Wajib berpegang teguh kepada kitab ALLAH dan mengikut jalan pimpinan Rasulullah s.a.w.
Hadith 6 :
Dari Abdullah bin Amr r.a., katanya : Rasulullah s.a.w bersabda : “Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada diantara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah-belah kepada 72 puak, dan umatku pula akan berpecah-belah kepada 73 puak, semuanya akan dihumbankan dalam neraka kecuali satu puak sahaja.”...Sahabat-sahabat baginda bertanya : “Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah?”...Baginda menjawab : “Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku.” (HR at-Tirmizi )
Menurut hadith Abu Dawud, ada tambahan, iaitu : “Dan sesungguhnya akan timbul dalam kalangan umatku beberapa puak yang dijalari oleh bahaya penyakit suka mengada-ngadakan bida`ah sebagaimana menjalarnya bahaya penyakit anjing gila kepada mangsanya - tidak ada suatu urat atau satu sendi tubuhnya melainkan penyakit itu meresap masuk menjalarinya.”
Muslimin/muslimat rahimmakulmullah. Hadith yang ke 6 yang kita baca pada kali ini diambil daripada anak Amru bin `al-As r.a. yang bernama Abdullah. Dimana Amru bin `al-As adalah seorang sahabat Nabi s.a.w. yang ditakdirkan hidup panjang sehingga ke zaman Saiyydina Umar al-Khatab r.a.. Dan semasa di zaman Umar inilah dia dilantik menjadi Gabenor di negara Mesir sepertimana yang kita baca di dalam sirah. Beliau ada anak yang namanya Abdullah, dan anaknya inilah yang telah meriwayatkan kepada kita hadith yang ke 6 kali ini, iaitulah yang berhubung dengan persoalan yang akan berlaku kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. pada akhir zaman. Diantara persoalan itu ialah akan ada dikalangan umat Nabi s.a.w. akhir zaman ini, yang menjadi pengikut-pengikut kepada Bani Israil.
Pada kali ini, ustaz Halim Nasir akan memulakan perbahasannya dengan membincangkan siapakah dia yang disebut sebagai Bani Israil itu, yang mana akhirnya mereka dikenali dengan nama bangsa Yahudi laknatullahi alaik sekarang ni. Daripada mana asal punca nama Israil dan daripada mana asal punca nama bangsa Yahudi itu, akan turut juga dihurai oleh ustaz Halim. Dan Insya`ALLAH pada sessi yang akan datang, ustaz Halim akan menghuraikan pula bagaimana kaedah dan hadith-hadith yang menyebut bagaimana umat Nabi Muhammad s.a.w. boleh terpedaya, lalu jadilah mereka pengikut-pengikut yahudi laknatullah. Nampak gayanya perbincangan mengenai hadith 6 ini juga akan memakan masa yang agak panjang. Huraian demi huraian akan kita lalui, supaya nanti kita benar-benar faham siapakah itu yahudi. Bila dah faham, bolehlah kita merencanakan macamana nak menjauhkan diri daripada terjebak dalam taktik dan perancangan jahat yahudi (termasuk Nasara) yang menjadi musuh umat Islam sehinggalah ke hari qiamat. Kemudian di hujung hadith kita akan melihat bagaimana perpecahan ummah berlaku sepertimana yang telah disebut oleh Nabi s.a.w., dan ini akan dihuraikan juga oleh ustaz Halim Nasir bila sampai waktu dan ketikanya.
Muslimin/muslimat sekelian, perbahasan dimulakan oleh ustaz Halim Nasir secara ilmiah, dengan menghuraikan siapakah dia "Bani Israil" itu?...Cuba tuan-tuan perhatikan ayat 47 dalam Suratul Baqarah, yang mana ALLAH berfirman, “Wahai Bani Israil, ingatlah akan nikmat-nikmat Tuhan yang telah dikurniakan kepada kamu semua, dan ingatlah bagaimana ALLAH SWT telah memberi kamu suatu kurniaan dengan melebihkan kamu semua di atas sekelian makhluk di atas mukabumi.”...Menurut para ulama`, sepertimana yang ditulis di dalam kitab "Encyclopaedia of Seerah" karangan Azzarul Rahman daripada Muslim School Thrust of London, yang mana kemudiannya diterjemahkan pula tulisan beliau ini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; dimana kata Azzarul Rahman di dalam kitabnya itu bahawa yang dikatakan "Israil" itu adalah diambil sempena nama timang-timangan bagi Nabi Ya`kub a.s.. Dan Nabi Ya`kub adalah anak kepada Nabi Ishak a.s.. Dan Nabi Ishak pula adalah anak kepada Nabi Ibrahim a.s.. Dan kemudiannya bagi Nabi Yaakub a.s pula, beliau telah dikurniakan seramai 12 orang anak. Dan anaknya yang paling popular, yakni yang dilantik oleh ALLAH SWT menjadi rasul ialah Nabi Yusuf a.s.. Inilah dia yang pernah disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w., katanya, “Itulah dia Yusuf dari keturunan yang mulia. Dimana ayahnya seorang Nabi, datuknya juga seorang Nabi, malah moyangnya juga adalah seorang Nabi.”...MasyaALLAH. Tuan-tuan carilah dalam salasilah para rasul, tuan-tuan tidak akan berjumpa salasilah sebegini kepada rasul-rasul yang lain kecuali Nabi Yusuf a.s.
Sebagaimana yang kita semua maklum, ALLAH SWT telah melebihkan Bani Israil ini ialah kerana para rasul dan para nabi a.s. adalah kebanyakannya dilantik oleh ALLAH daripada kalangan Bani Israil itu sendiri. Kata ulama` bahwa daripada 25 para rasul, hanya 5 orang sahaja yang berbangsa Arab, iaitulah seperti Nabi Soleh a.s., Nabi Syuib a.s., Nabi Hud a.s., Nabi Muhammad s.a.w. dan beberapa nama lagi; dan selebihnya adalah dikalangan Bani Israil. Inilah maksudNya “...melebihkan kamu semua di atas sekelian makhluk di atas mukabumi”, yakni Bani Israil beruntung kerana kebanyakan para rasul dilantik dikalangan mereka. Tetapi Bani Israil inilah yang akhirnya menjadi bangsa yahudi (yang akan diceritakan nanti sejarahnya bagaimana mereka boleh digelar dengan gelaran yahudi) yakni satu kumpulan manusia (tidak termasuk para rasul/nabi mereka) yang tidak tahu langsung berterima kasih dan bersyukur kepada ALLAH SWT, sedangkan ALLAH SWT telah mengurniakan kepada mereka nikmat yang tidak putus-putus.
Lalu ustaz Halim pun memulakan ceritanya tentang perangai Bani Israil ini start dari zaman Nabi Yusuf a.s.. Sebagaimana yang disebut dalam Surah Yusuf, dimana apabila Nabi Yusuf dipenjarakan selama 40 tahun akibat fitnah yang dimainkan oleh Zulaiha apabila dia gagal untuk menggoda Nabi Yusuf untuk melakukan perzinaan dengannya; kerana kata Nabi Yusuf, "Aku takutkan ALLAH."...Lalu untuk nak tutup malu, Zulaiha telah menfitnah Nabi Yusuf sehingga Nabi Yusuf a.s. dipenjarakan oleh suami Zulaiha, iaitu pemerintah Mesir pada waktu itu (menurut riwayat, dapat juga Zulaiha menjadi isteri Nabi Yusuf a.s. akhirnya). Semasa dalam penjara itulah, Nabi Yusuf bertemu dengan 2 orang tawanan yang lain yang memang jahat sungguh. Lalu pada suatu malam, kedua-dua tawanan itu telah bermimpi; yang mana seorang tu bermimpi dia memetik dan memerah anggur, manakala yang seorang lagi tu bermimpi dia bawa bakul yang berisi roti, tapi tiba-tiba datang burung bawa lari roti tersebut. Kemudian pada keesokan paginya, maka kedua-dua mereka pun menceritakan perihal mimpi masing-masing kepada Nabi Yusuf. Lalu ditakwilkanlah mimpi kedua-dua orang itu oleh Nabi Yusuf a.s. dengan mengatakan bahwa orang yang bermimpi perah anggur itu, apabila dia dibebaskan kelak, dia akan bekerja sebagai waitress dalam istana. Manakala orang yang bermimpi roti dalam bakulnya dibawa lari burung, ditakwil oleh Nabi Yusuf bahwa orang itu akan dijatuhkan hukuman mati. Lalu bila sampai saat dan ketikanya orang yang dijangkakan oleh Nabi Yusuf itu dibebaskan (yang bermimpi perah anggur), maka berpesanlah Nabi Yusuf kepada orang itu, “Nanti kamu akan bekerja di istana raja, dan apabila kamu jumpa raja, katakanlah kepada raja bahwa Yusuf tidak bersalah. Ini semua adalah fitnah dari Zulaiha, maka mintalah dilepasnya aku.”...Lalu bila kawan yang dipesan oleh Nabi Yusuf itu keluar dari penjara, dan dia pun dapat kerja di istana, kemudian boleh pula dapat gaji, boleh beli spot rim/stearing kayu apa ka; maka akhirnya dia lupa akan pesanan Nabi Yusuf itu tadi. Dia punyalah lupa selupa-lupanya akan pesanan Nabi ALLAH Yusuf itu sehinggalah ALLAH hantar pula mimpi kepada raja Mesir. Dimana dalam mimpi itu, macamana raja diperlihatkan akan 7 tangkai gandum dengan 7 ekor lembu sapi yang kurus. Kemudian bila ditanya kepada pegawai-pegawai istana, semua pakat tak reti nak takwil mimpi raja tu. Bila berlaku keadaan sedemikian, maka akhirnya barulah si pelayan itu teringat akan Nabi Yusuf a.s. yang masih lagi merengkok dalam penjara ketika itu. Kemudian setelah direkomenkan oleh si pelayan itu kepada raja tentang kelebihan yang ada pada Nabi Yusuf , maka raja pun bersetuju untuk memanggil Nabi Yusuf datang mengadap ke hadapannya untuk mentakwil mimpi dia. Lalu Nabi Yusuf pun menakwilkan, “Bahwa yang kata 7 tangkai gandum itu menandakan Mesir akan berada dalam 7 tahun kemakmuran, maka jagalah ekonomi baik-baik ketika itu. Dalam ertikata yang lain, 7 tahun yang mendatang ini akan berlaku suatu ledakan ekonomi yang cukup dahsyat. Keluaran kasar negara kita, akan naik mendadak 8.5%. Lalu saya nasihatkan tuanku bahwa dalam jangka-masa 7 tahun ini, mau jaga elok-elok. Simpanan amat-amat diperlukan ketika negara makmur begini, sebab 7 tahun selepasnya pula, Mesir dijangka akan dilanda kemarau yang begitu panjang. Hingga menyebabkan Mesir akan mengalami kemelesetan ekonomi yang begitu teruk, lalu akan muncullah penyangak-penyangak mata wang ketika itu.”....Yang ni saya yang tambah, pasai nak bagi faham.
Okay bila raja dengaq lagu tu, dia pun ikut seperti apa yang Nabi Yusuf bagitau. Beliau pun bekerja bersungguh-sungguh dan dapat menyimpan hasil negara. Kemudian berlaku sungguh seperti apa yang dikatakan oleh Nabi Yusuf a.s. tentang 7 tahun musim kemarau tu. Maka raja pun cukup tertarik dengan kebijaksanaan yang ada pada Nabi Yusuf, maka di offernya jawatan dalam kementeriannya kepada Nabi Yusuf a.s.. Lalu bila di offer lagu tu, maka kata Nabi Yusuf, “Dalam bab kira-kira duit ni, saya pandai. You don't have to worried about segala account, debit, credit, import export apa semua ni, sebab saya ada ilmu macamana nak handle semua benda-benda lagu ni.”...Mengikut para ulama`, inilah dalil yang menunjukkan kalau kita ada keupayaan untuk menjadi pemimpin, maka kita boleh tawar diri kita. Tapi dengan syarat, kita mesti mau ada sungguh capability dan potential untuk memimpin. Kalau dah tak reti, jangan dok gatai nak jadi pemimpin juga. Kalau randok juga, jawabnya time sembahyang jenazah, dibantainya rukuk. Baru padan muka makmum, pasai lantik Imam bengong tak mengaji.
Kemudian daripada memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan sahaja, akhirnya ditakdirkan ALLAH seluruh negeri Mesir dapat diperintah oleh Nabi Yusuf a.s.. Maka bermula dengan Nabi Yusuf, sampailah kepada 12 adik beradiknya (seperti Bunyamin, Yahuda dll.), bumi Mesir diperintah oleh mereka selama 400 tahun. Dari sinilah nak mulanya sejarah bagaimana ALLAH SWT nak ngungkit balik nikmatNya terhadap Bani Israil. Barang diingat, sewaktu dinasti Yusuf dari kalangan Bani Israil ini memerintah Mesir, terdapat juga dikalangan rakyatnya penduduk asli Mesir, yang dikenali sebagai Qibti. Jadi, sebenarnya Bani Israil ni bukanlah penduduk asal Mesir. Dalam lain perkataan, Bani Israil ini adalah kaum pendatang. Jadi, kaum asli Mesir ini (Qibti) diperintah oleh kaum pendatang dari Bani Israil selama 400 tahun sehinggalah sampainya kepada zaman Nabi Musa a.s.. Bila sampai ketika mana Nabi Musa a.s. nak dilahirkan, maka barulah kaum Qibti Mesir menyedari akan perkara ini. Mereka kata, “Ni tak boleh jadi ni. Kita bumiputra, tapi tampuk pemerintahan tak nampak pun muka lagu kita. Asyik-asyik muka depa (Bani Israil) saja.”...Lalu kemudiannya bila kaum Qibti menjadi semakin ramai - semakin ramai - semakin ramai, lalu mereka pulak yang pegang tampuk pemerintahan yang diketuai oleh Firaun laknatullah...Ni dia baru start cerita Firaun. Ketika itu, barulah kaum Qibti ni perasan yang mereka telah ditindas selama 400 tahun, padahal mereka adalah penduduk asal Mesir. Lalu apabila mereka bangkit membina empayar mereka sendiri, maka akhirnya Bani Israil pulak yang ditindas. Ketika itu, samada Ramsis I atau Ramsis II ataupun boh la nama apa pun asalkan raja Firaun; mereka-mereka ini tidak menghalau Bani Israil keluar sama sekali, tetapi apa yang mereka buat ialah mereka menindas Bani Israil dengan kejam sekali. Dan cara pertama yang mereka kenakan sekatan kepada Bani Israil ialah apabila Firaun dan menteri-menteri kabinetnya telah meluluskan suatu akta rang undang-undang, iaitulah mesti dibunuh seluruh bayi lelaki yang dilahirkan dikalangan Bani Israil. Inilah yang ALLAH SWT beritahu dalam ayat 49 Suratul Baqarah, “...mereka menyembelih anak-anak mu yang lelaki dan menghidupkan anak-anak perempuan kamu...”....Maknanya Firaun mengarahkan SB-SBnya pi check seluruh klinik/hospital dalam negeri Mesir untuk mengesan ada ka tidak wanita dari dikalangan Bani Israil yang mengandung. Kalau ada, SB-SB inilah yang hantar lapuran kepadanya dan seterusnya mereka menunggu akan tindakan susulan. Sepertimana yang kita tahu, tindakan itu ialah mereka diarah membunuh saja bayi lelaki yang baru dilahirkan. Sebab apa bayi lelaki menjadi target mereka?...Sebab yang dikatakan lelaki ni; bila depa besar, depa akan berkahwin, lalu akan beranak pinaklah pulak. Maka ini akan meramaikanlah kembali Bani Israil, sebab zuriat datangnya daripada lelaki. Inilah dia perancangan penghapusan etnik yang paling licik sekali. Lalu bila habis semua anak lelaki Bani Israil dibunuh dan hanya tinggal anak-anak perempuan mereka saja yang hidup, maka bolehlah puak-puak Firaun mengambil perempuan-perempuan dari Bani Israil itu sebagai isteri. Jadi bila perempuan-perempuan Bani Israil itu melahirkan anak kelak, maka jadilah anak yang dilahirkan itu zuriat bagi Qibti Mesir. Inilah dia perancangan Firaun, dia tak payah pakai pil perancang keluarga apa ka. Apa yang hanya perlu dia lakukan ialah bunuh saja mana-mana anak lelaki Bani Israil, maka putuslah zuriat Bani Israil. Maka jadilah Firaun sebagai diktator unggul yang control Mesir ketika itu.
Bilamana berlakunya malapetaka sebegini kepada Bani Israil, maka ALLAH SWT selamatkan mereka dengan mendatangkan Nabi Musa/Harun a.s., yang dilahirkan dari kalangan Bani Israil itu sendiri. Inilah dia sepertimana firman ALLAH, “Kamu merancang, ALLAH juga merancang. ALLAH lah sebaik-baik perancang.”...Ketika itu siapa boleh sangka orang yang mengisytiharkan rang undang-undang bunuh anak lelaki Bani Israil itu sendiri yang membela seorang anak lelaki dari kalangan Bani Israil di dalam istananya?...Iaitulah dia Nabi Musa a.s. yang dipelihara dan dibela sendiri oleh Firaun. Dan kita boleh baca kisah Nabi Musa a.s. ketika menjelang dewasanya itu dalam Surah al-Qashash. Dimana akhirnya Nabi Musa a.s. terpaksa melarikan dirinya dari dibunuh oleh Firaun dan kuncu-kuncunya itu setelah dinasihatkan oleh salah seorang SB Firaun… Yang ni kira baik punya SB. Jadi, bukan takdak SB yang baik; ada tuan-tuan. Buktinya di Telok Kemang tempohari, yang sebenarnya BA dah sapu bersih dah undi pos tu, tapi main dengan kaki penipu, kira boleh kat depa la jugak.
SB jenis baik ni datang bagitau kat Nabi Musa a.s., “Aku baru lepas saja keluar daripada mesyuarat tergempar tadi. Dan yang ni bukan cerita main-main punya sebab Firaun dah ambik keputusan nak bunuh kamu, wahai Musa. Maka baiklah kamu lari sekarang.”...Lalu Nabi Musa pun tak sempat dah nak packing barang apa pun, kot-kot nak masak bihun dulu pun kira takdak masa dah, dengan passport pun takdak, duit sekupang pun takdak; dengan selai sepinggang dia belah lagu tu saja meninggalkan Mesir, dalam keadaan ketakutan. Ketika Nabi Musa a.s. lari meninggalkan Mesir menuju ke Madyan (Jordan), ada riwayat menyebut bahwa umur Nabi Musa pada waktu itu ialah dalam lingkungan 35 tahun.
Lalu beliau membelah malam hingga sampai ke negeri Madyan (negeri kaum Nabi Syuib a.s.) pada sebelah paginya. Sesampainya Nabi Musa di sana, dilihatnya ada sebuah telaga yang sedang dikelilingi dan dikerumuni oleh kaum lelaki sambil memberi minum kambing masing-masing. Kemudian dalam beberapa meter di belakang kaum lelaki yang sedang berebut-rebut mendapatkan air itu, kelihatan 2 orang perempuan yang juga sedang menunggu untuk ambil air. Di tangan kedua-dua perempuan itu ada baldi dan kambing masing-masing, tapi mereka taklah rempuh bersama-sama dengan orang lelaki di telaga tu. Bila Nabi Musa tengok keadaan sedemikian, beliau pun bertanya kepada 2 orang perempuan itu, “Maaf tumpang tanya. Ni lelaki ramai-ramai dok berebut sampai tak bagi chance langsung pada orang perempuan ni pasai apa?”...Kata 2 orang perempuan itu, “Sebenarnya kerja kami ialah ambik air untuk kambing masing-masing. Oleh sebab ayah kami dah tua dan kami pula tidak ada adik beradik lelaki yang nak pikul tanggungjawab ni, mau tak mau kamilah yang terpaksa lakukan kerja sebegini. Dan untuk mengelakkan daripada berebut-rebut sekali dengan lelaki, kami terpaksalah tunggu sampai orang lelaki ni habih dulu.”...Dengaq-dengaq lagu tu, Nabi Musa a.s. naik merah telinga marah, “Banyak punya lawa jantan-jantan ni. Depa boleh buat tak tau biaq perempuan kat belakang ni tunggu tekontiang-kontiang.”...Lalu Nabi Musa mengamok terus merempuh kumpulan manusia-manusia lelaki di depan tu, lalu memberi laluan kepada 2 orang perempuan tadi iaitulah anak perempuan Nabi Syuib a.s.. Lalu terpinga-pingalah puak-puak lelaki yang dirempuh Nabi Musa itu, sebab mereka tak kenal siapa yang merempuh mereka dan mereka tak berani langsung mengapa-apakan Nabi Musa kerana riwayat menyebut bahwa Nabi Musa amatlah sasa tubuh badannya.....Kalau setakat Undertaker tu, kira bungkus lagu tu saja. Toksah dok sembang la; mai la The Rock ka, Stone Cold ka, Kane ka; bungkuih lagu tu saja jawabnya....Sebab Nabi Musa badannya sangat sasa dan kuat orangnya sehinggakan jantan lain tak berani walaupun dia orang asing. Lalu dipanggilnya 2 orang perempuan itu untuk ambil air dulu. Inilah istilah "Ladies 1st" di dalam Islam.
Bila 2 orang perempuan tadi dah habih ambik air dan keadaan pun stabil saja takdak kecoh-kecoh apa, maka Nabi Musa a.s. pun pi berehat di bawah pokok untuk melepaskan penatnya. Lalu merapatilah kedua-dua perempuan tadi kepada Nabi Musa yang sedang berehat itu dalam keadaan tersipu-sipu malu. Lalu kata salah seorang daripada mereka, “Kami nak ucapkan terima kasihlah kerana menolong kami tadi. Kami selalunya lambat ambik air, tapi pagi ni awal jadinya. Kalau saudara sudi ke rumah kami, silakanlah. Ayah pun ada di rumah.”...Inilah pepatah Melayu, “Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.”...Jadilah selit sikit-sikit...Lalu Nabi Musa a.s. pun berfikir, “Aku pun kira takdak nak ke mana dah. Eloklah aku ikut mereka.”...Lalu kata Nabi Musa, “Moleklah kalau macam tu. Biar aku jalan dulu dan kamu ikut belakang sambil tunjuki jalan.”...Dia pun berjalan ke depan, kemudian yang perempuan ikut kot belakang. Ini yang dikatakan adab. Bila mereka sampai di rumah, mereka disambut oleh Nabi Syuib a.s. dalam kehairanan sebab apa anak-anaknya boleh balik awal, kemudian ditemani pula oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Lalu anaknya pun memperjelaskan duduk perkara yang sebenar, maka Nabi Syuib a.s. pun seronoklah tak terkira. Maka dipelawanya Nabi Musa naik ke rumah, lalu dihidangkan minuman makanan apa semua, kemudian barulah ditanyanya Nabi Musa, “Datang daripada mana ni?”...Kata Nabi Musa, “Saya mari daripada Mesir. Dan saya lari sampai ke sini sebab hendak dibunuh oleh raja saya yang bernama Firaun.”...Apabila Nabi Musa a.s. menyebut sedemikian, lalu Nabi Syuib a.s. pun tersentak. Sebab Nabi Syuib dapat merasai satu kelainan yang ada pada diri Nabi Musa. “Ini bukan sebarang orang ni.”, bentak hati Nabi Syuib. Dia boleh rasa akan kelainan ini sebab dia seorang rasul. Dan dirasainya juga bahwa orang yang sedang berada di depannya itu adalah juga bakal seorang rasul, sebab ALLAH lah yang memberitahu kepada Nabi Syuib a.s. hal yang sedemikian. Lalu dioffernya kepada Nabi Musa untuk duduk menumpang barang 3-4 hari di rumahnya. Bukan kata offer tumpang saja, malah dioffernya juga pekerjaan kepada Nabi Musa; iaitulah sebagai pembantu gembala kambingnya…Nabi Musa pun faham akan maksud Nabi Syuib tu bila dia di offer untuk jaga kambing. Nabi Musa pun tau, takkan dalam masa 3-4 hari dia menumpang tu, nak melantak free saja. Maknanya, kenalah dia bekerja untuk mencari sesuap makanan.
Lalu Nabi Musa pun menerima akan tawaran Nabi Syuib itu. Maka Nabi Musa pun mulalah bekerja sebagai pembantu kepada Nabi Syuib; sehinggalah membuatkan Nabi Syuib amat tertarik dengan disiplin dalam bekerja yang ditunjukkan oleh Nabi Musa. Nabi Syuib tengok masa nak balik ke kandang tu, kambing-kambingnya beratur elok dengan penuh disiplin saja lakunya. Takdak satu pun yang hilang maupun berlaku sebarang kemalangan ke atas kambing-kambingnya itu. Kira makna kata Nabi Musa tarbiyyah kambing-kambing tu, kira "A" lah. Inilah yang menyebabkan Nabi Syuib tertarik hati. Lalu satu hari sepertimana yang diberitahu oleh ALLAH dalam Suratul Qashash, tanya Nabi Syuib kepada Nabi Musa, “Laa beginilah wahai orang muda, kamu nak menikah dak?...Kalau kamu setuju, aku nak kahwinkan engkau dengan salah seorang daripada anak perempuan aku.”...Quran tak sebut kakak atau adik, tapi yang pentingnya memang disebut dalam Quran bahwa Nabi Musa berkahwin dengan salah seorang daripada 2 orang anak perempuan Nabi Syuib a.s.. Kemudian kata Nabi Musa, “Aku setujulah, tapi dengan apa aku nak bagi maharnya?..Sebab aku lari ke sini dulu selai sepinggang.”...Lalu kata Nabi Syuib, “Okay hal tu jangan bimbang. Apa kata maharnya ialah kamu bekerja jaga ladang kambing aku selama 8 tahun. Ataupun kamu nak bagi complete 10 tahun, yang tu kira lagi cantiklah. Jadi aku offer 2 macam kat hang. Kamu buat 8 pun kira okay ataupun buat 10 pun kira ngam Alhamdulillah. Kamu pilihlah.”...Riwayat menyebut Nabi Musa a.s. melengkapkan 10 tahun. Maka bekerjalah Nabi Musa selama 10 tahun sebagai gembala kambing, yang mana menjadi mahar perkahwinannya.
Lalu bila dah berkahwin 10 tahun, maka Nabi Musa teringat balik akan tanah tumpah darahnya sendiri iaitulah Mesir, yang mana telah ditinggalkannya selama 10 tahun. Lalu diberitahu akan hasratnya untuk kembali ke Mesir kepada Nabi Syuib, “Ayah, izinkan saya balik ke Mesir untuk menyelamatkan Bani Israil yang sedang ditindas dan dianiaya oleh Firaun laknatullah.”...Ni dia baru nak mula ceritanya tu. Kita kena huraikan dengan panjang lebar dulu, barulah kita boleh nampak. Dia bukan boleh main celapak seketoi macam tu saja bila nak terang tentang Bani Israil ni, dia kena bawa round pusing jauh tentang sejarahnya tu dulu….Lalu apabila Nabi Syuib izinkan, maka keluarlah Nabi Musa bersama dengan isterinya itu berjalan menuju ke Mesir. Sehinggalah ALLAH SWT cerita dalam ayat 29 Suratul Qashash bagaimana kata Nabi Musa, “Aku nampak api di bawah kaki Bukit Thursina.”...Lalu berkata Nabi Musa kepada isterinya, “Tinggallah kamu disini. Aku nak pi ambik api. Moga-moga dengan api itu, maka bolehlah panaskan badan kita. Maklumlah berjalan di tengah malam dalam padang pasir amatlah sejuk. Ataupun bolehlah mengambil api itu untuk menerangi jalan gelap yang kita lalui ini.”...Tatkala Nabi Musa sampai ke tempat api itulah, dia mendengar seruan, “Wahai Musa, sesungguhnya Aku ialah ALLAH, Tuhan semesta alam.”...Kemudian lepas daripada itulah, maka Nabi Musa a.s. pun balik ke Mesir untuk membebaskan Bani Israil. Nak dipendekkan cerita, time tulah yang Nabi Musa a.s. mula berlawan campak tongkat jadi ular apa semua, maka dari situ mulalah berlakunya apa yang dikatakan sebagai nikmat-nikmat ALLAH ke atas Bani Israil.
Yang pertama nikmat ALLAH kepada Bani Israil ialah bilamana Firaun dah putus asa sebab habih dah ayat nak lawan Nabi Musa a.s., maka akhirnya Firaun memerintah tentera-tenteranya memburu Nabi Musa a.s. dan Bani Israil menuju ke tengah lautan. Kemudian bilamana ALLAH SWT menyelamatkan Bani Israil ini daripada kekejaman Firaun, maka itulah yang dikatakan suatu nikmat…Begitulah juga bilamana ulama` ambil T`ganu, bukankah itu juga suatu nikmat?...Kita mula merasai kehebatan serta kenikmatan duduk bawah ulama` walaupun saya bukan orang T`ganu, tapi turut juga merasai tempias kenikmatan itu…Begitulah Bani Israil bilamana diselamatkan oleh ALLAH ketika lari sampai berdepan dengan Laut Qalzum (Laut Merah), lalu terpinga-pingalah mereka di situ tak tau nak buat apa dah sebab di depan laut, manakala di belakang mereka pula jutaan tentera Firaun sedang mengejar mereka. Riwayat ada menyebut bahwa ramainya Bani Israil yang melarikan diri bersama-sama dengan Nabi Musa a.s. ialah seramai 60k orang. Kemudian dibahagi pula kepada 12 qabilah. Disinilah datangnya peringatan ALLAH kepada Bani Israil bilamana ALLAH belahkan laut untuk mereka setelah diizinkan ALLAH kepada Nabi Musa a.s. dengan memukulkan tongkatnya ke laut. Maka bila dipukul oleh Nabi Musa, lalu terbelahlah lautan di depan mereka itu menjadi 12 lorong sebab mereka ada 12 JKKK yang memimpin 12 qabilah masing-masing. Lalu mereka pun berjalanlah melalui lorong masing-masing. MasyaALLAH, tuan-tuan boleh bayang tak deretan manusia kecil-kecil belaka yang lemah sedang berjalan di celah-celah belahan lautan yang dalam lagi menggerunkan tu, yang any time saja ALLAH boleh cantumkan kembali lautan tu. Bayangkanlah tuan-tuan kalau tengah-tengah kita dok lalu tu, tiba-tiba ALLAH cantumkan balik, tak ke mati lemas dibuatnya. Inilah dia nikmat ALLAH, sehinggakan Bani Israil boleh lalu di tengah-tengah lautan tanpa diapa-apakanNya. Sehinggalah mereka selamat sampai ke tebing sebelah sana, lalu ALLAH memperlihatkan kepada mereka pula macamana Firaun tenggelam di dalam laut. ALLAH pertemukan balik laut dan Bani Israil itu tengok sendiri macamana Firaun mati di depan mata kepala mereka sendiri. Jadi apakah nikmat lagi bila berlaku yang sedemikian?...Apakah nikmat lagi tuan-tuan kalau kita tengok orang yang jahat tiba-tiba dihukum?...Nak kata apa tuan-tuan?...Orang yang terlalu jahat dalam pandangan ALLAH iaitulah Firaun, ketika dihukum oleh ALLAH; dimana ketika dia nak tenggelam terkapai-kapai, waktu itulah 60k orang yakni bermakna 120k bijik mata yang menyaksikan bagaimana Firaun tenggelam timbul dan akhirnya mati lemas. Sebab itulah ALLAH ulang-ulangkan peringatan demi peringatan kepada Bani Israil akan nikmat yang mereka perolehi sepertimana yang disebut dalam ayat 40 dan ayat 47 Suratul Baqarah.
Bila habih dah selamat daripada ancaman Firaun, lalu ALLAH pun panggil Nabi Musa a.s., “Wahai Musa, mari datang ke Bukit Thursina ambik kitab.”...Nabi Musa a.s. pun duduk di Bukit Thursina di semenanjung Sinai selama 40 hari 40 malam untuk mengambil kitab Taurah. Dengan sepeninggalan Nabi Musa a.s. itu lah, puak-puak Bani Israil ini pi lantik pulak seorang lagi Musa, namanya Musa Samiri. Yang depa pilih Musa Samiri ni, sebab dia ada jampi "nang buti nang, koe buti koe" punya line, yakni dia ada ilmu sihir. Sebelum ni Musa Samiri sebenarnya memang teringin nak jadi pemimpin tapi kelayakan tak cukup. Lalu bila Nabi Musa tak ada, ketika itulah kesempatan diambilnya untuk mempengaruhi kaum wanita supaya dihimpunkan kesemua gelang-gelang emas mereka, lalu dileburkan menjadi cair dan akhirnya dibentuk kembali menjadi patung anak lembu. Kemudian Musa Samiri pun menggunakan sihirnya "Ya in sing mata kaji..." apa ka, tiba-tiba patung itu pun bergerak dan boleh bercakap pula. Kemudian bila Musa Samiri melihat yang sihirnya itu telah berjaya memperdayakan sebahagian daripada Bani Israil itu, maka berkatalah dia, “Inilah dia tuhan kamu semua dan juga tuhan Musa. Cumanya, Musa terlupa nak bagitau kepada kita semua bahwa inilah tuhan.”...Bila dengaq lagu tu, ramai yang pakat hangguk, kemudian sembah pula patung tu. Inilah dia perangai yahudi laknat. Baru saja tadi mereka diselamatkan oleh ALLAH daripada cengkaman Firaun, tapi masih tetap kuffur dengan nikmat ALLAH.
Bila baliknya Nabi Musa a.s., dilihatnya sebahagian daripada kaumnya dah sesat, maka mengamuklah dia. Lalu orang yang mula-mula ditujuinya ialah abangnya sendiri iaitulah Nabi Harun a.s.. Terus dicekaknya janggut Nabi Harun hingga tergoncang kepala abangnya itu sambil berkata,“Aku suruh hang jaga kaum Bani Israil ni, tapi awat depa boleh pi jadi sesat lagu ni pula?”...Kata Nabi Harun a.s., “Wahai anak ibuku, janganlah kamu cekak dan tarik janggut aku sebegini. Sakit hang tau dak?”...Sebab itu menurut riwayat semasa Nabi s.a.w. di mikrajkan ke langit, dia telah berjumpa dengan Nabi ALLAH Harun dalam keadaan janggutnya colorful yakni hitam merah hitam. Bila Nabi s.a.w. tanya (semasa mikraj), “Ni pasai apa janggut colorful ni?”...Kata Nabi Harun, “Inilah penangan cekakkan dari adikku Nabi Musa ketika dia marah padaku setelah dilihatnya kaum Bani Israil telah disesat oleh Musa Samiri. Last-last aku yang ditajinya dengan ditariknya janggut aku sampai jadi merah.”...Tuan-tuan boleh bayang sendiri lagumana kuatnya cekakkan Nabi Musa a.s. tu.
Akhirnya bila puak-puak yahudi ni dah sesat, lalu kata ALLAH SWT, “Okay kamu semua boleh bertaubat, tapi syaratnya ialah kamu kena bunuh diri kamu sendiri.”...Inilah syarat taubat Bani Israil. Kata Nabi Musa a.s., “ALLAH akan ampunkan dosa kamu, sekiranya kamu semua bertaubat. Dan cara bertaubat ialah semua yang terlibat dalam proses pembikinan patung anak lembu itu, yakni bermula daripada Musa Samiri hinggalah kepada si pelebur emas termasuk juga siapa saja yang memberi saham dalam membina patung lembu itu, hendaklah membunuh diri mereka sebagai tanda taubat diterima oleh ALLAH.”...Makanya riwayat menyebut bahwa mereka yang terlibat itu pun membunuh diri masing-masing.
Okay bila dah habih isu berkenaan dengan patung anak lembu itu, ALLAH SWT perintahkan pula kepada Nabi Musa a.s. untuk masuk ke dalam negeri yang dijanjikan, iaitulah negeri Palestin. Dimana ketika itu, negeri Palestin sedang dikuasai oleh seorang raja yang zolim, lalu ALLAH suruh mereka berjihad membebaskan negeri Palestin. Tapi tiba-tiba puak-puak Bani Israil ni haram sekoq pun tak mau pi berjihad. Apabila Nabi Musa kata, “Ayuh! mari kita berjihad membebaskan negeri Palestin daripada raja yang zolim itu.”...Tuan-tuan tau ka apa feedback Bani Israil kepada Nabi Musa a.s. tentang seruan jihad tu?...Jawab mereka, “Wahai Musa, pergilah engkau dengan Harun berperang bersama-sama dengan Tuhan engkau. Bagi kami, cukuplah sekadar duduk relax-relax kat sini.”...Bilamana mereka tak mau berjihad, sebagai hukuman yang kedua kalinya ini ALLAH sesatkan pula mereka di tengah-tengah sebuah padang pasir yang dikenali dengan nama "Padang Pasir Teh", selama 40 tahun. Mereka hanya berlegar-legar tak tau nak pi mana di tengah-tengah kering kontang padang pasir Teh itu selama 40 tahun lamanya. Pun begitu, ALLAH masih lagi menunjukkan kasih sayangnya Dia kepada Bani Israil ini, sepertimana yang disebut dalam ayat 57 Suratul Baqarah yang bermaksud, “Kami naung kamu dengan awan-awan hitam....”…Inilah dia kasih sayang ALLAH kepada Bani Israil walaupun mereka tak pernah bersyukur setelah diselamatkan daripada Firaun. Walaupun mereka disesatkan di tengah-tengah keterikan panas padang pasir, namun begitu ALLAH hantar pula awan untuk lindungi mereka. Ini nikmat ALLAH lagi ni. Tak cukup dengan itu, di tengah-tengah ketandusan padang pasir yang kering kontang itu, tiba-tiba ALLAH hantar pula 2 jenis rezeki, iaitu yang pertamanya ialah "al-manna" yakni sejenis manisan yang berwarna putih seperti madu lebah, yang melekat di batu-batu dan pokok-pokok kayu yang kering. Depa bangun pagi ambik makan manisan yang melekat kat pokok dan batu tu. Kemudian rezeki yang kedua ialah "as-Salwa". Merujuk kepada kitab tafsir Prof Dr Hamka, yang dikatakan as-Salwa ni ialah sejenis burung seperti puyuh. Hari-hari burung tu datang seakan-akan jinak bermain-main di tepi-tepi mereka, yang hanya mereka perlu ialah ambik sembelih makan macam tu saja...MasyaALLAH, nikmat ALLAH beri lagi. Walaupun begitu, mereka tetap kuffur juga kepada ALLAH. Walaupun dah dapat "manna" dan "salwa", tapi masih lagi tak puas hati. Dalam ayat 61 Suratul Baqarah menceritakan betapa kuffurnya mereka kepada ALLAH SWT. Tak cukup dengan apa yang ALLAH kurniakan tadi, mereka kata lagi, “Ya Musa, apa ni?...Boring la semacam saja. Asyik-asyik manna, asyik-asyik salwa, asyik-asyik manna, asyik-asyik salwa; roti canai tarak ka?”...Laaa depa minta yang lain pulak. Tengok tuan-tuan perangai Bani Israil. Walaupun dalam keadaan mereka disesatkan oleh ALLAH di tengah padang pasir, mereka boleh lawan lagi ALLAH. Kata Nabi Musa a.s., “Apa lagi hangpa mau?”...Jawab mereka, “Dak la, minta la kat Tuhan kamu supaya bagi kat kami timun, kacang, bawang putih, bawang merah dan sayur-sayuran pulak. Boleh la kami goreng-goreng atau buat dalca apa ka. Boring la tiap-tiap hari manna salwa saja.”...Kurang ajaq sungguh puak-puak ni. ALLAH dah bagi, depa mau yang lain pulak. Kemudian depa tak puas hati lagi, kali ni depa mau air pulak, “Hai, tak ada air ka?...Makannn aje, air tak ada ke?”...Lalu ALLAH perintah Nabi Musa a.s., “Wahai Musa, pukullah batu itu dengan tongkatmu!”...Bila dipukulnya batu itu, maka terbitlah daripada batu itu 12 mata air. Tuuu dia punyala baiknya ALLAH, mau apa lagi?...Satu qabilah ambik satu mata air. Kalau kita pi ziarah ke Mesir iaitu tempat nama "Uyun Musa" (dalam kawasan padang pasir yang cukup panas), di situ kita akan dapati masih ada lagi sehingga ke hari ini telaga yang menakungkan air yang dipancarkan semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. lagi.
Jadi apa yang depa mau lagi?...ALLAH suruh berjihad, depa tak mau. Dalam keadaan mereka disesatkan di padang pasir itu pun, masih lagi ALLAH bagi makanan dan sayang kepada mereka Bani Israil ni. Inilah dia sifat ALLAH sebagai Tuhan yang Maha Agung. Tapi mereka tetap lupa akan nikmat yang diberiNya itu dan mereka kuffurkan ALLAH. Sehinggalah sampai kepada tahap kebiadapan yang paling teruk ialah apabila mereka terlibat dalam komplot membunuh para rasul alaihi mussola tuwassalam. Dimana riwayat menyebut bahwa seramai 70 orang rasul/nabi telah dibunuh oleh Bani Israil. Tuan-tuan boleh bayang ka?...Apa ayat lagi kita nak sebut kat depa ni bila sampai ke tahap bunuh rasul/nabi?...Macamana depa buru dan bunuh Nabi Zakaria dan anaknya Nabi Yahya a.s. dengan kejam. Bukannya Nabi Zakaria a.s. buat apa pun. Dia tak bawa keluar apa amanat pun. Beliau hanya menentang raja Herodus (raja yahudi) bila raja tersebut membuat undang-undang menghalalkan anak beranak boleh berkahwin. Lalu Nabi Zakaria bersama dengan anaknya Nabi Yahya bangun menentang undang-undang tersebut dengan berkata, “Hangpa dah gila apa ka?...Anak beranak bernikah ni bukan manusia lagi dah, ni kira binatang dah ni.”...Maka marahlah Herodus, lalu dikerahkan SB nya memburu Nabi Zakaria a.s., sehinggakan Nabi Zakaria terpaksa melarikan diri. Lari punya lari, akhirnya bila Nabi Zakaria pi menyorok balik pokok, menurut riwayat ada syaitan pula yang memberitahu kepada SB bahwa Nabi Zakaria sedang berlindung di dalam pokok. Lalu puak-puak yahudi ni pi ambik gergaji, lalu digergajinya pokok itu termasuklah dengan pinggang-pinggang Nabi Zakaria sekali. Mereka bunuh rasul yang menegakkan kebenaran. Tak cukup dengan Nabi Zakaria, mereka berdendam pula dengan anaknya, Nabi Yahya a.s.. Riwayat menyebut, bila mereka tangkap Nabi Yahya, depa ambik satu meja lalu ditebuk lubang di tengah-tengah meja tu, dan depa masukkan Nabi Yahya ke bawah meja dan keluarkan kepalanya melalui lubang di tengah meja itu (lagumana yang pernah saya tengok di restoran cina macamana depa menghadapi hidangan otak kera). Kemudian digergajinya kepala Nabi Yahya sehingga disebut dalam hadith Rasulullah s.a.w. bahwa ketika digergajinya kepala Nabi Yahya, maka darah yang ada di otak Nabi Yahya menggelegak tanpa henti. Dan ianya berhenti setelah matinya zuriat-zuriat raja Herodus dan zuriat-zuriat orang menzaliminya itu seramai 70000 orang. Itulah dia nilai darah otak Nabi Yahya a.s. yakni sama dengan 70000 orang yahudi.
Nabi Isa a.s. pun begitu juga. Dia diburu sehinggalah ALLAH SWT selamatkannya dengan mengangkat dia ke langit. Kalau tidak pakai kena punya. Inilah dia perangai yahudi laknat tuan-tuan. Yang kemudiannya ALLAH takdirkan mereka menjadi satu kaum yang merempat. Sehinggalah di zaman Rasulullah s.a.w. (di al-Madinatul Munawwarah) pun mereka masih tetap mengekalkan sikap suka berkomplot. Dengan kerana sikap mereka sebeginilah, maka tiba giliran Rasulullah s.a.w. pula kali ini yang menghalau Bani Qainuqa`, Bani Nadir dan Bani Quraizah keluar dari kota Madinah. Jahatnya puak yahudi ni sehinggakan mereka boleh berkomplot dengan siapa saja yang nak bunuh Nabi s.a.w.. ALLAH lah yang memberitahu Nabi s.a.w. melalui Jibril a.s. tentang pakatan ini. Lalu mereka dihalau oleh Nabi s.a.w. sehingga akhirnya mereka menjadi insan merempat. Sampailah pada tahun 1916, apabila termeterai satu perjanjian (nama perjanjian tu pun dah lupa) yang mana dengan perjanjian inilah maka dengan sekali gus mengizinkan yahudi laknat menubuhkan negara mereka sendiri pada tahun 1948. Itulah dia "Israel" sepertimana yang kita tengok hari ini. Jadi apabila mereka mendapat tanah (negara) melalui satu perjanjian, maka segala dendam kesumat yang dipendamkan selama ini terhadap umat Nabi Muhammad s.a.w., mereka lancarkan habis-habisan sehinggalah ke hari qiamat. Sebab itu, kita sebagai orang Islam, jangan mimpilah yang puak-puak yahudi dan sekutunya iaitu Nassara, akan melakukan sebarang kebaikan terhadap umat Islam. Sebab ternyata dalam Quran sendiri terdapat cukup banyak ayat-ayat yang ALLAH SWT mengajar kita bahwa yahudi/nasara ni toksah dok harap. Kerana mereka adalah musuh umat Islam #1, yang diisytihar sendiri oleh ALLAH SWT. Sebab itu, sampai bila-bila pun, mereka tetap akan menjadi musuh umat Islam. Seperti yang kita sedia maklum, cuba kita lihat siri-siri perjanjian yang ditandatangani antara Palestin/Israel umpamanya, masih lagi buntu. Sehinggakan mereka warning Yasser Arafat supaya jangan mengisytiharkan negara Palestin yang merdeka, lagu tu saja. Ini memang sifat mereka. Kalau rasul/nabi pun mereka boleh bunuh, siapakah dia Yasser Arafat?...Rasul pun depa boleh gergaji, apatah lagi orang yang bukan rasul. Inilah yang kita kena faham betapa busuk dan jahatnya orang-orang yahudi laknatullah, termasuklah nasara, yang menjadi penolong-penolong mereka.
Inilah dia muqaddimah bagi hadith ini, iaitu siapakah dia "Bani Israil"?...Dan ustaz Halim telah menceritakan akan sejarahnya, yakni bermula daripada Nabi Yusuf a.s. sehinggalah ke Nabi Musa a.s. dan sampailah mereka mendiami Madinah. Semuanya ini adalah sebagai satu pedoman kepada kita supaya kita tahu akan salasilah keturunan mereka, yakni daripada nabi/rasul yang baik, akhirnya mereka menjadi bangsa yang dilaknat oleh ALLAH SWT. InsyaALLAH pada sessi yang akan datang, ustaz Halim Nasir akan kupas pula asal-usul mereka boleh jadi yahudi. Dan juga ustaz akan kupas fasal yang kedua hadith ini, iaitu bagaimana umat Islam akhir zaman boleh cenderung mengikut yahudi dengan berlandaskan hadith-hadith sokongan yang lain. Dan akhirnya, kita akan lihat bagaimana perpecahan yang disebut oleh Nabi s.a.w. iaitu umatnya berpecah kepada 73 puak, tapi hanya satu sahaja yang masuk syurga. Maka kita akan tengok nanti sifat-sifat yang ada pada golongan yang satu itu, supaya kita termasuk dalam sifat golongan yang satu itu, yakni golongan yang sedikit. Sebab itu, ketika Saiyyidina Umar al-Khatab mengerjakan ibadah haji, yakni sewaktu dia sedang tawaf, tiba-tiba dia mendengar ada orang berdoa di hadapan Ka`abah, “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dikalangan orang yang sedikit.”...Lalu Umar r.a. tersentak bila dengar doa yang sedemikian, lalu ditanyanya, “Orang semua minta banyak, tapi kamu kenapa minta sedikit?”...Jawab orang itu tadi, “Wahai Amirul Mukmnin, tidakkah kamu membaca al-Quran?...Dimana kata ALLAH: Terlalu sedikit hamba Ku yang bersyukur...Sebab itu, saya mahu masuk ke dalam golongan yang sedikit tapi berqualiti ini.”....InsyaALLAH kita akan lihat sifat-sifat golongan yang sedikit ini dalam sessi perbahasan yang akan datang.
...bersambung....
Sekarang kita menyambung kembali perbahasan dalam hadith ke6 ini dengan dimulakan kupasan macamana asal-usul makna perkataan "yahudi" itu, yakni daripada "Bani Israil"bertukar menjadi "yahudi". Dimana ditafsirkan oleh para ulama` bahwa perkataan "yahudi" itu adalah diambil daripada nama salah seorang anak Nabi Ya`kub a.s. yang bernama Yahuda. Daripada perkataan "Yahuda" itu, ia menjadi "yahudi". Dan perkataan inilah yang digunakan oleh ALLAH di dalam al-Quran untuk menerangkan akan penyelewengan mereka terhadap ugama ALLAH SWT.
Kita biasa dengar nama-nama seperti Karl Marx (seorang yahudi), dialah yang telah menerbitkan sebuah buku yang bernama "Das Capital". Di dalam buku inilah Karl Marx telah menyatakan bahwa ugama merupakan candu bagi masyarakat. Maknanya, ugama ni jadi lagumana hisap candu. Masa rasa nak hisap, kita pi cari. Tapi bila tak hendak, kita bubuh tepi. Jadi macam tu pula ugama. Kemudian kita didedahkan pula dengan nama-nama seperti Charles Darwin (juga seorang yahudi), dimana beliau pernah menyatakan dalam bentuk suatu teori evolusi bahwa manusia ini sebenarnya adalah berasal daripada beruk. Dengan teorinya ini, dia secara langsung menafikan ribuan ayat-ayat Quran. Sehinggakan ramai yang telah rosak aqidah akibat mempercayai teori evolusi yang dikemukakan oleh Charles Darwin, yahudi laknat itu. Lepas tu, bagi siapa-siapa yang belajar management pula, mereka diperkenalkan kepada nama-nama yahudi yang begitu banyak. Lalu sudah semestinyalah teori-teori yang mereka bawa itu adalah teori-teori yang sama sekali bercanggah dengan agama ALLAH SWT. Dan salah seorangnya ialah Abraham Masloff, yang terkenal dengan teori piramidnya.
Maka benarlah apa yang disebut oleh ALLAH di dalam al-Quran yang bermaksud, “Wahai Muhammad s.a.w., engkau akan mendapati bahwa manusia yang paling kuat menentang umat Islam, yakni yang akan memporak-perandakan umat Islam samada dengan teori-teori mereka/ filem-filem mereka/ hiburan-hiburan mereka ataupun dengan segala jenis kerja yang mereka buat untuk menjahanamkan Islam; mereka itu adalah golongan yahudi.”...ALLAH SWT sendiri yang mengisytiharkan dalam Quran bahwa musuh Islam yang utama adalah golongan yahudi. Kemudian di zaman mutakhir ini, dibuktikan dengan wujudnya seorang yahudi yang menyamar sebagai orang Islam, iaitulah dia yang bergelar Mustapha Kamal Ataturk. Dialah yang menghancurkan khilafah Uthmaniyah Turki, yang merupakan khilafah yang terakhir umat Islam. Maka bilamana jatuhnya kerajaan Uthmaniyah Turki, maka fahaman-fahaman/ ism-ism/ ideologi-ideologi yang diciptakan oleh yahudi/nasara telah diimport masuk ke dalam negara-negara umat Islam melalui sistem penjajahan. Termasuklah M`sia yang pada ketika dulu dikenali sebagai "Malaya" yang turut juga menerima kesan daripada penjajahan tersebut. Ini semua adalah hasil daripada Mustapha Kamal Ataturk yang menggunakan nama Islam, tetapi dialah yang menghancurkan ugama ALLAH dengan memasukkan fahaman yahudi ke negara Turki sampailah ke hari ini sehinggakan payah Islam nak bangun kembali.
Sebab itu Nabi s.a.w. menyebut di dalam hadith ini bagaimana umatnya juga akan menjadi pengikut-pengikut kepada yahudi/nasara. Sedangkan ALLAH SWT sudah pun memberi ingatan di dalam al-Quran, tetapi manusia tidak peduli akan peringatan itu. Sepertimana firman ALLAH di dalam Surah Ali Imran:100 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, jika sekiranya kamu taat dan patuh kepada sebahagian ahlul kitab yang menyelewengkan taurah/injil, dengan mengikut cara hidup mereka, dengan mengikut ism dan kefahaman mereka; nescaya mereka akan mengembalikan kamu walaupun sesudah kamu beriman kepada kamu menjadi kafir kerana mengikut akan ism dan fahaman-fahaman mereka.”...Inilah dia peringatan yang disebut oleh ALLAH tapi tidak dipedulikan oleh umat. Sehinggakan Nabi s.a.w. menyebut dalam hadith ke 6 yang kita baca pada kali ini, menjelaskan sampailah ke tahap kalaulah di kalangan orang-orang yahudi adanya anak dan ibu berzina secara terang-terangan, maka akan ada juga di kalangan umatnya melakukan yang sedemikian. Dan perkara sebegini adalah satu perkara yang telah pun berlaku di dalam masyarakat Melayu pada hari ini, sebagaimana yang telah disiarkan di dalam ruangan internet tidak lama dulu, dimana dikisahkan ada seorang anak yang telah merogol/berzina dengan ibunya sendiri....Nauzubillahiminzalik. Nampak tak tuan-tuan, apa saja yang Nabi s.a.w. sebut, pasti akan berlaku. Kerana apa yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w. adalah al-haq yakni kebenaran yang tidak boleh ditolak oleh sesiapa pun.
Dan benarlah apa yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w. di dalam sepotong hadith yang lain, dimana Nabi s.a.w. pernah bersabda mafhumnya, “Bahwa kamu yakni umat aku akan mengikut cara hidup orang-orang yang sebelum daripada mereka. Mula-mula mereka akan mengikut sejengkal demi sejengkal. Kemudian sehasta demi sehasta. Sehinggakanlah mereka-mereka itu masuk ke dalam lubang biawak padang pasir (al-dhab) yang kecil itu pun, maka umat Islam juga akan turut sekali masuk ke dalam lubang biawak itu.”...Lalu sahabat bertanya, “Adakah golongan yahudi/nasara itu yang engkau maksudkan ya Rasulullah?”...Kata Nabi s.a.w., “Siapakah lagi kalau tidak yahudi/nasara.”...Inilah yang telah terbukti di zaman mutakhir ini, bagaimana umat Islam telah pun mengikut cara hidup yahudi. Ambillah apa saja contoh untuk kita bincangkan.
) Cuba kita lihat dari segi berpakaian, umat Islam telah pun meniru cara yahudi/nasara. Mereka sudah tidak peduli lagi persoalan aurat. Sedangkan Nabi s.a.w. telah memperingatkan umatnya di dalam suatu hadith yang lain, katanya yang bermaksud, “Ada 2 golongan ahli neraka yang aku tidak pernah lihat mereka di zaman aku hidup. Iaitulah yang pertamanya ialah pemimpin-pemimpin yang menzolimi rakyatnya seperti ekor lembu yang memukul belakang badannya…”...Cuba kita perati tengok lembu yang dicipta oleh ALLAH, ekornya itu sekejap dilibasnya ke kiri dan sekejap dilibasnya ke kanan sesuka hatinya. Begitulah juga kata Nabi s.a.w. tentang perwatakan pemimpin-pemimpin yang zolim yang menindas rakyatnya ikut nafsu mereka sahaja seperti ekor lembu yang memukul belakang badannya. Kemudian kata Nabi s.a.w. lagi, “…Demi ALLAH, pemimpin yang zolim ini adalah ahli neraka. Kecuali kalau mereka bertaubat kepada ALLAH, maka barulah mereka lepas daripada ancaman ini.”…Manakala yang keduanya kata Nabi s.a.w., “Yang kedua adalah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi pada hakikat mereka sebenarnya bertelanjang. Sambil menggoyang-goyangkan punggung mereka untuk menarik perhatian lelaki. Mereka juga memakai sanggul-sanggul yang tinggi dikepala mereka seumpama bonggol-bonggol unta. Maka mereka tidak akan masuk ke dalam syurga, bahkan mereka tidak dapat mencium akan baunya syurga ALLAH, sedangkan mencium bau syurga itu boleh dihidu dengan jarak 500 tahun perjalanan negeri akhirat.”...Inilah dia amaran daripada Nabi s.a.w. kepada kaum perempuan. Kerana bila berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti zina/rogol umpamanya ke atas kaum perempuan, maka selalunya kita akan dapati mereka tidak menuding kesalahan ke arah diri sendiri tetapi menuding ke arah orang lain. Walhal, mereka sendirilah yang menjadi punca berlakunya benda-benda sumbang ini. Jadi, untuk counter benda-benda sebegini daripada berlaku, ALLAH SWT telah pun berfirman di dalam Suratul Ahzab:59 yang bermaksud, “Wahai Nabi, katakanlah oleh mu kepada isteri-isteri kamu, kepada anak-anak perempuan kamu dan kepada perempuan-perempuan yang beriman; supaya mereka itu menutup tubuh mereka dengan pakaian-pakaian yang menutup aurat, seperti melabuhkan tudung supaya tidak menampakkan susuk badan apabila mereka keluar daripada rumah. Sesungguhnya yang demikian itu adalah supaya mereka mudah dikenali dan supaya mereka tidak diganggu/disakiti.”...Sebab itu kebanyakkannya kes-kes rogol yang kita lihat/dengar, ia membabitkan perempuan-perempuan yang tidak peduli langsung akan masalah pakaian Islam. Sebab itu Nabi s.a.w. diberitahu oleh ALLAH SWT supaya menyuruh kaum perempuan menutup aurat, yakni supaya mereka itu dikenali sebagai wanita-wanita muslimah, lalu tidaklah mereka diganggu dan disakiti.
2) Yang kita bincang tadi ialah dalam masalah berpakaian ala yahudi, dan sekarang kita bincang pula dalam masalah bersukan. Apa yang diperhatikan sekarang ini masyarakat kita sangat suka bersukan, tapi mereka bersukan dalam keadaan melupakan waktu-waktu sembahyang. Apa tidak bolehkah pihak kementerian belia/sukan meminda satu rang undang-undang untuk dibentangkan dalam parlimen meminta supaya persatuan bolasepak ataupun persatuan badminton atau persatuan sukan apa saja, bila nak mengadakan satu pertandingan/perlawanan, apa salahnya ia dimulakan selepas sembahyang Isya`?...Ada apa-apa kesalahan ka kalau kita start kick-off dalam pertandingan Dunhill Liga Perdana itu selepas Isya`?...Stadium boleh runtuh ka bila start selepas Isya`?...Okay katakanlah ada game bagus punya, lautan manusia akan berpusu-pusu masuk ke stadium awal-awal lagi ( seawal 6.30pm lagi ) walaupun game selalunya start pukul 8.30pm-8.45pm; betoi tak?...Apa salahnya orang Islam yang pi tengok bola tu bawa sejadah sorang selai. Bila masuk saja waktu Maghrib, dengan limpahan lampu stadium yang terang benderang tu, pakat-pakat semua turun padang untuk mendirikan sembahyang Maghrib dengan diImamkan oleh pengadil, diazankan oleh linesman dan makmumnya satu stadium; ada salah ka kalau buat lagu tu?...Awat yang cina/india tu tak boleh tunggu sat ka?...Awat boleh runtuh stadium atau boleh rosak padang ka bila orang turun sembahyang atas padang?...Orang nak pi sembahyang, bukannya nak pi korek padang tu. Kemudian lepas Maghrib, masing-masing pakat naik ke tempat duduk masing-masing; pi lah pekena kacang ka, karipap hangat-hangat ka atau pekena rokok ka (jangan sampai terbakar stadium sudah); kemudian bila mai Isya`, pakat semua turun sekali lagi pi sembahyang. Lagi sekali linesman azan dan lagi sekali pengadil jadi tok imam untuk sembahyang Isya` 4 rakaat. Hat sapa yang bermusafir tu, jamak qasar siap-siap Maghrib tadi. Habih dah sembahyang, lepas semua orang naik, kemudian pukoi 9.15pm kita pun kick-off la; apa tak boleh buat lagu tu ka?...Pasai apa tak mau kita bentang benda lagu ni dalam parlimen, untuk diberitahu kepada masyarakat bahwa Islam tidak melarang kita bersukan sebab Nabi s.a.w. tak sekat kita bersukan. Tapi Nabi s.a.w. suruh kita bersukan dalam keadaan tutup aurat, ikut cara Islam.
Cuba tuan-tuan tengok dalam sukan renang hari ini. Jaguh-jaguh renang dunia hari ni dah pun mula pakai track suit. Depa tak pakai dah seluaq yang macam katak puru tu. Awat elok saja depa berenang tarak masalah apa pun, backstroke ka/ upstroke ka/ freestyle ka/ 200m medley ka, habih semua depa pulun, takdak apa yang mengganggu pun. Malah depa boleh pecah rekod dunia lagi. Jadi apa salahnya kalau kita buat satu undang-undang bahwa semua apartment/hotel yang ada kolam renang, hendaklah mengarahkan siapa yang nak masuk ke kolam tu kena pakai track suit. Jadi, bila ada undang-undang lagu ni, barulah kita pun boleh join sama dalam kolam tu. Sebab sebenarnya, kita pun teringin juga nak berenang/berendam; betoi tak tuan-tuan?...Sebab berenang ni adalah salah satu daripada 3 jenis sukan yang Nabi s.a.w. suruh kita ceburi. Cuba tuan-tuan bayangkan, sewaktu hadith ini dikeluarkan, Nabi s.a.w. sedang berada di Madinah. Jadi, seolah-olah di Madinah ketika itu penuh dengan kolam renang. Lalu timbullah persoalan, ada banyak sungguh ka kolam renang di Madinah pada waktu itu?...Nak kata kedudukan Madinah dekat dengan tepi laut pun tidak juga. Jadi, macamana Nabi s.a.w boleh tahu sukan berenang ini bagus untuk kesihatan seperti boleh mengempiskan perut umpamanya?...Inilah yang menunjukkan bahwa hadith yang keluarkan oleh Nabi s.a.w. itu adalah datangnya daripada ALLAH SWT juga. Untuk membuktikan betul tak apa yang Nabi s.a.w. kata tentang bagusnya sukan renang ni, cubalah kita tengok bentuk tubuh para perenang. Ada tak yang perut buncit?...Mana ada tuan-tuan. Daripada dada sampai ke perut, flat macam sekeping papan aje bentuknya. Kalau perut boroi macam kita ni, terjun-terjun, dia tak pi ke depan dah, dia tenggelam terus. Sebab itu, kita pun teringin juga nak kempiskan perut serta menyihatkan tubuh badan. Tapi la ni kalau kita nak pi ke kolam, mesti depa suruh pakai seluar katak puru tu. Terbantutlah hasrat kita tu kalau disuruhnya pakai seluaq katak puru. Sebab itu, apa salahnya kita buat satu undang-undang suruh tutup aurat kalau nak ke kolam awam. Saya ingat takdak masalah dalam hal gubal menggubal ni sebab dalam M`sia ni saja dah bermacam-macam undang-undang dah digubalkan. Sekarang ni pulak dengan undang-undang ITnya, undang-undang cyber cafenya, undang-undang mesin cetaknya dan berbagai-bagai lagi undang-undang era baru yang tak pernah sampai pun ke telinga kita ari ini; boleh pulak dikemukakan di dalam parlimen. Tapi mengapa bila mai tang bab tutup aurat, pihak kementerian boleh buat pekak badak aje, sehingga tak reti nak bentang satu akta dalam parlimen berkenaan dengan penutupan aurat semasa bersukan?...Kita yakin mana-mana pihak pun pasti akan menyokong akta tersebut jika dibentangkan sebab kita yakin dengan janji ALLAH, yakni sekiranya kita tolong ugama ALLAH, pasti ALLAH akan menolong kita balik. Dah la kita ni memang kaki melantak punya jenis, lepas tu kurang pula exercisenya, jadi ini boleh merendahkan tahap kecergasan kita. Sebab itu kita perlu kepada satu bentuk latihan jasmani. Tapi bila kita turut nak aktif dalam beberapa bidang sukan dalam negara ini, kita merasai ada satu bentuk halangan pula. Ini adalah disebabkan tidak adanya satu undang-undang Islam yang mengawalnya. Jadi, bila kita bersukan dengan tidak mempeduli akan batas-batas aurat, malah lebih teruk lagi kalau tidak menghiraukan langsung akan waktu-waktu sembahyang; maka kita telah mengikut yahudi/nasara di sudut riadah ataupun sukan. Sedangkan sukan itu sendiri adalah satu jisim daripada Islam, yakni yang tidak dipisahkan oleh ALLAH SWT. Sehinggalah Nabi s.a.w. pernah bersabda dalam hadithnya yang lain, katanya, “Seorang mukmin yang sihat lebih dicintai oleh ALLAH daripada mukmin yang tidak sihat.”...Nabi s.a.w. menceritakan berkenaan 2 orang mukmin yang kedua-duanya beriman, tapi ALLAH lebih sayang kepada mukmin yang cergas dan sihat. Makna cergas sihat itu ialah memiliki tubuh badan yang aktif sebab jantung kita boleh pam dengan elok, melalui bersukan yang diizinkan oleh ALLAH SWT. Tapi apabila "orang kita" menyempitkan pemikiran mereka dengan menyempitkan skop sukan itu sendiri, maka jadilah sukan itu sekadar untuk mengeluarkan peluh sahaja ataupun sekadar untuk meraih pingat emas perak gangsa sahaja; dengan mereka telah mensia-siakan pahala yang boleh diperolehi daripada sukan itu.
3) Dalam sistem ekonomi pula, kita sedang mengikut cara yahudi/nasara iaitu bersistemkan ekonomi riba` yang sedang berleluasa ketika ini. Kita tidak nafikan bahwa adanya pinjaman-pinjaman secara Islam sekarang ni, tetapi ibu riba` itu masih lagi kuat mencengkam dalam masyarakat kita. Bukankah kita sudah pun sedia maklum dengan doctrine orang-orang yahudi melalui kitab "Talmud" mereka (tengok tuan-tuan jahatnya puak yahudi ni. Depa boleh ubah Taurat menjadi Talmut.), yang mana mereka menyatakan bahwa diantara amalan mereka orang-orang yahudi ialah apabila orang-orang yang bukan yahudi mahu meminjam wang daripada mereka, maka hendaklah mereka orang-orang yahudi mengenakan bunga/interest/riba` kepada orang-orang bukan yahudi itu. Inilah dia doctrine orang-orang yahudi. Sebab itu, ALLAH menjelaskan dalam Suratul Baqarah:275 yang bermaksud, “...ALLAH menghalalkan jual-beli, dan ALLAH mengharamkan riba`...”...Inilah dia dalil bahwa ALLAH tidak mengizinkan riba` berlaku dalam sistem ekonomi masyarakat. ALLAH tidak mahu orang yang meminjam itu dikenakan bunga sebab selalunya orang yang meminjam itu adalah orang susah, jadi bila dikenakan bunga, maka bertambah-tambah susahlah dia. Dia dah la susah, kita pi pekena pulak kat dia bagi dia lagi susah. Sekian-sekian haribulan kalau tak bayar, dinaikkan interest. Yang akhirnya bila dia skip berbulan-bulan tak bayar, maka jadilah harga bunga melebihi harga pinjamannya. Ini menekan si peminjam, sebab dia nak bayar tapi tak mampu lagi, tiba-tiba kita kenakan pulak interest kat dia. Inilah hakikat yang sedang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini, terutama yang membuat pinjaman perumahan ataupun pinjaman kereta. Tetapi dalam keadaan negeri-negeri lain sedang kelam kabut dengan sistem sebegini, tiba-tiba Kelantan/Terengganu telah mengorak langkah untuk memulakan pinjaman secara Islam. Iaitu kalau ada rakyat negeri Kelantan/Terengganu nak pinjam duit untuk beli rumah dengan kadar RM20K misalnya, maka si peminjam tetap kena bayar balik dengan kadar RM20K juga; tidak ada interest/bunga/riba` dikenakan. Inilah dia cara Islam.
Tetapi bila ALLAH sebut, “ALLAH menghalalkan jual-beli, dan ALLAH mengharamkan riba`”; maka dibahas pula oleh para ulama` sebab timbulnya satu persoalan. Persoalannya ialah bagaimana pula halnya mereka-mereka yang pernah buat pinjaman secara sistem riba` dalam keadaan mereka jahil?...Yakni semasa mereka buat pinjaman tu, mereka tak tau hukum riba` ni haram. Lalu bagaimana hal dengan rumah/keretanya yang dibeli secara riba`, walhal sekarang baru dia start mengaji, maka baru sekaranglah dia tahu yang riba` itu haram?...Jadi, apakah yang perlu dilakukan dengan rumah/kereta yang dibeli secara riba` itu?...Inilah yang pernah disebut oleh Almarhum Prof Hamka bahwa memadailah dengan kita bertaubat kepada ALLAH SWT dan berjanji kepadaNya bahwa jangan sekali-kali mengulangi lagi akan perbuatan makan duit riba` itu. Jadi tak payah lah pi bakar rumah dan kereta tu, teruskan saja diami rumah itu dan teruskanlah memandu kereta itu, tetapi hendaklah bertaubat kepada ALLAH SWT dan berazam tidak akan mengulangi amalan riba`. Inilah dia perbahasan oleh Almarhum Prof Hamka kerana berdasarkan daripada hadith Nabi s.a.w. yang menyatakan tentang beberapa orang yang ALLAH tak hukum mereka, seperti orang jahil buat dosa. Contohnya, orang yang jahil memakan harta riba` kerana dia betul-betul tak tau yang riba` tu haram. Kemudian bila dia pi mengaji, dia pun sedar bahwa riba` tu haram, maka dia pun bertaubat, InsyaALLAH diampun dosanya. Hadith yang dimaksudkan tadi ialah bilamana Nabi s.a.w. mengatakan bahwa apabila seseorang itu tertidur sehinggakan terlepasnya waktu sembahyang, bila dia terjaga, maka hendaklah dia qadho cepat-cepat. Itu pun kalau dia tertidur dengan tidak sengaja. Maka tidak jatuh hukum ke atas orang yang berkeadaan sebegini. Tapi kalau saja-saja dia pi tidur pasai nak melewat-lewatkan sembahyang, yang ni dikira cari nahas. Jadi bila dah tau tak boleh terlibat dengan riba`, maka hendaklah kita bertaubat dan jangan mengulangi lagi memakan riba`. Sebab ALLAH telah memberi amaran di akhir ayat 275 dalam Suratul Baqarah itu tadi, yang bermaksud, “Barang siapa yang berulang-ulang memakan riba`, yakni dia dah tahu riba` itu haram tapi dimakannya juga. Dia dah pi mengaji dan ustaz pun dah beritahu, tapi dia makan juga. Maka mereka adalah penghuni api neraka dan mereka kekal di dalam neraka.”...Nauzubillahiminzalik....Dan untuk maklumat tuan-tuan, bahwa diantara dosa yang disebut oleh ALLAH di dalam al-Quran, yang mana boleh mengekalkan pelakunya di dalam neraka ialah dosa makan riba`, dan lagi satu ialah orang yang mati dalam kemurtadan....Wanauzubillahiminzalik.
4) Perangai yang paling famous yang ada pada yahudi sejak zaman Nabi s.a.w. hinggalah ke zaman mutakhir ini ialah mereka teramat suka untuk mencabul perjanjian. Bila Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah, antara benda yang Nabi s.a.w. buat ialah mementeraikan perjanjian yang dinamakan dengan "al-Misaqul Madinah" ( perlembagaan Madinah). Yang mana terkandung di dalamnya 40 fasal. Dimana di antara fasal itu ialah Nabi s.a.w. telah mengikat perjanjian dengan orang-orang yahudi. Dan antara agendanya ialah Nabi s.a.w. minta mereka supaya bersama-sama menjaga keselamatan negeri Madinah. Di dalam perlembagaan itu juga Nabi s.a.w. menjamin bahwa mereka tidak akan diganggu dalam upacara kebudayaan kepercayaan mereka. Tetapi akhirnya merekalah yang mencabul perjanjian tersebut dengan memulakan sengketa terhadap perpaduan berbilang kaum yang telah dipupuk oleh Nabi s.a.w. di al-Madinatul Munawwarah. Sehinggalah mereka dihalau keluar daripada bumi Madinah. Lalu mereka-mereka itu yang terdiri daripada 3 puak yahudi yang terbesar iaitulah Bani Qainuqa`, Bani Khuraizah dan Bani an-Nadhir, berkumpul di Khaibar, sehinggalah akhirnya berlaku sebuah peperangan yang namanya "Peperangan Khaibar". Inilah akibatnya bila mencabuli perjanjian. Sifat ini adalah sifat munafik dan sifat orang-orang yahudi. Sepertimana Nabi s.a.w. menyebut di dalam hadithnya, katanya, “Diantara sifat munafik ialah apabila berjanji, mereka khianati.”...Inilah dia sifat yang ditunjukkan oleh Umno/BN apabila membatalkan perjanjian antara syarikat gergasi negara Petronas dengan kerajaan negeri T`ganu. Apa rasionalnya royalti bertukar menjadi wang ihsan?...Setelah 25 tahun tak pernah berjumpa akan kalimah "ihsan", tiba-tiba saja dengan tak semena-mena ada terjumpa kalimah "ihsan" di dalam kamus kehidupan mereka yakni umno/BN. Inilah dia sifat yang jijik kerana meniru sebijik akan perangai orang-orang munafik dan perangai orang-orang yahudi, yang amat suka mencabul perjanjian. Kalau kita layari web badan perhubungan T`ganu, kita akan bertemu dengan kenyataan Tun Salleh Abbas (bekas ketua hakim negara), yang menyatakan bahwa beliaulah orang yang terlibat men"draft"kan undang-undang ketika berlakunya perjanjian antara Petronas dengan k`jaan T`ganu di zaman Tun Abdul Razak. Kata Tun Salleh Abbas, “Tangan inilah yang telah menulis di bawah kerajaan Tun Abdul Razak akan perjanjian itu dalam bentuk cash payment (bukannya royalti) kepada kerajaan Terengganu dengan nilai 5% daripada hasil minyak pada tahun 1975.”...Jadi apa perlu dicabul akan perjanjian itu. Apakah puak-puak karat ni tak takut dengan doa orang yang dizolimi?...Apakah depa tidak bimbang langsung dengan apa yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w., “Bahwa doa orang yang kena zolim tidak ada hijab antara dia dengan ALLAH, walaupun dia seorang yang bukan Islam.”?...Walaupun dia berfahaman buddha/hindu, tapi kalau dia mengadu kepada ALLAH kerana dia dizolimi, maka ALLAH mendengar pengaduannya. Apakah "kamu" tidak berasa takut dengan perkara macam ni?...Adakah "kamu" sudah berasa sedap kerana sudah terbalas dendam kesumat politik dengan melakukan tindakan sebegini ke atas T`ganu?...Jadi, kita minta pihak yang terbabit, berfikirlah semasak-masaknya. Kerana ada masa lagi untuk "kamu"berfikir, dan ada masa lagi untuk "kamu" dan kami duduk semeja berbincang.
Alasan yang mainkan oleh kerajaan Umno/BN ialah mereka tak tahu ke mana wang royalti itu akan digunakan nanti oleh k`jaan T`ganu. Depa tak tahu ka atau buat-buat tak tahu?...Bukan depa tak tau yang k`jaan T`ganu akan mengalami deficit setiap tahun sebanyak RM5juta setelah dihapuskan tol di jambatan Sultan Mahmud. Dan mereka juga bukan tak tau yang k`jaan T`ganu akan turut juga menanggung deficit setahun sebanyak RM50juta lagi apabila dihapuskan cukai-cukai pintu bagi kediaman-kediaman dan permis-permis perniagaan. Sebenarnya mereka turut terasa tercabar apabila k`jaan T`ganu menaikkan elaun imam-imam kepada beberapa ratus ringgit (la ni pun depa pakat dok tiru T`ganu dengan menaikkan elaun imam-imam). Hati mereka bagaikan dihiris-hiris apabila ketahui yang k`jaan T`ganu menaikkan pula elaun bagi fakir miskin, daripada RM60 kepada RM100. Dan bukan mereka tak tau yang wang royalti inilah yang akan cover semua benda-benda seperti yang diberitahu ini. Tapi tiba-tiba depa boleh bagi alasan dengan mengatakan bahwa depa tak tau yang k`jaan T`ganu nak bubuh duit tu kat mana?...MasyaALLAH, awat la yang perangai hangpa jadi sebusuk tu?...Jadi, kita ingin mengatakan kat depa bahwa, “Cukuplah. Janganlah undang lagi kemarahan dan kebencian rakyat kepada kamu. Apakah kamu suka orang benci dekat kamu?”...Tuan-tuan, bukankah kita dah bincang tentang perasaan benci ni. Tak silap saya dalam perbahasan "Manhaj Hidup Muslim" hari tu. Dimana "benci" ni ialah satu perasaan yang ALLAH campak. Bukannya boleh kita pi reka-reka. InsyaALLAH kita akan bertemu lagi dengan hadith berkenaan dengan benci ini dalam "Jilid 1" nanti. Sekarang baru "Muqaddimah", kalau dipanjangkan umur, mungkin tahun 2020 baru sampai la kot. Bila kita sampai nanti "Jilid 1", kita akan jumpa ada satu hadith bagaimana Nabi s.a.w. menerangkan hal benci. Siapa yang campak perasaan itu, kalau tidak ALLAH SWT. Hat ni lah yang perlu puak-puak karat ambik faham. Sebab itu, hangpa berenti la sat. Fikirlah habih-habih sebab yang hangpa kacau-ganggu tu negeri orang Melayu di bawah pimpinan ulama`. Bukankah hangpa yang seru supaya Melayu bersatu-padu, tapi pasai apa negeri Melayu pulak yang hangpa ganggu?...Kita minta puak-puak umno fikirlah dengan waras sebab kita orang Islam yang sembahyang tiap-tiap hari. Kamu kan yang mau prinsip demokrasi berparlimen dihormati, jadi pasai apa yang tak puas hati sangat bila rakyat pilih PAS untuk memerintah T`ganu?...Jadi apa perlu nak marah sampai boleh pula turnover daripada royalti pi jadi wang ihsan. "Ihsan" ni maknanya kira atas budi bicara atau dalam lain perkataan ialah ikut suka dialah; kalau dia rasa nak bagi, dia bagi. Kalau dia tak mau bagi, sapa pun tak boleh kata apa. Itu maknanya "Ihsan" tuan-tuan. Mana boleh lagu tu, sedangkan perjanjian menyebut "cash payment". Ini hak rakyat T`ganu, tapi mengapa kamu nak nafikan?...Sebab itu k`jaan T`ganu masuk mahkamah sekarang untuk menfailkan saman ke atas Petronas kerana memungkiri janjinya. Cabul saja perjanjian adalah perangai munafik dan perangai orang yahudi. Yang ni saja kita bagitau sebab kita bersedia untuk berbincang. Janganlah kamu mengundang kemarahan orang tak habis-habis. Bukankah sekarang dalam tv ada rancangan "Hari Ini Dalam Sejarah", jadi esok bila kamu dah mati nanti, tiba-tiba 5 tahun kemudian, “Jeng je jeng! Hari ini dalam sejarah”, keluar muka kamu dalam tv (mesti keluar punya sebab kamu bekas PM), jadi yang kita bimbang ialah takut nanti akan ada orang yang bubuh tapak kaki pula kat muka kamu di tv tu. Adakah kamu nak macam tu?...Adakah kamu nak bila kamu dah mati nanti, sampai tak teringin orang nak bagi Fatihah, malah maki pula kot atas?...Bukan kata tunggu kamu mati, la ni pun berapa ramai yang maki sumpah seranah bila keluar muka kamu di tv. Ni bukan kita saja nak sembang apa tarak tapi ini hakikatnya. Kalau tak percaya, tuan-tuan boleh pi try saja-saja duduk sat dalam kedai kopi yang ada tv. Bila keluar saja muka si matdet, tuan-tuan boleh saksikan sendiri bagaimana reaksi orang. Bukan saja Melayu dah meluat, bahkan kat Penang ni Cina/hindu pun dah naik meluat tengok muka dia ni. Jadi kita minta kamu tolong fikirlah dengan waras sebab benda ni bukan benda kecil, kerana ia melibatkan hak orang. Jadi bila kamu ambil hak orang tanpa sebab, itu adalah satu dosa yang amat besar di sisi ALLAH SWT. Oleh sebab itu, kita mintalah supaya perbincangan-perbincangan yang lebih lanjut boleh berlaku supaya benda ini selesai. Dan janganlah kamu meniru perangai orang yang kuffurkan ALLAH SWT.
Dan akhirnya di hujung hadith ini, Nabi s.a.w. telah menyebut soal perpecahan ummah. Nabi s.a.w. mengatakan bahwa yahudi itu sendiri juga berpecah kepada 72 puak. Ada yahudi yang pekat ortodoknya, ada yahudi yang lebih kurang, ada yahudi yang apa yellow pun tak tau dan bermacam-macam lagi. Sebab itu masa kita tengok dalam CNN atau dunia jam 11, kita akan dapati bagaimana ada juga orang-orang yahudi yang join sekali dengan Palestinians buat demonstrasi jalanan bantah Sharon. Jadi tidak semualah yang sokong Sharon. Ini bermakna mereka pun ada yang berpuak-puak. Ada yang jenis memang ortodoks sungguh, yakni yang jenis pakai topi/baju hitam dan janggut dia panjang. Yang tu dia la tu. Dia nanti pi kat dinding yang dipanggil "Great Wall" kat Baitul Maqdis tu, kemudian dia nanti dok angguk-angguk sambil baca kitab kecik dia. Jenis ni kita jangan dok kata apa dah sebab depa ni pure Jews yahudi. Tapi ada juga puak yang tak berapa sangat dengan dinding depa tu dan ada juga yang boleh berbincang. Namun yahudi tetap yahudi walaupun depa pecah kepada 72 puak, nak buat kawan, jangan sekali.
Itu cerita yahudi. Kemudian Nabi s.a.w. menyatakan pula tentang umatnya, kata Nabi, “Umatku pula akan berpecah kepada 73 puak.”...Macam-macam jenis punya dok ada. Ada yang tak percaya hadith, ada yang sembahyang pakai niat saja, ada yang buat haji di Penang saja, ada yang tak payah sembahyang langsung. Puak yang tak payah sembahyang ni kata, “Tak payah sembahyang Sheikh!...Sembahyang tu kulit saja. Kita ni roh nur Muhammad. Bila kata kita ni nur Muhammad, maka tak payah la kita sembahyang.”...Sampai ke tahap teruk sebegini pun ada tuan-tuan. Entah depa tau ka tak tau Nur Muhammad tu apa. Ataupun sembang saja lebih. “Hang kulit, kami isi!”...Sudah, pi kot situ pulak. “Dak la, kalau nak makan durian, kena kopek kulit dulu baru boleh makan isi.”...Kita jawab macam tu pula. Sebab inilah kaedah yang ALLAH ajar bila orang loyar buruk, kita pun kena loyar buruk juga. Sepertimana yang diceritakan dalam Suratul Baqarah:142, bagaimana puak yahudi tanya Nabi, “Pasai apa ALLAH pi tukar kiblat dari Aqsa ke Mekah al-Mukarramah.”...Lalu jawab Nabi s.a.w., “ALLAH punya suka lah Dia tukaq pi mana pun. Dia boleh tukaq ke mana saja; utara, selatan, barat maupun timur.”...Itu sebab orang kata, “Stupid question, will get stupid answer.”...Tapi pendekata, macam-macam style punya dok ada. Maka Nabi s.a.w. kata, “Dalam 73 tu, 72 terjun masuk neraka, 1 saja masuk syurga.”...ALLAHUAKBAR. Inilah yang pernah disebut dalam perbincangan yang lalu, dimana 1000 orang di Padang Mahsyar, 999 ke neraka, hanya 1 saja ke syurga. Tuan-tuan tak takut ka dengan nisbah yang begitu kecil chances kita ke syurga?....Yang 1 tu sapa?...Kata Nabi s.a.w., “Itulah puak yang tetap di atas jalan ku dan jalan sahabat-sahabatku.”...Lalu disebut oleh pengarang kitab ini bahwa apa yang disebut oleh Nabi s.a.w. itu bermaksud :
a) puak tersebut tidak langsung mengurangi walaupun satu sunnah pun. Contohnya, kalau Nabi s.a.w. buat 100 rotan, maka 100 jugalah yang kena buat. Pasai al-Quran kata 100 rotan. Jangan dok pandai-pandai pi buat 6 saja. Ayat mana dan kitab mana yang kata 6 rotan, kita pun tak tau.
b) puak tersebut tidak langsung menokok tambah. Contohnya, kalau hang rajin tara mana pun, Subuh tetap kena buat 2 rakaat saja. Takdak kata hari ni rasa rajin, saya nak buat 2 1/2; mana ada macam tu. ALLAH kata 2, mesti buat 2, tak boleh tambah. ALLAH kata 100, maka 100 kita kena buat. ALLAH kata kerat, maka kerat lah. Tak boleh la kita tukar dengan denda.
c) tak boleh menyeleweng daripada dasar Nabi Muhammad s.a.w.. Bila saja sebut kena ikut dasar Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya, maka kita kena kembali kepada 2 peringkat; iaitulah peringkat Mekah 13 tahun dan peringkat Madinah negara Islam 10 tahun. Mesti ada ciri-ciri begini. Ini bermakna selama 10 tahun Nabi s.a.w. di Madinah; arak/judi telah diharamkan, perintah tutup aurat turun, dan keadilan tertegak. Maka mestilah kita juga melakukan sepertimana yang Nabi s.a.w. laksanakan, iaitulah arak/judi mesti diharamkan, program tutup aurat mesti laksanakan dan beberapa perkara lagi yang perlu kita faham berhubung dengan as-Sunnah yang diajar oleh Nabi s.a.w.
No comments:
Post a Comment