates sehingga ke selatan sungai Nil. Tetapi mereka tidak pernah berjaya menjadikan penduduk yang dijajah sebagai rakyat yang taat dan kelemahan ini merupakan punca pemberontakan meluas di Syria. Sungguhpun pengganti mereka menindas pemberontakan tersebut dan berjaya memegang Empayar seketika, malapetaka akhir tidak dapat dielakkan. Lebih banyak jajahan telah ditakluk dari apa yang boleh dikendalikan dengan berkesan. Jumlah kekayaan yang mencurah-curah memasuku Mesir melemahkan asas nasional dengan menggalakkan penyelewengan, dan pemberontakan yang berpanjangan oleh tanah jajahan melemahkan kekuatan negara melebihi apa tahap ia mampu pulih. Menjelang abad ke dua belas kebanyakan tanah jajahan telah kekal bebas.

Corak pemerintahan Kerajaan Baru menyerupai Kerajaan Lama, tetapi lebih mutlak. Kuasa ketenteraan kini menjadi asas pemerintahan firaun. Tentera terlatih sentiasa bersedia bagi mengkagumkan rakyatnya. Kebanyakan bekas kaum bangsawan kini menjadi bangsawan istana atau ahli kepada birokrasi firaun di bawah penguasaan penuh firaun.

Firaun agung terakhir adalah Ramses III yag memerintah dari 1182 - 1151 SM. Dia diganti oleh ramai pemerintah yang mearisi namanya tetapi tanpa keupayaannya. Pada akhir abad ke dua belas, Mesir menjadi mangsa penjajahan pemangsa baru. Pada masa yang sama Mesir kehilangan daya ciptaan. Untuk mendapatkan kehidupan abadi, ilmu sihir menjadi minat utama rakyat seluruh golongan. Proses kejatuhan ini dipercepatkan lagi oleh peningkatan kuasa Paderi, yang mengambil alih keistimewaan firaun dan menentukan pengistiharan firaun.
[sunting] Kejatuhan politik Mesir Purba

Dari pertengahan abad ke sepuluh SM sehingga akhir abad ke lapan SM dinasti gasar Libya memegang kuasa. Mereka diikuti oleh penguasaan sementara kaum Nubia yang menjajah Mesir dari gurun barat Nil Atas. Pada 671 SM Mesir dijajah oleh Assyrian, tetapi hanya untuk selama lapan tahun. Selepas keruntuhan pemerintah Assyrian, Mesir mendapat kemerdekaan mereka dan kebangkitan semula tradisi bermula. Bagaimanapun ia terbantut dengan tiba-tiba dengan penjajahan Parsi pada 525 SM apabila tentera Parsi mengalahkan tentera Mesir yang bertahan dalam pertempuran yang sengit. Mesir dengan itu menjadi sebahagian Empayar Parsi dan kemudiannya ditadbir oleh Yunani dan Rom

No comments:

Post a Comment