RAHSIA KETENANGAN DI SAAT MENGHADAPI SAKARATUL MAUT ~~
FRIDAY, FEBRUARY 11, 2011
Umi Kalsom
Kecintaan manusia kepada hidup dengan berbagai bentuk keseronokannya pada lazimnya boleh menimbulkan perasaan ' takut kepada mati ' , cenderung kepada keinginan untuk hidup lama, harapan kepada umur yang lebih panjang, bahkan seandainya dibolehkan mahulah ia memiliki umur ratusan hingga ribuan tahun lamanya.
Sebaliknya terdapat beberapa keterangan yang memberikan gambaran akan adanya di antara hamba-hamba Allah yang dianugerahkannya ketenangan di dalam menghadapi maut ( kematian ).
Adapun perkara-perkara yang memungkinkan adanya ketenangan di dalam menghadapi maut adalah meliputi hal-hal berikut :
Pertama : Apabila hati seseorang telah mencapai tingkatan kesucian dengan pengisian sikap- sikap yang mahmudah ( yang terpuji ) dan menjauhkannya daripada sikap-sikap mazmumah (yang keji).
Kedua : Apabila hidup seseorang difokuskan dan dipersembahkan semata-mata kerana Allah Swt.
Ketiga : Apabila seseorang ada persiapan bekalan semaksimum mungkin, berupa amalan-amalan solih, taqwa kepada Allah swt.
Keempat : Apabila seseorang ada kesedaran bahawa kematian itu sebenarnya adalah masa-masa rehat ( istirehat ) daripada penat lelah daripada kesibukan bagi orang-orang solih.
Kelima : Apabila seseorang telah dapat menyelesaikan segala pertanggungjawaban dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesama manusia, misalnya perjanjian, hutang piutang dan sebagainya.
Keenam: Apabila seseorang memiliki sikap husnuz-zan ( berbaik sangka ) kepada Allah, bahawa Ia akan menghulurkan keampunanNya, dan sebaliknya Ia memberi rahmat dan kasih-sayangNya.
Ketujuah : Apa seseorang ada kesedaran bahawa kehidupan dunia ini hanyalah satu perhiasan sementara, dan akhirat jualah kehidupan yang lebih kekal dan abadi.
Kelapan: Apabila mahabbah ( cinta ) dan syauq ( rindu ) seseorang itu terhadap Allah swt. telah bersemi di dalam hatinya.
Kesembilan : Apabila seseorang itu telah terhibur dengan berita gembira ( busyra) berupa syurga yang dijanjikan oleh Allah swt. kepada orang-orang yang beriman dan beramal solih, yang mana didalamnya tersedia berbagai macam kenikmatan dan kesenangan yang abadi.
by Umi Kalsom on Friday, February 11, 2011 at 6:27pm
No comments:
Post a Comment