Saturday, January 15, 2011

Falsafah hidup Jepun, Korea & China!

Falsafah hidup Jepun, Korea & China! 

JEPUN

KAIZEN - Istilah dalam bahasa Jepun, Kai bererti perubahan dan Zen bererti baik. Jadi Kaizen berarti melakukan perubahan agar menjadi lebih baik secara terus menerus (Continous Improvement).

BUSHIDO - Bushido adalah kode atau prinsip yang dianuti oleh para Samurai Jepun.Prinsip Bushido menekankan pada kehormatan,keberanian dan kesetiaan kepada atasan melebihi apapun. Pejuang Samurai yang ideal adalah mereka yang tidak mempunyai rasa takut terhadap kematian tetapi mereka takut jika tugas yang diamanahkan kepada mereka tidak berhasil.

MAKOTO - Makoto bererti bersungguh-sungguh dan bertindak jujur dengan tidak berlaku curang atau khianat baik kepada kawan maupun lawan.

GENCHI GENBUTSU - Definisi Genchi Genbutsu dari bahasa Jepun adalah 'go and see the problem', Genchi Genbutsu bukan sekadar teori melainkan lebih menekankan pada pratikal di mana kita harus mendepani masalah untuk mengetahui masalah tersebut.

HANSEI - Dalam bahasa Jepun Hansei bererti renungan. Dalam pengurusan bisnes , Hansei bererti peninjauan ulang secara cermat yang dilakukan setelah tindakan diambil. Tidak peduli hasilnya samada berjaya atau tidak, mereka tetap meninjau apa hasilnya. Hansei berlawanan dengan pola pemikiran 'kalau tidak rosak buat apa diperbaiki'.

KOREA
KOENCHANAYO - Koenchanayo yang ertinya toleransi dan menghargai orang lain.

KIBUN - Kibun bererti menghormati orang lain dan menghindari segala tindakan yang boleh menyebabkan orang lain kehilangan muka (malu).

INHWA - Inhwa bererti pendekatan Korea terhadap keharmoniandalam kultur bisnes Korea. Hal ini tercermin dalam rasa setia terhadap perusahaan.

HAHN - Hahn bererti semangat energi hidup Untuk mengejar pendidikan dan melakukan pengorbanan diri demi meningkatkan kesejahteraan keluarga dan negara.

JEONG DO MANAGEMENT - Jeong Do Management merupakan acuan falsafah bagi LG, senantiasa menyediakan nilai tambah bagi pengguna dengan selalu melakukan inovasi berterusan.

CHINA


CONFUCIANISME - Cina merupakan penganut Confucianisme, dan dikatakan menjadi maju kerana ajarannya yang tidak menyukai kekerasan. Salah satu hal penting ajarannya yang penting ialah “ Janganlah berbuat sesuatu yang kau tidak inginkan orang berbuat kepadamu.“

GUANXI - Guanxi dapat diertikan sebagai cerdik memanfaatkan jaringan. Sebagai contoh, jika tidak mempunyai sumber kewangan untuk membeli barangan dagangan, ia boleh dilakukan dengan membuat pinjaman dengan meminjam barang dagangan milik saudara dan selepas mendapat keuntungan (laku) baru membuat membayar balik.

No comments:

Post a Comment