Kedasyatan Yang Ditempuhi Manusia Di tempat Penantian
Nebula1Gunung-ganang menjadi seperti bulu yang berhamburan. Malaikat-malaikat turun dari penjuru-penjuru langit ke bumi tempat mereka menanti sambil mempersucikan Tuhan mereka. Bayangkan bagaimana keadaan mereka turun dari langit dengan tubuh yang besar-besar serta membawa ancaman bahaya kepada makhluk yang menunggu. Suara mereka yang gegak gempita serta angkatan yang luar biasa hebat dan ramainya.
Bayangkanlah bagaimana terkejutnya anda pada saat itu, bagaimana terperanjatnya semua makhluk melihat malaikat-malaikat itu turun. Sudah tentulah makhluk sangat kuatir bahawa malaikat itu diperintahkan untuk mengambil mereka. Lalu mereka turun membuat barisan sambil menundukkan kepala demi menunjukkan betapa besarnya kedasyatan pada hari itu. Mereka pun menutup sayap mereka dan menundukkan kepala untuk menunjukkan ketundukan kepada Tuhan mereka.
Begitulah jua yang dilakukan oleh semua malaimataharikat di langit yang lain sehingga ke langit yang ke tujuh. Bilangan penduduk langit (malaikat) yang di atas adalah melebihi bilangan malaikat di langit yang di bawah.Begitu juga dengan tubuh badan mereka yang lebih besar dari tubuh badan malaikat yang di bawahnya. Suara malaikat yang berada di langit lebih atas lebih tinggi nadanya dari suara malaikat di langit yang di bawah. Setelah tempat penantian itu dipenuhi dengan seluruh penduduk tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, lalu haba panas matahari dipasang sama kepanasannya dengan kepanasan selama dua puluh tahun. Kemudian matahari dihampirkan kepada semua makhluk sejauh dua busur panah. Pada hari itu tidak ada tempat untuk berteduh melainkan teduhan Arash Allah.
Sebahagian petikan Detik-Detik Cemas Di Padang Mahsyar Susunan Oleh Muhammad Ramzi Omar
No comments:
Post a Comment