Pada 2 November 1969 Yigal Alon, Wakil Perdana Menteri Israel dan para pembantunya memasuki Al-Haram Al-Quds.
Pada 11 Juli 1971 kelompok gerakan Betar yang terdiri dari 12 orang pemuda memasuki Masjid al-Aqsha dan melakukan ritual ibadah didalamnya.
Pada 22 Juli 1971 sekelompok gerakan Betar melakukan doa di Al-Haram Al-Quds.
Pada 14 Januari 1989, beberapa anggota Knesset melakukan tindakan provokatif dengan menggelar bacaan yang suka disebut “rahmat suci” di dalam Al-Aqsha dengan kawalan ketat pasukan keselamatan Israel.
Pada 18 Oktober 1990, Pelampau Yahudi meletakkan batu pertama untuk pembinaan Haikal yang mereka dakwa berada di sekitar Al-Haram Al-Quds. Sementara itu ribuan Rangkit Palestin bangkit menghalang usaha jahat tersebut. Akibatnyatentera Israel masuk campur dan menyebabkan 21 orang gugur syahid dan 150 orang tercedera.
Pada 28 September 2000, mantan perdana menteri Israel yang saat itu pemimpin Parti Likud Ariel Sharon, menyerbu Masjid Al-Aqsha Masjid dikawal oleh 3,000 orang pasukan bersenjata Israel. Beliau dengan angkuhnya mengiklankan bahawa “ The King Solomon Temple mesti didirikan diatas keruntuhan masjidil aqsa”Tindakan ini menyebabkan umat Islam di Palestin bersatu mempertahankan kesucian masjidil aqsa dan menolak segala usaha Israel untuk merealisasikan hasral mereka mendirikan haikal tersebut.
Pada 23 Julai 2007, sekitar tiga ratus yahudi menyerbu Masjidil Al-Aqsha dan melakukan ritual ibadah di dalamnya.
Pada 16 September 2008, Pelampau Yahudi menyerbu masuk ke halaman Masjidil A l-Aqsa dari Gerbang Magharibah.
Pada 9 Oktober 2008 sekelompok besar pendatang haram Israel, para rabi dan ahli politik Israel dibawah penjagaan ketat kepolisian pasukan keselamatan melakukan upacara pengyahudian masjidil aqsa di perkarangan masjid tersebut.
Pada 9 Februari 2009, ratusan pelawat dan pelancung Yahudi memakai “pakaian seronok” memasuki Masjid Al-Aqsa.
Pada 11 Mac 2009, sekelompok Yahudi yang terdiri dari tiga puluh pemimpin kanan mereka mengenakan pakaian keagamaan menyerbu halaman Masjid Al-Aqsha untuk mengadakan upacara keagamaan.
Pada 24 September 2009, anggota unit “ahli bahan peledak” dengan kawalan pasukan keselamatan Israel menyerbu Masjid Al Aqsa dan jalan-jalan di sekitarnya.
Pada 27 September 2009, tercetus ketegangan antara rakyat palestin dengan pasukan keselamatan Israel dan kelompok Yahudi di dalam Haram al-Sharif dan di depan gerbangnya yang mengakibatkan 16 warga Palestin cedera dan puluhan yang lain ditangkap.
Ketegangan itu terjadi apabila pasukan keselamatan Israel menyerbu halaman masjid dari gerbang Magharibah dan Melepaskan tembakan kearah orang islam yang sedang solat berjemaah dengan gas pemedih mata bagi menyuraikan umat islam yang berkumpul dan membenarkan pelampau yahudi mencemari masjidil aqsa.
Pada 16 Mac 2010 Berlaku pergaduhan antarapemuda-pemuda palestin dan pasukan keselamatan Israel disebabkan tindakan pasukan keselamatan membenarkan pelampau yahudi melakukan pencemaran di masjidil aqsa dan seterusnya perasmian sinagog haroob oleh pemerintah Zionis sebagai langkah awal merobohkan Al-Aqsha. Upacara perasmian ini telah ditentang oleh penduduk Palestina sehingga mengorbankan 100 orang lebih dan puluhan warga lainnya ditangkap termasuk 7 orang wanita.
No comments:
Post a Comment