Tetamu Dari Bumi Tsar
Alhamdulillah semalam, 2 Safar 1430 semua mahasiswa Perubatan Malaysia di Rusia seramai 11 orang selamat terbang kembali ke bumi Tsar untuk meneruskan pengajian setelah berjaulah ke mesir selama seminggu.Syukur kepada Allah diri ini dapat menunaikan tanggungjawab dakwah Islam kepada mereka semua.
Segala apa yang ada dalam diri, dengan izin Allah dihamburkan keluar semuanya buat pengisian dan santapan minda sepanjang keberadaan mereka di sini.
Syukur, semuanya bagus-bagus, sikap sudah berbuahkan kematangan tetapi masih ada sedikit kemanjaan (senyum), namun mudah memahami mesej Islam dan kesejahteraan yang disampaikan sepanjang jaulah di bumi Mesir ini. Tahniah.
Teringat kitab yang dikarang oleh Dr. Fathi Yyang membicarakan pelancongan dalam Islam. Itulah yang menjadi panduan selama membimbing mereka melawati pelbagai tempat menarik di bumi Nabi Allah Musa ini.
Terima kasih buat Musab, Nader, Razrin dan semua kawan-kawan yang lain atas kerjasama yang kalian berikan. Semoga apa yang didapati di bumi anbiya' ini menjadi pedoman berguna buat kalian. Kenangan bersama kalian amat berharga dan insya Allah akan selalu dikenang.
Selalu diri ini berpesan supaya mereka menjadi pengamal perubatan yang berjiwa Islam, menerapkan Islam dalam setiap lapangan dan sentiasa mengekalkan keikhlasan dan jauhi dari sikap hanya mendambakan nilai komersial berbanding curahan bantuan tenaga dan segalanya untuk orang yang memerlukan.
Semoga Kalian bakal menjadi doktor muslim dan muslimah yang bertaqwa.
No comments:
Post a Comment