Tuntutan Solat Berjemaah
Solat Berjemaah
Petikan dari Buku Sunnah Rasulullah SAW Tentang Solat karangan Dr Mahfuz Ibrahim Farj
Digalakkan mengerjakan solat berjemaah kerana di dalam jemaah akan terjalin hubungan antara solat seseorang dengan imamnya. Perintah berjemaah dijumpai di dalam Al-Quran, AI-Hadis dan ijmak ulama.
Firman ALlah s.w.t; maksudnya:-
Dan apabila engkau berada di tengahtengahmereka (sahabatmu), lalu engkau hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (solat) bersamamu.(An-Nisaa 102)
Ayat itu menerangkan cara mengerjakan solat berjemaah di dalam keadaan perang. Jikalau di dalam keadaan perang atau darurat pun masih dijuga disuruh berjemaah, bererti dalam keadaan aman lebih
digalakkan lagi. Daripada Abu Hurairah r.a bahawaNabi s.a.w. bersabda;
Solat seseorang yang dikerjakannya secara berjemaah, dua puluh lima kali lebih baik daripada solat yang dikerjakannya di rumahnya atau pasarnya.
Dan hadis dari Umar (hadis marfu'); Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.Ijmak ulama sejak zaman dahulu sampai sekarang bahawa berjemaah memang digalakkan.
Solat berjemaah termasuk di antara yang dikhususkan untuk umat Islam. Ia disyariatkan kerana padanya terkandung tanda kepatuhan, sabar, keberanian, susunan yang rapi atau kemas serta untuk menyatukan hati seluruh jemaah. Rasulullah s.a.w. sentiasa mengerjakan solat secara berjemaah, begitu juga para sahabat serta ulama-ulama sesudahnya. Rasulullah s.a.w. memberi peringatan supaya jangan meninggalkannya tanpa uzur. Di antara hadis yang memberi peringatan ialah;
Sesiapa yang mendengar panggilan azan tidak ada sesuatu uzur baginya untuk menyertai solat berjemaah itu maka tidakk diterima solat yang ia kerjakan sendirian itu.
Ketika ditanya apa yang uzur dimaksudnya itu, Rasulullah s.a.w. menjawab; Penyakit atau keadaan yang menakutkan.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya ada seorang lelaki buta mendatangi Rasulullah s.a.w. dan berkata; Bahawa tidak ada orang yang menuntunnyake masjid sambil menanya apakah dia dikecualikan daripada mengikuti solat berjemaah di masjid. Ternyata Rasulullah s.a.w. memberi keringanan keatasnya. Tetapi tatkala lelaki itu sudah berpaling, Rasulullah s.a.w. memanggilnya lagi sambil bertanya; Apakah ke rumahmu kedengaran azan? Lelaki itu menjawab 'ya'. Rasulullah berkata lagi; Kalau begitu penuhi panggilan itu.
Riwayat dari Abu Hurairah r.a. juga, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat lsyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu kebaikan yang ada padanya, mereka akan menghadirinya sekalipun dengan cara merangkak.
Dan sesungguhnya aku bermaksud memerintahkan solat lalu ia pun didirikan.Kemudian aku menyuruh seseorang lalu ia solat bersama manusia. Setelah itu dia ikut denganku bersama orang-orang yang membawa kayu untuk menjumpai kaum yang tidak ikut mengerjakan solat, lalu kami bakar rumah mereka.
Sebenarnya banyak lagi hadis yang berbentuk amaran selain ini. Hadis ini merupakan ancaman terhadap orang yang meninggalkan solat berjemaah. Sebab itu ada ulama yang berpendapat wajibnya solat berjemaah. Ada yang mengatakan fardu ain, ada yang mengatakan fardu kifayah dan ada yang mengatakan syarat sah solat, ertinya tidak sah solat tanpa beIjemaah. Saya lebih condong kepada pendapat jumhuryang mengatakan solat ber jemaah hukumnya sunat, kerana masih mungkin menyatukan hadis-hadis yang bertentangan itu. Sedangkan menurut kaedah usul fiqh pun kalau masih memungkinkan menyatukan nas-nas yang bertentangan antara satu sama lain, hendaklah disatukan .
Dari zahir hadis yang seolah-olah Rasulullah s.a.w akan membakar orang-orang yang tidak menghadiri solat berjemaah, nampaknya solat berjemaah itu hukumnya wajib. Tetapi mungkin saja Rasulullah s.a.w memberi peringatan itu kepada orang-orang munafik yang tidak datang ke masjid (berjemaah), bahkan tidak mengerjakan solat secara bersendirian di rumahnya.
RASULULLAH SAW menyatakan bahawa mengerjakan sembahyang dengan berjemaah itu dua puluh tujuh kali ganda darjatnya jika dibanding sembahyang seorang diri. Ia bererti pahala sembahyang berjemaah lebih besar daripada sembahyang seorang diri. Dalam pada itu, sembahyang berjemaah dapat meningkatkan ukhuwah, persatuan dan kesatuan. Di dalam sembahyang tercermin kesamaan darjat. Tidak ada yang tinggi atau rendah, tiada beza antara kaya dan miskin, berpangkat dan rakyat biasa.
Ada dikisahkan bahawa Ubaidillah bin Umar Al-Qawariri (guru Imam Bukhari, Muslim, dan Abu Dawud) berkata: “Aku sama sekali tidak pernah meninggalkan jemaah sembahyang Isyak. Pada suatu malam, aku kedatangan tamu, sehingga tidak dapat menunaikan sembahyang Isyak dengan berjemaah. Sesudah tamu itu pulang, aku segera pergi ke masjid di Basrah, barangkali ada yang belum mengerjakan sembahyang jemaah Isyak. Ternyata semua orang melakukannya, sementara masjid telah terkunci. Kemudian aku pulang, hingga kemudian teringat suatu hadis:
“Sesungguhnya sembahyang dengan berjemaah itu dua puluh tujuh kali lipat darjatnya jika dibanding dengan sembahyang seorang diri.”
Lalu aku mengerjakan sembahyang Isyak dua puluh tujuh kali, kemudian tidur. Ketika tidur aku bermimpi melihat sekelompok orang menaiki kuda, kemudian aku mengejar mereka dengan kudaku.
Ketika hampir terkejar, ada salah seorang di antara mereka berkata: “Kamu tidak mungkin boleh mengejar kami. Sebab kami mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid, sementara kamu mengerjakan sembahyang secara bersendirian (munfarid) di rumah.” Selepas mendengar ucapan itu, lalu aku terjaga dan berasa sangat susah sekali.”
Oleh itu, seorang Muslim tidak sepatutnya mengabaikan sembahyang dengan berjemaah, lebih-lebih lagi sembahyang Isyak dan Subuh, begitu juga Asar, Zuhur dan Maghrib yang lebih baik secara berjemaah. Berdasarkan kisah itu, dapat dimengerti betapa pentingnya nilai amalan sembahyang sehingga dengannya kita dapat selamat daripada ancaman seksa neraka, terhindar daripada ciri orang munafik dan dicatat sebagai mukmin kamil.
tulisan sama warna dgn background!!!! mcm mn nk baca =D
ReplyDelete