Monday, December 27, 2010

(SOLAT SUNAT ISTIKHARAH )

(SOLAT SUNAT ISTIKHARAH )


((Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan.
 Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.))


((Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala))

Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun  pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.

((Doa Solat Istikharah))>>>


<<"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar,
 sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.
 Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku,
 maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya.
 Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku,
 kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya,
 kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.">>

No comments:

Post a Comment