Wednesday, December 29, 2010

Shabina Begum(mempertahankan Tudung

bismillah..banyakkan selawat dihari jumaat ni.. Ada nota lagi untuk

Muslimah idaman..:)

Assalamualaikum buat pembaca serikandi sekalian.apa khabar imanmu

hari ini?semua ok?Alhamdulillah..disaat entri ini sedang disiapkan lagu

opick yang bertajuk "Bila Waktu Telah Berakhir" membuatkan ana rasa

insaf..berulang kali dimainkan tanpa rasa jemu. kalau nak dengar klik kat

title lagu tu ye..:)

pada entri yang lepas ana ada kaitkan Shabina Begum pasal bertudung

kan?ramai yang bertanya pada ana siapakah Shabina Begum itu?(Oleh

kerana nama kami sama) suka untuk ana menberitahu siapa sebenarnya

disebalik nama ini..jom kita kenali beliau.


(cerita tentang Shabina)

Shabina Begum adalah seorang penuntut di Sekolah tinggi Denbigh di

Luton Bedfordshire,England. Shabina telah menimbulkan kontorversi

apabila enggan untuk memakai uniform rasmi sekolahnya sebaliknya

menuntut hak sebagai Islam untuk memakai pakaian sekolah yang

menutup seluruh tubuhnya(jilbab-dress labuh) mengikut

syariatIslam.Sekolah tinggi Denbigh memepunyai 79% penuntut

beragama Islam dan telah menyediakan 'alternative dress code' untuk

penuntut perempuan Islam seperti 'Shalwar kameez '(busana asas orang

pakistan dan punjabi),namun menurut laporan,panjang lengan 'Shalwar

kameez' yang dibenarkan itu tidak benar-benar labuh dan seolah-olah

berlengan pendek.Shabina dan penyokong-penyokong nya telah menolak

busana itu.Shabina telah mengambil keputusan nekad untuk tidak ke

sekolah selama 3 tahun selagi dia tidak dibenarkan memakai jilbab yang

sempurna.

(Berikut adalah petikan kes Shabina di mahkamah)

''Begum, with her brother, issued a claim for judicial review of the

school's decision not to allow her to wear the jilbab at school. The claim

was made on the grounds that the school had interfered with her right

to manifest her religion and her right to education (both rights

enshrined in the European Convention on Human Rights). Begum lost

the case in the high court, but later won on appeal to the Court of

Appeal. The school appealed against this decision, and the case was heard

by the Judicial Committee of the House of Lords. The Department for

Education and Skills was allowed to make submissions in the hearing in

the House of Lords. The House of Lords ruled in favour of the school.

Begum was represented in the Court of Appeal and the House of Lords

by Cherie Blair(Booth) QC.Lord Bingham of Cornhill stressed at the

outset of his judgment that "this case concerns a particular pupil and a

particular school in a particular place at a particular time. It must be

resolved on facts which are now, for purposes of the appeal, agreed. The

House is not, and could not be, invited to rule on whether Islamic dress,

or any feature of Islamic dress, should or should not be permitted in the

schools of this country".
The Law Lords took the view that a person's right to hold a particular

religious belief was absolute (i.e. could not be interfered with), but that

a person's right to manifest a particular religious belief was qualified

(i.e. it could be interfered with if there was a justification). 3 of the 5

Law Lords held that Begum's rights had not been interfered with (Lord

Bingham, Lord Scott of Foscote
and Lord Hoffmann), and 2 held that they had (Lord Nicholls of

Birkenhead and Baroness Hale of Richmond). All 5 agreed, however,

that in this particular case there were justifiable grounds for

interference, one of the grounds being to protect the rights of other

female students at the school who would not wish to be pressured into

adopting a more extreme form of dress.''

(Salam Untuk Shabina Begum)

Sesibuk pagi pinggir kota,
desa London gamat bercerita,
puteri dara berjiwa sasa,
darah Bangladesh mengalir di tubuhnya
tiada beribu juga berbapa,

kental, cekal tuntut bela,
tiada gentar walau gawat derita,
dinul Islam pegangan jiwa
Shabina Begum pejuang muda,

Salam untuk Shabina Begum,
perjuangan bersambut,
tulus murni pertahan agama- maruah tercinta,
hanya jilbab punca utama,

Secukup usia baligh bertanda,
seluar kameez menutupi tubuhnya,
Denbigh bersama teman seusia,
menambah ilmu pengetahuan di dada,
sebagai bekalan di hari muka,

setiap bermula ada akhirnya,
begitulah adat resam dunia,
kegembiraannya hanyalah seketika,
sewaktu usia meningkat remaja,
jilbab mesti menutupi kepala,

tetapi...
apakan daya puteri ini,
gerangan peraturan sinis diragui,
meninggalkan sekolah yang disayangi lagi dirindui
apa yang pasti Islam tetap dimiliki

hak dan maruah perlu dipertahankan
kini bermulalah sebuah perjuangan
membuka mata wanita Islam
pertahan sebuah tuntutan
amanat Tuhan syariat Islam

Tika bermula episod perbicaraan,
mahkamah rayuan jadi pilihan,
wajah yang tak lekang dek senyuman,
zikir tak hilang dari ingatan,
kepada Rabbi segalanya diserahkan,

AllahuAkbar..AllahuAkbar...AllahuAkbar
Akhirnya perjuangan mendapat kemenangan
sujud bersyukur kepada Ar-Rahman
atas pertolongan yang telah diberikan
biarpun berdepan pelbagai rintangan
Islam pasti beroleh kejayaan
dan identiti terus dipertahankan
keranamu jilbab menghias diri
tidak kesal, keluh di hati
malah gembira menyelubungi diri
moga dicontohi juga diikuti
kisah tauladan pemudi yang berani


Nota Untuk Wanita : Ada orang yang begitu mempertahan tudung di

kepala. Anda pula bagaimana? dengan rela hatinya "menanggalkan" tapa

rasa malu. Bangunlah...ada sesuatu yang perlu untuk kita

pertahankan..Ayuh bersama saya!

No comments:

Post a Comment