Negara haram Israel
Sebut sahaja Laut Galilee mungkin sudah pasti ramai yang menggaru-garukan kepalanya. Persoalan pertama yang mungkin terpacul di dalam fikirannya ialah dimanakah letaknya Laut Galilee ini ? Keduanya sudah pasti akan terbayang di dalam kepalanya bahawa ianya sama sahaja dengan mana-mana laut lain di mana airnya masin.

Negara haram Israel
Sebenarnya, Laut Galilee ini merupakan sebuah tasik air tawar yang terletak di bahagian utara negara Israel. Ia merupakan sebuah   destinasi perlancongan yang penting di Israel. Banyak hotel mewah dan restoran dibina di sini bagi memenuhi keperluan penduduk Yahudi yang akan berkunjung ke sini pada setiap hari Sabtu yang merupakan hari yang penting dalam masyarakat Yahudi.

Kota Tiberias yang terletak di pinggir Laut Galilee

Bandar-bandar sekitar Laut Galilee
Laut ini dikenali dengan berbagai-bagai nama, di antaranya ialah   Laut Galilea, Tasik Tiberias dan Tasik Kinneret. Uniknya ialah, laut ini terletak 220 meter di bawah paras laut, separuh dari kedalaman laut mati iaitu 441 meter. Orang Israel menyebutnya sebagai Kinnereth. Ia memberi maksud “Kinar Dawwod” iaitu “harp of David,” Ini kerana, Sea of Galilee jika dipandang dari udara seperti sebuah alat muzik. Laut ini  adalah sebuah tasik air tawar yang terendah di dunia. Tasik ini mempunyai keluasan kira-kira 53 kilometer persegi dan mempunyai kedalaman lebih daripada 200 meter.

Laut Galilee dari angkasa, kelihatan seperti alat muzik
Laut air tawar ini sangat penting dan strategik serta seringkali menjadi punca kepada konflik kerana ianya membekalkan sumber air tawar untuk minuman dan pengairan bagi negara-negara sekitar khususnya Israel, Lebanon dan Jordan. Terdapat 27 jenis ikan di sini dan yang paling popular ialah ikan Talapia. Ia juga merupakan salah satu punca kepada Sungai Jordan yang hulunya terletak  di utara Israel dekat Kibbutz Sede Nehemya dan mengalir ke hilir di Laut Galilee terus ke Laut Mati. Sungai sepanjang 251 kilometer ini menjadi sebahagian daripada sempadan antara Israel dan negara Jordan.

Lembah Galilee yang sangat subur
Laut Mati Semakin Masin
Menurut laporan, Laut Mati dikatakan menjadi semakin masin akibat daripada   paras air lautnya yang semakin merosot. Laut Mati dilaporkan telah merosot lebih 20 meter semenjak 40 tahun lepas. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Jordan menunjukkan bahawa paras air laut tersebut  merosot sebanyak 1 meter setiap tahun dan semakin meningkat semenjak Israel menguasai sumber yang menjadi punca kepada Sungai Jordan selepas penjajahan Israel ke atas Tebing Barat selepas Perang Arab-Israel pada tahun 1967.

Bahagian hulu Sungai Jordan yang berpunca dari Laut Galilee

Bahagian hilir Sungai Jordan dan Laut Mati
Punca kepada kepada fenomena tersebut menurut laporan itu ialah akibat daripada kegiatan Israel selama kira-kira 30 tahun, yang melencongkan kebanyakan daripada anak-anak sungai yang mengalir ke Sungai Jordan dan mengawal  air yang mengalir dari Laut Galilee yang mengakibatkan paras air sungai teruk terjejas. Selain itu, Israel juga telah mengepam air daripada Laut Galilee bagi tujuan pengairan di Negev dan kawasan-kawasan lain di Israel.
Kemerosotan Paras Air Laut Galilee
Akibat daripada tindakan rakus pihak berkuasa Israel, bukan sahaja paras air Laut Mati merosot, bahkan juga lebih teruk kerana mengakibatkan paras air Laut Galilee yang menjadi sebahagian daripada punca air Laut bagi Mati juga terjejas dengan teruk.
Menurut laporan Israel Today pada 2 Januari 2008, paras air Laut Galilee akan mencapai paras terendah dalam tempoh 5 tahun. Air laut tersebut telah surut lebih 12 kaki di bawah paras “red line”.
Akhbar Haaretz.com pada 11 Mac 2008,  telah melaporkan paras air di Laut Galilee yang menjadi pembekal air yang utama kepada Israel dijangka akan merosot dengan teruk di bawah paras minimum yang selamat menjelang akhir musim panas yang bakal menjejaskan kualiti air. Akibatnya pihak berkuasa air terpaksa menggali punca-punca air yang baru bagi meningkatkan bekalan air di laut tersebut.
Menurut laporan, jumlah defisit keseimbangan air iaitu jumlah air yang dipam keluar berbanding dengan jumlah hujan akan mencapai 410 juta cubic meters menjelang akhir tahun hamper dua kali ganda dari tahun sebelumnya (2007). Secara keseluruhannya semenjak empat tahun sebelumnya defisit terkumpul mencecah satu billion cubic meter.
Akhbar itu juga melaporkan paras air Laut Galilee pada masa tersebut  ialah 60 sentimeter  lebih rendah daripada tahun sebelumnya dan  lebih  3 meter lebih rendah dari empat tahun sebelumnya.
Seterusnya,  menurut laporan SKY NEWS pada 5 May 2009 pula, air Laut Galilee telah menyusut sebanyak beratus-ratus meter. Paras air sekarang amat rendah sehinggakan pam terpaksa digunakan bagi mengepam air ke atas bukit sebelum dapat memasuki Sungai Jordan.
Kemerosotan paras air Laut Galilee dikatakan berpunca akibat daripada  peningkatan jumlah penggunaan air akibat daripada pertambahan jumlah penduduk. Penggunaan air domestic dianggarkan akan mencapai 796 juta cubic meter menjelang akhir tahun 2008, iaitu lebih 134 juta daripada jumlah penggunaan pada tahun 2000.
Krisis air yang yang berpunca daripada pengeringan Laut Galilee ini dijangka akan berterusan dan akan menjadi semakin kritikal walaupun berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa Israel bagi meningkatkan paras air laut tersebut. Menurut pengkaji, krisis tersebut akan mencapai kemuncaknya pada tahun 2012.
Laut Galilee dan Tanda-Tanda Kiamat
Apakah signifikannya pengeringan air Laut Galilee ini kepada tanda-tanda akhir kiamat ? Sebenarnya pengeringan air Laut Galilee ini telahpun diperkatakan sejak lebih 1431 tahun yang lalu. Terdapat satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang mengaitkan peristiwa pengeringan air laut tersebut dengan peristiwa kemunculan DAJJAL AL MASIH. Selain daripada itu terdapat juga satu lagi hadis lain pula yang mengaitkan Laut Galilee ini dengan kemunculan Yakjuj dan Makjuj yang berlaku sesudah Dajjal berjaya dihapuskan oleh Nabi Isa AS. Berikut adalah catatan berkenaan dengan peristiwa yang bakal berlaku.
Kedatangan Dajjal

Beginikah rupa Dajjal ?
Telah disampaikan kepada kami lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan bahawa dia pernah bertanya kepada Fathimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.
Amir berkata,”Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain beliau.”Fathimah berkata,”Jika engkau mahu niscaya aku Iakukan.Amir berkata,”Tentu, sampaikanlah kepadaku.” Fathimah berkata,”Aku menikahi lbn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda plihan kaum Quraisy ketika itu. LaIu dia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah saw. Ketika aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang sahabatRasulullah saw. Sementara itu, Rasulullah mela­marku untuk maulanya, Usamah bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah.Maka ketika Rasulullah saw bercakap kepadaku, aku berkata,’Urusanku ada di tangan Anda. Nikahkanlah aku kepada siapa saja yang Anda suka.’Lalu Rasulullah saw bersabda. ‘Pindahlah kamu ke Ummu Syarik. ‘Ummu Syarik adalah perempuan kaya dan kalangan Ansar yang telah banyak membrikan sumbangan di jalan Allah dan disinggahi banyak tamu. Aku berkata, Aku akan melakukannya. Maka beliau bersabda.’Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang banyak tamunya. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap dan kedua betismu sehingga kaum itu akan melihat auratmu. Tetapi, pindahlah ke putra pamanmu, ‘Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang Ielaki dani Bani Fihr’, Fathimah pun pindah kepadanya.
Ketika masa iddahku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah saw.’Marilah solah berjamaah” Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah saw. pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah selesai solat, Rasulullah saw, duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau bersabda.’Hendaklah setiap orang tinggal di tempat salatnya.’Selanjutnya beliau bersabda,’ Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu? Mereka menjawab,’Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. ’Beliau bersabda,’Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu semua tentang Dajjal.
Dia menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk­duduk di pantai dekat perahu. LaIu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.
Mereka berkata,
“Celaka kau, apakah kamu ini ?
Binatang itu menjawab.
‘Aku adalah mata-mata.’
Mereka bertanya,
‘Mata-mata apa?”
Dia menjawab,
‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kenana dia merindukan berita dan kamu’
Tamim ad-Dari berkata, Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan perempuan.
Selanjutnya dia berkala, lalu kami berangkat segera hingga mema­suki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan,’Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Dia menjawab,”kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini ?
Mereka menjawab,”Kami adalah manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulaumu in Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya,”Celaka kamu, binatang apa kamu ini?””Saya adalah mata-mata.” “Mata-mata apa?” ‘Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu.”
Maka kami pun segera mendapatkan kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami tidak tenang jangan-jangan ia adalah syaitan betina. Orang itu berkata,”Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!”
(Baisan ialah negeri yang terkenal sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam Iama dan merupakan salah satu kota di Palestin.)
Tentang apanya yang engkau nak tanyakan?”
“Aku bertanya kepada kamu  apakah kurma berbuah?”
“Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah.’
Lalu dia berkata lagi.
“Beritahukan kepadaku tentang Tasek Thabariyyah!”
(Tasik Thabariyyah adalah tasik besar. Panjangnya adalah sepuluh batu den /ebarnya enam batu. Tasek itu dalam dan dapat dilayari kapa/. Tetapi airnya semakin berkurangan. lkannya ditangkap daan airnya manis tawar. Jarak antara Tasik Thabariyyah den gan Bait al-Muqaddis lebih kurang 100 batu.)
“Tentang apanya yang engkau nak tanyakan’
“Apakah tasik itu masih berair ?
‘Ya Tasik itu masih banyak airnya.””Sesungguhnya air tasik itu hampir habis,”
Dia berkata,
“Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!”
(Mata air Zughar adalah nama seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini.)
“Mengenai apanya yang nak engkau tanyakan?” “Apakah mata air itu masih memancarkan air? Dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dan mata air itu?”
“Ya mata air itu masih memancarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.” “Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?” “Dia telah keluar dari Mekah menuju Yatsrib,”
“Apakah orang-orang Arab memenanginya?”
Ya”
“Bagaimana caranya dia memperlakukan mereka7’ “Dia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya.”
“Apakah demikian?” “Ya”
‘lebih baik bagi mereka untuk mengikutnya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku ini adalah aI-Masih. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggali selama 40 malam kecuali kola Mekah dan Thaibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap celah kedua kota itu dijaga oleh para malaikat.”
Fathimah berkata, “Sambil            memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah saw bersabda.”lni adalah Thaibah, yakni kota Madinah. lngatlah, apakah hal itu telah aku sampaikan kepada kamu?”
Orang ramai menjawab :”Benar.”
Nabi Muhammad saw bersabda,”Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu berada di Iaut Syam atau di Iaut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.” Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.”Selanjutnya Fathimah berkata,”Maka aku menghafalkan hadis ini dari Rasulullah.”
Kemudian Tamim ad-Dari pergi bersama kawan-kawannya dan tidak kembali lagi ke pulau itu. Kalaupun mereka berflkir untuk kembali ke pulau itu, mereka tidak akan dapat sampai ke pulau itu, walaupun mereka mempunyai pengalaman belayar. Sebab setelah peristiwa ini pulau tersebut menjadi jauh untuk sampai ke situ. Ombak-ombaknya digerakkan dengan kekuasaan Allah swt. Seakan-­akan ombak itu sendiri adalah perahu yang bergerak di lautan. Allah menetapkan bahawa tidak ada seorang pun yang datang ke pulau itu setelah Dajjal ada di dalamnya.
Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
Berikut pula kisah Yakjuj dan Makjuj dengan Laut Galilee seperti yang direkodkan di dalam Sahih Muslim, hadis an-Nawwas bin Sam’an dengan  lafaz yang panjang, menegaskan:
“Yakjuj dan Makjuj, ketika Isa putera Maryam Berjaya membunuh Dajjal, Allah berkata kepadanya, ‘ Aku mengeluarkan hamba-hamba-Ku, di mana tidak ada kekuatan pun yang sanggup membunuh mereka (Yakjuj dan Makjuj). Oleh itu berlindunglah bersama-sama hamba-Ku di Gunung Thur’. Mereka akan keluar, lantas sekelompok pertama akan meminum air yang ada di Tasik Tiberia. Kemudian, kelompok terakhir daripada mereka yang melewati tasik tersebut akan berkata, ‘dahulu, di sini ada mata air air’. Selepas itu, mereka melepaskan anak-anak panah mereka ke langit, lantas anak-anak panah tersebut kembali kepada mereka dalam keadaan berlumuran darah. Mereka pun berkata: “Kita telah menguasai semua penduduk  bumi dan mengalahkan penduduk langit”.
Sesudah Yakjuj dan Makjuj ini keluar dan melakukan banyak kerosakan serta kemusnahan di muka bumi , lalu Nabi Isa berserta pengikutnya berdoa lepada Allah. Allah pun mengirimkan ulat-ulat ke leher mereka sehingga semua Yakjuj dan Makjuj tersebut binasa.
Begitulah kisah tentang Laut Galilee  yang sebenarnya sangat penting untuk dihayati dan direnung-renungkan. Apa yang bakal berlaku ke atas laut tersebut sudah ditakdirkan  oleh Ilahi dan tidak mungkin kita sebagai manusia mampu mengubahnya. Masanya sudah tiba, kebenaran sudah terserlah, marilah kita mempersiapka diri kita berserta keluarga bagi menghadapinya kerana apa yang bakal dihadapi sungguh dahsyat sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
“Allah ta’aala tidak menurunkan ke muka bumi, sejak penciptaan Adam ’alihis-salaam hingga hari Kiamat, fitnah yang lebih dahsyat dari fitnah Dajjal.” (Hadis Riwayat Thabrani 1672)
Seterusnya Rasulullah SAW ada menganjurkan kepada kita supaya berdoa doa bagi menghindarinya:
Dari Abu Hurairah RA ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Bila kalian membaca tasyahud terakhir maka hendaknya berlindung kepada Allah ta’aala dari empat perkara, “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari (1) azab jahannam dan (2) azab kubur dan (3) fitnah kehidupan serta kematian dan dari (4) jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal” (Hadis Riwayat Muslim 923)
DOA MENGHINDARI FITNAH DAJJAL
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari siksa neraka Jahanam. Aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah Dajjal yang pembohong. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah hidup dan fitnah mati. Aku berlindung kepadaMu dari banyaknya dosa dan hutang. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan fitnah kaya dan kejelekan fitnah fakir. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan pendengaran, penglihatan, lisan dan hatiku. Aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan kepada umur yang terlalu tua. Dan aku berlindung kepadaMu dari mati dalam keadaan ingkar kepada agamaMu.